Searching...
Senin, 18 November 2013
04.01 0

Dilema Suami Lombok- Isteri di Larikan Warga Pakistan

YUSDI PUTRA, 42, dari Bukit Beruntung  (Rawang)  dan berasal dari Lombok, Indonesia memberitahu telah berkahwin selama sembilan tahun yang lalu dengan isterinya, Siti Rohani Abdul Rasid, 36,  warga tempatan. Namun isterinya telah menghilangkan diri bersama teman lelakinya warga Pakistan sejak tiga bulan lalu.

Gambar kecil,  isteri Yusdi. Yudi bersama anak-anaknya
Hasil perkahwinan Yusdi dan isterinya telah dikurniakan tiga orang anak iaitu Yusfarhani,5; Yusmayusaini, 4; dan Yusfaizal Nofal setahun.  Yusdi berharap agar isterinya pulang dan menjalankan tanggungjawap sebagai seorang ibu.

“Sedih bila saya melihat anak-anak. Setiap hari mereka melihat gambar ibu mereka dan berharap dia segera pulang.

Sumber :myMetro
02.42 0

MENYEDIHKAN APABILA SEORANG IBU MELIHAT STATUS ANAK - 'MARRIED'

Luahan hati seorang ibu
"Menjaga anak perempuan besar ni sangat memeningkan kepala. Kejap status kat FB dia kata engaged with bla bla bla...habis sedara mara tanya betuk ke anak dah bertunang? Bila? Dengan siapa? Aku cuma tunjuk muka BLUR. Ni dah tukar pulak married with polan bin polan. Bila bapak budak tu minang dia? Bila dia akad nikah? bila pulak aku kahwinkan dia? Akukah yang tak pandai mendidik dia.. atau dia berasa dia dah BESAR sangat... sampai tak  perlu nak menjaga hati orang tua... I wonder"- luahan seorang ibu tentang status anak perempuan beliau.

Bukan anak wanita ini sahaja, malah kebanyakan  anak-anak muda zaman mendedahkan status mereka. Kejaan ini umpama menjadi budaya mereka.Diharapkan wanita ini dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan cara baik dengan anak beliau.Bak kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'.

Sumber : mynewshub.my
01.52 0

TUN M Mengadu Sakit Jantung & Di Masukkan Ke IJN

gambar sekadar hiasan

KUALA LUMPUR, 18 Nov -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) akibat jangkitan dada.

Menurut kenyataan daripada pejabat beliau, Dr Mahathir telah disahkan mempunyai jangkitan dada dan sedang menjalani rawatan serta fisioterapi.

"Pasukan perubatan sedang memantau keadaan beliau dan berpuas hati dengan kemajuannya," menurut kenyataan itu.

Dr Mahathir, 88, dijangka berada di IJN untuk beberapa hari bagi membolehkan pasukan perubatan memantau perkembangan lanjut beliau termasuk sesi fisioterapi dan senaman.


Doktor menasihatkan beliau tidak menerima pelawat kecuali anggota keluarga. - BERNAMA
01.44 0

MENJIJIKKAN!! CICAK DALAM KEK KAHWIN


Sabtu yang lalu, kek perkahwinan dua tingkat yang hanya tinggal separuh selepas habis di makan mengandungi seekor cicak. Kek berkenaan semperna majlis perkahwinan anak kelima mereka. Siti Hajar Rohani, 30, berkata  acara memotong kek perkahwinan dua tingkat berperisa coklat itu hanya dimulakan sekitar jam 4 petang sebelum diedarkan kepada seluruh ahli keluarga.

Menurutnya, kek itu hanya tinggal separuh bahagian tingkat bawah sahaja sementara bahagian tingkat atas sudah habis dimakan selepas selesai majlis yang diadakan di Kampung Belantik, Sik itu.

“Saya kemudian mengambil potongan kek berkenaan untuk dimakan sambil menonton televisyen kira-kira jam 9 malam, sementara ahli keluarga lain kebanyakan sudah menjamahnya dan masing-masing mengakui kesedapan kek berkenaan yang hanya dibeli tidak jauh dari rumah kenduri.

“Selesai dua kali suapan ke dalam mulut, saya berasakan ada bendasing keras dalam kek berkenaan dan mengesyaki terdapat plastik di dalamnya,” katanya ketika ditemui di rumah ibunya dekat Tikam Batu semalam.

Menurut Siti Hajar, selepas tergigit sesuatu yang ‘pelik’ dia bertanyakan kepada suami, Mohd Suffian Mohd Salleh, 37, yang berada bersebelahan.

“Saya keluarkan bendasing hitam itu dan menunjukkan kepada suami.

“Alangkah terkejutnya apabila masing-masing mengesahkan ia sebenarnya seekor cicak, di mana saya sudah tergigit bahagian lehernya,” katanya.

Siti Hajar berkata, sejak kejadian itu, dia menjadi fobia melihat kek dan menyebabkan tekaknya berasa loya.

Katanya, susulan penemuan bendasing berkenaan, adik bongsu yang berusia tujuh tahun mengalami muntah-muntah empat jam kemudian kerana didakwa paling banyak makan kek berkenaan.

Sementara itu, Mohd Suffian berkata, selepas mengetahui kek mengandungi cicak, ahli keluarga ada menghubungi pemilik kedai berusia 30an untuk memaklumkan perkara itu.

“Dia kata akan beri wang semula sebagai ganti rugi dan kami membuat keputusan membawa sisa kek bersama cicak ke kedainya bagi mengesahkan dakwaan berkenaan.

“Setelah berjumpa keesokan hari, pemilik seolah-olah menafikan punca kejadian datang daripadanya, selain bertanya sekiranya kami cuai atau salah letak sehingga menyebabkan seekor cicak masuk ke dalamnya.

“Dia kemudian mahu memberi kek baru sebagai ganti kek yang lama namun kami tidak menerimanya selepas masing-masing tiada selera dan fobia untuk itu,” katanya.

Mohd Suffian berkata, pendedahan dibuat agar orang ramai lebih berhati-hati di samping memberi kesedaran kepada pengusaha supaya menitik beratkan aspek kebersihan setiap kali mahu menyediakan sebarang produk.

“Kami juga mengharapkan pemantauan daripada pihak berkaitan dari segi penguatkuasaan bagi memastikan kualiti produk yang dihasilkan memuaskan pelanggan dan standard yang ditetapkan kerajaan,” katanya. – Sinar Harian
01.29 0

19 Hari Tempoh Buruan, Tumpasnya Pembunuh Pegawai AmBank



KRONOLOGI KES TEMBAK PEGAWAI AMBANK

23 OKTOBER 2013
- Pegawai AmBank cawangan Subang Jaya , Norazita Abdul Talib meninggal dunia di tembak oleh pengawal keselamatan dikenali Ardi Hamza sebelum melarikan wang berjumlah RM450 000.Dua lelaki  dan isteri Ardi berjaya di tahan oleh Polis Selangor di sebuah rumah di Kota Kemuning, Klang  beberapa jam selepas kejadian. Wang rompakan RM20,000 berjaya di temui.


28 OKTOBER 2013
- Jabatan Pendaftaran Negara mengesahkan nombor MyKad Ardi tiada dalam pangkalan data dan di percayai menggunakan kad pengenalan palsu.


30 OKTOBER 2013
- Pasukan Polis Marin Wilayah Dua meningkatkan sekatan di pesisir pantai dan perairan Johor sebagai langkah mengelakkan Ardi meloloskan diri ke negara jiran.


10 November 2013
-Ardi di tangkap di Kampung Belungkor, Kota Tinggi di Johor



sumber : Berita Harian

Minggu, 17 November 2013
23.02 0

POLIS MENAFIKAN KEHILANGAN MISTERI 23 REMAJA DI VILLA NABILA

Johor Bahru: Polis Johor menafikan dakwaan kehilangan 23 remaja yang dikatakan memasuki sebuah kawasan villa tinggal di Jalan Skudai, dekat sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, pihaknya hanya menerima satu laporan berhubung kehilangan seorang remaja berusia 16 tahun sejak Sabtu lalu

"Laporan itu dibuat ibu mangsa jam 1 pagi tadi dan beliau dimaklumkan rakan anaknya, mangsa didakwa telah memasuki kawasan villa tinggal berkenaan.

"Bagaimanapun, unit anjing pengesan dan pihak bomba yang melakukan siasatan di kawasan villa itu sejurus menerima laporan, tidak menemui remaja terbabit," katanya.

lokasi seorang remaja di laporkan hilang

sumber: hmetro

22.24 0

INFO MISTERI VILLA NABILA


(FW) :INFO DARI MEMBER YG BERADA DI LOKASI.....
Ini mengikot dari keterangan salah sorg mangse yg trselamat dri 30 org  .. Aq ade skali kt sne tdy mase dak tu kne recording ngn wartawan .. :- Sekumpulan rmaje laki dan perempuan wt stu event tok overnight kat villa nabila .. Diorg brkumpol kt cs ptg sbtu yg lepas then diorg bjlan kaki ke villa tu ikot jln blkg . . Biler diorng terejah villa tuh .. Sorg bdk prmpuan dari group tu trjmpe brg kat tangge.. Brg tu brbntok kotak kecil ..  Silap bdk tu bole amek bnde tu then simpan .. Xlame lpas tu bdk tu kne rasokk .. Stu group tu dgn pntas bwk bdk tu kluar dri villa .. N brkumpol at kwsn lpang brdkatan villa .. Mereka cube mntk tlong at banglo area stu tp x dilayan .. Bdk2 tu bwk g masjid .. Biler dh sttle .. Diorg ni amek kputusan naek blek villa tu utk pulangkn brg tu  . Tp xsemue stju .. 7 dri 30 org tuh lari blek .. Slebih nye yg brdegil tu yg patah blek villa .. Then smpai skrg diorg xkuar2 dri kwsan villa tu .

dua antara yang terselamat

19.40 0

Suami Buntu isteri berang ditegur


Saya dipukul kenalan isteri apabila menegur sikap isteri mengabaikan tanggungjawabnya, baru-baru ini.

Isteri saya berpendidikan tinggi dan mempunyai pengaruh, baik dalam kalangan keluarga serta rakannya.

Jadi apa saja yang dia lakukan dilihat baik pada kaca mata mereka.
Berbanding saya yang bekerja sebagai pemandu lori sering disalah anggap membuat perangai di luar, sedangkan yang buat perangai ialah isteri saya.
Saya sayangkan dia yang juga ibu kepada dua anak, saya menegur perbuatannya yang tidak hormat kepada saya dan memohon dia berubah menjadi lebih baik.
Namun tindakan saya menyebabkan dia berdendam lalu menuduh saya mempunyai teman wanita baru.


AMIR 
Kuala Lumpur

Saudara adalah suami! ‘Syurga seorang isteri terletak di bawah kaki suami’ dan itu saudara perlu jelas di mana kedudukan saudara selaku ketua keluarga.

Atas faktor pendidikan rendah dan si isteri pula mempunyai kerjaya jauh lebih baik, ego si isteri pula melangit.

Di sini, penting untuk saudara mengingatkan betapa pentingnya dia menghormati saudara dan dia tidak boleh menghebahkan hal rumah tangga kepada orang lain.

Dalam situasi ini, penting saudara mempunyai ego serta tidak berpaling daripada perbuatan menegur andai isteri membuat silap.

Andai individu lain masuk campur, saudara lebih hak ke atasnya dan perlu juga menasihati individu terbabit tidak mencampuri urusan rumah tangga orang sewenang-wenangnya.

Jangan pula teguran dilemparkan dalam nada suara tinggi, sebaliknya perlu berhemah supaya tidak mewujudkan salah faham kepada individu terbabit.

Pada si isteri, nyatakan kesilapan pasangan dengan teguran baik serta elak menggunakan kata-kata kesat mahupun nada tinggi supaya dia dapat menerimanya secara terbuka.

Meskipun pendidikan isteri lebih tinggi, ia tidak bermaksud isteri jauh lebih matang mahupun sempurna segenap segi.

Selain itu, sering rapatkan hubungan suami isteri dengan mendirikan solat berjemaah. Diharap ia dapat membantu mengingatkan kedudukan isteri dalam keluarga.-hmetro
19.39 0

Diugut bekas suami kerana enggan rujuk


Saya ibu tunggal dan mempunyai dua anak lelaki. Saya dulu suri rumah dan baru memulakan kerjaya apabila diceraikan suami. Baru-baru ini, suami memaklumkan dia akan merampas hak penjagaan kerana saya tidak bermampuan.

Saya kecewa dengan sikap suami yang mementingkan diri dan bertindak kejam kerana mahu merampas anak daripada saya. Puncanya, dia bengang kerana saya menolak pelawaannya untuk rujuk kembali.

Saya menolak kerana tidak tahan sikapnya yang sering mengabaikan saya serta anak. Mujur saya ada simpanan ketika bujang yang dapat menampung sedikit sebanyak perbelanjaan saya serta anak.

Duit dia pula dihabiskan untuk perempuan serta minum. Saya tidak pasti akan berjaya menang kes ini kerana memikirkan kos membiayai peguam.

Saya benar-benar putus asa untuk memulakan hidup baru. Sudahlah terpaksa menahan pandangan serong orang, kini terpaksa pula berdepan tindakan kejam suami.

Saya mati akal untuk mencari penyelesaian terhadap semua masalah saya.

SUZY 
Kuala Lumpur 

Perasaan putus asa bukan saja membuatkan puan hilang hak penjagaan, tetapi seluruh kehidupan. Dang Setia teliti luahan puan apabila putus asa memulakan hidup terus menutup segala harapan puan menjadi ibu baik.

Sebelum saudari mempunyai sikap buruk itu, seharusnya fikirkan pula nasib anak. Sanggupkah puan memperjudikan nasib anak terhadap bekas suami yang puan sedia arif mengenai gaya hidupnya yang bebas? Ia pasti memberi kesan buruk kepada anak.

Bayangkan pula kesan jangka masa panjang anak, pasti puan tidak ingin anak di bawah suami yang bersikap tidak bertanggungjawab. Saranan Dang Setia, fikirkan kesan terhadap masa depan mereka andai puan terus berputus asa.

Daripada terus termenung, lebih baik puan mulakan langkah merujuk masalah dihadapi kepada pihak yang dapat memberi sokongan. Cari badan bukan kerajaan (NGO) tertentu dalam membantu saudari mendapat sokongan berkaitan guaman.

Mungkin pada mulanya sukar tetapi kuatkan semangat kerana bukan saja puan menghadapi masalah terbabit, ramai wanita mahupun isteri mengalami nasib jauh lebih buruk daripada puan.-hmetro
19.38 0

Gadis pertikai ajaran agama


Saya remaja perempuan yang baru tamat pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan mempunyai pendidikan agama yang kuat hasil didikan ibu bapa. Masalah timbul apabila saya sering kali didatangi musibah hingga membuatkan saya stres dan emosional.

Sejak itu saya mula menghisap rokok dan tidak lagi mendirikan solat ataupun menutup aurat. Kadangkala terdetik di hati saya, adakah Allah itu wujud? Apakah buktinya? Saya juga mula mempersoalkan suruhan agama lain seperti tuntutan menutup aurat dan hak poligami.

 Saya tidak menentang ajaran agama tetapi saya hanya mempertikaikannya. Adakah saya dikira murtad?

BUNGA 
Subang Jaya

Saya simpati dengan masalah yang menimpa saudari. Orang Islam dididik supaya bersabar ketika menerima musibah dan bersyukur sewaktu menerima nikmat. Setiap ujian Allah ada hikmahnya, cuma manusia yang cetek ilmu untuk menafsirkannya.

Memandangkan saudari tidak kuat menghadapi dugaan bersendirian, sebaiknya bersandar pada mereka yang kuat. Bila berdepan musibah rujuklah pada ibu bapa dan keluarga terdekat, pastinya mereka akan menasihati saudari ke jalan yang benar.

Saudari kecewa kerana hajat tidak tertunai lalu mula mempertikaikan kewujudan Allah. Ketahuilah bahawa Rukun Iman antaranya mewajibkan kita percaya pada qada dan qadar iaitu ketentuan daripada Allah. Terimalah ketentuan Allah dengan reda, serahkan diri pada Allah dan saudari akan tenang.

Hayati firman Allah SWT, “Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (surah al-Baqarah, ayat 216)
19.36 0

Budak 3 tahun mati kerana pendarahan


Budak 3 tahun mati kerana pendarahan | KUALA TERENGGANU - Polis masih belum dapat mengesahkan punca kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang meninggal dunia dengan beberapa kecederaan parah dan lebam di dahi, pipi, belakang badan dan bawah mata kanan, di Kampung Seberang Jertih, Besut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan kelmarin mendapati mangsa, Puteri Nur Qristina Balqis Abdullah mengalami pendarahan di tempurung kepala dan abdomen dipercayai akibat terkena objek tumpul.

“Malah, doktor memaklumkan kecederaan dialami mangsa bukan saja boleh terjadi akibat dipukul tetapi kerana terjatuh. Bagaimanapun, siasatan dijalankan mendapati terdapat unsur pengabaian dan kecuaian ibu mangsa.

“Berdasarkan soal siasat, seorang saksi ada meminta ibu mangsa menghantar anaknya ke hospital selepas jatuh pada Khamis lalu tetapi wanita terbabit hanya berbuat demikian pada Jumaat lalu selepas mendapati mangsa semakin lemah dan tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Manoharan berkata, polis akan menahan ibu mangsa sebaik selesai urusan pengebumian mangsa di Pasir Mas, Kelantan semalam bagi membantu siasatan.

“Polis tidak menolak kemungkinan mangsa mungkin didera tetapi masih terlalu awal untuk mengaitkan kematiannya akibat didera kerana siasatan awal tidak dapat mengesahkan punca kematian mangsa.

“Siasatan sedang dijalankan merangkumi pelbagai aspek dan kita sudah pun mengambil keterangan daripada beberapa individu termasuk keluarga angkat dan jiran mangsa,” katanya.

Jelasnya lagi, buat masa ini, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Dalam masa sama, Manoharan mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kematian mangsa sehingga disahkan oleh polis.

Semalam, Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mati dipercayai mangsa dera.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital selepas dibawa ke Hospital Besut oleh ibunya dengan ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Besut, jam 8 malam.

Terdahulu, ibu mangsa yang berusia 23 tahun berjalan kaki sejauh 500 meter dari rumahnya sambil mendukung mangsa yang sudah tidak bergerak untuk meminta bantuan di pejabat JPAM Besut.
19.28 0

Ibu Mangsa Dera Yang Meninggal Didera Kini Ditahan


Ibu Mangsa Dera Yang Meninggal Didera Kini DitahanKUALA TERENGGANU – Polis menahan ibu kanak-kanak berusia tiga tahun yang mati dengan beberapa kesan kecederaan di bahagian kepala dan badan, dipercayai didera, di Pasir Mas, Kelantan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, tangkapan itu dilakukan pada 4.30 petang iaitu sejurus selepas pengkebumian jenazah Putri Nur Qistina Balqis Abdullah hari ini.

Beliau berkata, ibu tunggal berusia 23 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian anaknya Jumaat lepas.

“Laporan bedah siasat mendapati terdapat kesan kecederaan pada tempurung kepala dan kesan kecederaan abdomen akibat benda tumpul pada mangsa.

“Kita masih menjalankan siasatan berhubung insiden ini dan kita tidak menolak kemungkinan mangsa didera, jatuh atau sebaliknya, kerana jika kanak-kanak ini jatuh juga akan mengakibatkan kecederaan seperti itu,” katanya kepada Bernama hari ini.

Putri Nur Qistina Balqis, dari Kampung Seberang Jerteh, disahkan meninggal dunia pada kira-kira 8 malam.

Pemeriksaan fizikal ke atas badan mangsa mendapati kesan kecederaan dan lebam di dahi, pipi serta kepala.

Bagaimanapun, Manoharan meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden itu sehingga siasatan selesai.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. – Bernama
19.17 0

KESIAN!!! Remaja bawah umur jadi hamba seks kekasih


BATU GAJAH - Disebabkan bimbang rakaman klip video memaparkan dirinya diperkosa disebarkan, seorang gadis berusia 15 tahun terpaksa menjadi hamba seks teman lelakinya sejak dua bulan lalu.

Mangsa turut dipaksa mengadakan hubungan seks dengan rakan lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, pada 13 September lalu, mangsa dibawa teman lelakinya yang berusia 20 tahun ke sebuah rumah di Jalan Tanjung Tualang, di sini.

Menurutnya,  lelaki terbabit memaksa mangsa melakukan hubungan seks dengannya di dalam bilik di rumah berkenaan.

Katanya, selepas melempiaskan nafsunya, lelaki itu menghantar mangsa ke perhentian bas berhampiran dan menyuruhnya pulang ke rumah menaiki bas.

"Kira-kira dua minggu selepas itu, suspek sekali lagi bawa mangsa ke rumah sama untuk melampiaskan nafsunya.

“Namun kali ini, mangsa menolak namun lelaki itu ugut ingin beritahu apa dilakukan mereka kepada keluarga mangsa jika enggan menurut kemahuannya," katanya.

Shaharon berkata, mangsa diperkosa sekali lagi oleh teman lelakinya itu dan suspek merakamkan perbuatan jijiknya itu menggunakan telefon bimbitnya.
Katanya, suspek kemudian memaksa mangsa mengikutnya ke rumah seorang rakan di kampung Baru Bakap, Jalan Tanjung Tualang, di sini, pada jam 8 pagi kelmarin.

Menurutnya, pada mulanya mangsa enggan namun terpaksa akur selepas suspek mengugut akan menyebarkan klip video dirakamnya.

“Mangsa dicium di dalam rumah itu dan dipaksa melakukan hubungan seks dengan rakan suspek berusia 18 tahun sebelum dia dihantar pulang ke rumahnya," katanya.

Beliau berkata, mangsa yang tidak tahan diugut dan dipaksa menyerahkan tubuhnya membuat laporan polis di Balai Polis Batu Gajah, di sini.

Katanya, susulan laporan tersebut, polis berjaya memberkas suspek berusia 18 tahun di sebuah rumah di Kampung Seri Meriah pada jam 3 pagi semalam. Polis kini masih memburu teman lelaki mangsa.-sinar harian
19.16 0

SERAM!!! Benarkah Jin Di Villa Nabilla Di Johor Bahru Mengamuk? (8 GAMBAR)


SERAM!!! Benarkah Jin Di Villa Nabilla Di Johor Bahru Mengamuk?  (8 GAMBAR) | Terkini Kejadian yang berlaku divilla kembali lagi dimana Kejadian Lama Sudah Berlaku Semula . Kecoh Di Villa Nabila Sebab kehilangan Budak yang memasuki villa itu untuk melihat sendiri misteri. Yang Masuk ke Dalam seramai 30 orang , Yg keluar hanya orang sahaja .. Yang 23 itu Semua Masih di dalam tetapi Semua di Kaburkan Jalan Keluar . Jalan Pintar Hanya Kpd Yg 7 orang tu . Masuk Lah kat dalam Dan Mntak Maaf kepada Penghuni Villa Itu .

Pihak polis dan bomba juga telah datang ke villa tersebut bagi membantu mencari lagi 23 orang yang hilang tetapi dikhabarkan ada diantara anggota mereka juga hilang.Kejadian ini berlaku pada hari sabtu 16/11/2013 dan sehingga kini masih belum dapat dikesan dan dicari budak yang hilang.

Sejauh mana kebenaranya misteri dan berita ini boleh lihat perkembangan selajutnya disini MISTERI VILLA NABILA









10.57 0

Bayi Yang Baru Di Lahirkan Masih Hidup Walaupun Berada Di Lubang Di Sebabkan Banjir

Subhanallah ! Maha Suci Allah.. Itulah kata-kata yang akan terkeluar tatkala melihat bayi ini masih lagi hidup di liindungi Allah swt walaupun berada di dalam lubang yang berlumuran dengan lumpur di sebabkan banjir yang melanda di kawasan tersebut. Perkara yang luar biasalah adalah di mana bayi tersebut baru sahaja di lahirkan namun tiada siapa yang tahu siapa yang menyambut kelahirannya.

Banjir besar tersebut terjadi di Bangladesh yang telah menggelamkan seorang wanita hamil yang hampir melahirkan anak. Wanita tersebut telah dihanyutkan oleh air banjir dan terkubur di dalam tompokan lumpur. Difahamkan, selepas beberapa hari pencarian, suatu keajaiban terjadi di mana perempuan hamil yang telah mati dan terkubur dalam lumpur tu, telah melahirkan bayinya yang menyembul di atas permukaan lumpur tanpa diketahui atas bantuan siapa. Bayi tersebut selamat walaupun sempat beberapa hari berada di dalam rahim ibunya yang sudah mati di dalam lumpur (Maha Suci Allah). Berikut merupakan gambar-gambar bayi tersebut semasa dijumpai.






Subhanallah! Sukar dikatakan bagaimana bayi sekecil ini mampu hidup di dalam lumpur walau seketika. Tiada siapa yang mengetahui bagaimana bayi ini disambut. Jika ibunya masih hidup lagi, sudah pasti dia akan gembira bahawa anaknya masih lagi hidup dalam keadaan normal.

sumber : kisahemasputih

09.59 0

GEMPAR!! Penemuan Ikan Duyung & Ekspedisi Greenland 2014

Sejak dua tahun yang lalu, dunia Eropah kecoh tentang kewujudan ikan duyung. Mereka beranggapan spesis itu mungkin wujud di pantai Eropah dan Greenland. Semua ini bermula dari dokumentari oleh Animal Planet pada Mei 2012 yang bertajuk "Mermaids: The Body Found". yang menarik seramai 3.6 juta penonton dan mencatatkan jumlah penonton tertinggi di dalam sejarah Animal Planet.

Pada Mei yang lalu "Mermaids: The New Evidence" muncul. Di Eropah dan dunia Barat kecoh mengenai dokumentari tersebut. Keyakinan masyarakat pula begitu tinggi sehingga  Jabatan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat terpaksa menafikan kewujudan haiwan tersebut.

Tindakan ini di sebabkan mereka menerima terlalu banyak surat dan pertanyaan meminta jabatan itu mengeuarkan lebih banyak bukti berhubung kewujudan haiwan tersebut. Sesetengah pihak menganggap dokumentari itu sebagai penipuan.

Namun penafian tersebut tidak diterima sebahagian pihak lain terutama apabila video kedua itu turut memuatkan kehadiran seorang bekas pegawai daripada Jabatan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat.

Melalui dokumentari “Mermaids: The New Evidence”, bukti terbaru mengenai kewujudan ikan duyung diperoleh pada 6 Mac lepas di perairan Greenland pada kedalaman 3000 kaki di bawah paras laut.


Dua orang saintis yang menaiki sebuah kapal selam menemui spesis itu apabila ia berenang berhampiran kapal selam mereka dan bertindak menyentuh cermin kapal itu.
Ketika itu salah seorang daripada mereka yang berada di dalam kapal selam itu ialah Bekas Pakar Biologi Marin Jabatan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat, Dr Paul Robertson.
Video penemuan terbaru itu ditonton berjuta orang di laman YouTube dan siaran televisyennya juga di seluruh dunia melalui stesen Animal Planet mendapat sambutan menakjubkan.
Bagaimanapun, daripada bukti itu jika ia benar, maka Ikan Duyung tidaklah cantik seperti yang digambarkan dalam watak kartun Little Mermaid terbitan Disney tetapi rupanya seperti tengkorak dengan tangan yang mempunyai sirip ikan.
Ekoran penemuan itu, pihak pentadbiran Greenland kini dikatakan telah menghentikan semua lesen carigali minyak di perairannya kemungkinan untuk menyiasat lebih lanjut mengenai habitat spesis itu.
Sebelum bukti video berkenaan, beberapa bukti video menunjukkan haiwan seperti ikan dengan rupa bentuk yang sama turut dilaporkan sekitar kawasan Greenland.
Ini menjadikan Greenland bukan sekadar satu sudut dunia yang unik, tetapi juga misteri. Ia secara berterusan menjadi perhatian banyak pihak atas sebab-sebab yang berlainan.
Dengan kisah ikan duyung masih popular di Greenland dan masih dalam konteks yang hampir sama, sekumpulan 12 orang rakyat Malaysia termasuk tiga orang wanita akan berjalan kaki dalam satu program yang dinamakan Ekspedisi Greenland 2014 anjuran Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) dengan tajaan Felda.
Penasihat KE7B, Datuk Akmar Hisham Mokhles (gambar) berkata, perancangan asal ialah untuk membawa hanya tujuh orang namun mengikut perancangan terkini, jumlah peserta ditambah.





“Ekspedisi ini ialah satu penjelajahan yang akan mengambil masa antara 30 hingga 35 hari melibatkan perjalanan sejauh 530km merentas bahagian tengah dan Selatan Greenland,” kata beliau kepada Mynewshub.my hari ini.

Menurut Akmar Hisham, ekspidisi itu adalah ekspedisi pertama merentasi Greenland melibatkan rakyat Malaysia dan ia membabitkan kumpulan terbesar setakat ini dari mana-mana negara pun.

Ekspedisi ekstrem itu diadakan untuk menunjukkan pada dunia rakyat Malaysia boleh menyahut apa sahaja cabaran di mana-mana pelusuk dunia pun tidak mahu negara Malaysia hanya dianggap sebagai ‘Jaguh Kampung’, katanya.

“Biasanya orang akan melakukan ekspedisi secara solo tetapi kali ini kita libatkan secara kumpulan. Apa yang menarik, ialah cabaran ini akan dianggap sebagai satu cabaran yang ekstrem kerana perjalanan mereka akan melibatkan laluan dengan suhu serendah -40°C hingga 45°C.

“Pada masa sama mereka perlu menarik luncur salji mereka sendiri yang mengandungi peralatan asas peserta sepanjang ekspedisi dengan berat sekitar 70 hingga 80kg sehari,” katanya.

Beliau berkata perjalanan itu nanti juga tidak mudah dan berliku kerana ia turut melibatkan pendakian kawasan tinggi.

Menjelang hujung tahun ini KE7B akan dapat senarai akhir seramai 10 orang penjelajah terbaik bersama dua orang jurulatih yang akan mengikuti ekspedisi itu, kata Akmar Hisham.

“Pada masa ini, kita ada 26 pelatih yang mengikuti latihan dan kita akan membawa 15 orang terbaik ke New Zealand untuk latihan penyesuaian selama dua minggu pada hujung tahun ini atau awal tahun depan serta mencari 10 orang termasuk tiga wanita,” katanya.

Menurut beliau yang juga merupakan Penasihat Ekspedisi Greenland 2014 peserta dipilih daripada pelbagai latar belakang. Ada yang dipilih dari tentera, polis, kakitangan awam, swasta dan pelajar.

Adakah mereka bakal menemui ikan duyung juga di sana?

“Rasanya tidak kot, kerana kami ikut laluan daratan,” kata beliau sambil tersenyum. 

sumber - Mynewshub.my


09.59 0

Apabila Menteri Naik Moto Dengan Budak Tidak Mengenakan Topi Keledar Menjadi Isu


Apabila seorang Menteri membawa seorang budak naik motor tidak memakai helmet menjadi isu. Kebiasaannya kalau di kampung normal la kalau keluar makan angin tak pakai topi keledar. Kadangkala polis trafik sendiri tak tegur kerana sudah menjadi budaya dan susah nak kikis

Tetapi apabila seorang menteri yang terkenal buat macam tu, lain jadinya. Pada mulanya tak ada siapa yang nak kisah.

“Yang salah tetap salah…”

Entah gambar bila yang tetap menjadi isu,,

sumber : MyNewshub
08.26 0

Peminjam PTPTN Seramai 132,801 Tidak Boleh Keluar Negara!


Imigresen telah menyenarai hitamkan seramai 132, 801 orang peminjam PTPTN dengan pinjaman berjumlah RM2.11 billion sehingga 30 September 2013. Sejumlah 1,329,712 peminjam PTPTN perlu membayar balik pinjaman mereka berjumlah RM9.51 bilion - Timbalan Menteri Pendidikan  II P. Kamalanathan memberitahu persidangan Dewan Rakyat

“Daripada jumlah itu, seramai 903,920 peminjam atau 68 peratus telah membuat bayaran balik berjumlah RM4.82 bilion.

“Sebanyak RM4.69 bilion lagi merupakan tunggakan oleh seramai 425,792 peminjam yang tidak pernah membuat bayaran balik dan juga tunggakan oleh peminjam yang dibenarkan membayar ansuran lebih rendah daripada ansuran sebenar,” katanya ketika menjawab soalan Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam).

Khalid bertanyakan mengenai jumlah hutang yang perlu dibayar oleh peminjam PTPTN dan jumlah peminjam yang disenarai hitam.

Kamalanathan berkata peminjam yang tidak membuat sebarang pembayaran balik pinjaman selepas 16 bulan daripada tarikh tamat pengajian akan menerima surat makluman daripada PTPTN kepada mereka untuk menyatakan sebab tidak berbuat demikian.

Menjawab soalan tambahan Datuk Jamaluddin Jarjis (BN-Rompin) mengenai peminjam yang masih belum mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian selama 16 bulan, Kamalanathan berkata pihak PTPTN sedia mendengar masalah yang dihadapi peminjam yang tidak mampu membuat pembayaran balik pinjaman dalam tempoh yang ditetapkan.

“Bagi peminjam yang tidak mampu membayar, mereka boleh menghantar e-mel kepada PTPTN bagi menyatakan masalah mereka dan PTPTN sedia membantu mereka sama ada mengurangkan ujrah pinjaman ataupun membayar ansuran bulanan dalam jumlah yang rendah,” katanya.

Peminjam yang masih belum mendapat sebarang pekerjaan selepas 16 bulan tamat pengajian juga diminta untuk memaklumkannya kepada PTPTN. – BERNAMA





06.41 0

SIAPAKAH YANG MENGAKSES PUMP GUN INI



Tahukah anda individu yang mengakses Pump Gun ini?

Individu inilah yang mempunyai akses terhadap pump gun tersebut.


Melalui gambar individu tersebut di facebook, dia pernah bekerja  di beberapa syarikat kawalan keselamatan. Nama profile facebook miliknya ialah Mbegers Salleh. Tetapi di kad  kuasa ialah Alim bin Jafar. Berasal dari sulawesi Tenggara Indonesia sama seperti  LOADE ARDINA LOADE RASILA, pembunuh pegawai bank, Norazita Abu Talib.

Klik facebook -- > Mbegers Salleh


Berdasarkan No. Kad Pengenalan Palsu individu ini, tidak melayakkan dia mengundi.


sumber : mazidulakmal.com


Pendapat orang ramai tentang kes ini

 



04.10 0

KELEBIHAN MANDI SONGSANG


Kebiasaannya, ramai yang mandi bermula dengan menjiruskan air di bahagian kepala. Sebenarnya situasi ini memberikan impak buruk kepada otak dan kesihatan diri. Sistem saraf otak akan mengecut kerana siraman air tersebut seterusnya membuatkan sistem otak terjejas. Selain itu, pertahanan badan menjadi lemah, seluruh sistem hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan di`setting’ kan di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impak yang buruk kepada sistem pertahanan badan



Adakah anda pernah dengar apa maksud mandi songsang? Mandi songsang itu merupakan amalan mandi bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhir dengan kepala. (kecuali mandi hadas besar di mulakan dari siraman di kepala)


Mandi songsang merupakan kaedah terapi yang hebat serta menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya. Antaranya ialah :

1. Menjadikan pengamalnya AWET MUDA DAN FRESH.

2. Mengembangkan salur darah otak – menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.

3. Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.

4. Mengurangkan tekanan (stress) yang telah dihasilkan oleh otak.

5. Melancarkan perjalanan darah.

6. Menjadikan pengamal semakin pintar.

7. Meninggikan daya ingatan.

8. Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala

9. Menjadikan `state mood’ yang tenang dan ceria.

10. Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat.

11. Memiliki daya ketahanan mental.

12. Menambahkan semangat berani.

13. Menguatkan gigi dan gusi.

14. Dan banyak lagi yang akan diketahui apabila diamalkan



01.55 0

JANGAN KAHWINI WANITA JENIS INI

Pesanan Rasulullah saw : “Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu. Apa yang di beri dan di lakukan suami untuk rumah tangga semuanya tidak berpuas hati. 
Wanita Mananah: suka mengungkit apa yang di lakukan, menidakkan usaha dan jasa suami. Wanita ini biasanya bekerja atau berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain dan berangan untuk mendapatkan suami yang lebih baik dari yang sedia ada. Dalam maksud yang lain, tidak bersyukur dengan jodohnya, Oleh itu, wanita ini mengkufuri nikmat perkahwinan dan merendahkan kebolehan serta kemampuan suaminya,
Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya. Wanita seperti ini suka menunjuk-nunjuk, memeningkan kepala lelaki dan suka membandingkan dirinya dengan orang lain.
Wanita Baraqah: Mempunyai dua makna. Pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya. Kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising. Mulutnya yang banyak cakap it umenyebabkan  segala kerja yang di buatnya tidak menjadi.