Searching...
Sabtu, 09 November 2013
20.27 0

Rebecca Menang Kes Saman Erma Fatima


Rebecca Menang Kes Saman Erma Fatima | Susulan kes saman yang dibuat oleh aktres Rebecca Nur Al-Islam terhadap syarikat produksi milik pengarah terkenal Erma Fatima, Rumah Karya Citra (M) Sdn. Bhd, mahkamah memutuskan kes tersebut telah berpihak kepada pelakon ini.

Rebecca yang mengeluarkan kenyataan menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Media Hiburan Online melahirkan rasa bersyukurnya di atas kemenangan ini.

"Alhamdulillah syukur. Allah S.W.T sentiasa akan bersama dengan hambanya yang di pihak benar. Amin syukur, Ya Allah.

"Terima kasih kepada lawyer saya dari Azam, Idzham, Azman & Partner, thank u family, friends, saksi-saksi saya, Encik Azahari, Farra Nur Hidayah dan cik Fariz... Syukur... Thank you semua yang menyokong saya di pihak yang benar," ujar Becca.

Sebelum ini, Becca telah memfailkan saman terhadap syarikat produksi Erma selepas gagal melunaskan baki bayaran lakonannya sebanyak 40 peratus untuk drama 'Dejavu Di Kinabalu' arahan Erma tahun lalu. -media hiburan

0 komentar:

Posting Komentar