Searching...
Sabtu, 16 November 2013
02.02 0

Sistem Baru JPJ MySikap Bermasalah


JPJ yakin sistem komputer baharu MySikap beri lebih manfaat kepada pelanggan. Sejauh mana kebenaran itu? 

Kebanyakan pengguna menyuarakan rasa tidak senang hati kerana terpaksa beratur sehingga luar bangunan kemudian terdedah dengan keadaan panas dan hujan. Sistem baru ‘MySikap’ yang berkuatkuasa di  pada 1 November 2013 bertujuan untuk mengurangkan penggunaan borang kertas untuk permohonan pertukaran kenderaan.

Sistem MySikap yang diperkenalkan  yang di lancarkan oleh Kementerian Pengangkutan baru-baru ini tidak boleh diguna pakai oleh para pengguna di sebabkan sistem tersebut saban hari telah menyusahkan rakyat.



Ada yang telah berulang alik selama beberapa hari setelah melihat barisan panjang yang terjadi kerana mereka tidak mempunyai masa yang lama tunggu dan perlu balik kerja.Seorang pengguna dalam laman facebook mengadu bahawa hanya dua kaunter yang mempunyai kakitangan untuk mengurus proses permohonan.


Baru semalam admin lalui ujian JPJ dan ramai calon tidak layak untuk membuat ujian tersebut di sebabkan nama tiada dalam sistem walhal mereka sudah memperbaharui lesen L mereka.  Selain itu, admin juga di maklumkan oleh ejen pusat memandu bahawa ramai calon yang berjaya lalui ujian JPJ dan masih lagi tidak mendapat lesen mereka di sebabkan sistem baharu. Masalah berikut sudah berlanjutan selama dua minggu.

Justeru itu, JPJ perlu memberi perhatian yang serius terhadap isu ini. Mereka perlulah mengutamakan rakyat dan pengguna. Tindakan dan penambah baikan segera perlulah di lakukan bagi menyelesaikan masalah dan rungutan yang di hadapi oleh pengguna. Oleh yang demikian, ianya perlu mempunyai kaedah penyelenggaraan dan pengurusan yang baik agar tidak menyusahkan mana-mana pihak.

0 komentar:

Posting Komentar