Suami Buntu isteri berang ditegur
Saya dipukul kenalan isteri apabila menegur sikap isteri mengabaikan tanggungjawabnya, baru-baru ini.
Isteri saya berpendidikan tinggi dan mempunyai pengaruh, baik dalam kalangan keluarga serta rakannya.
Jadi apa saja yang dia lakukan dilihat baik pada kaca mata mereka.
Berbanding saya yang bekerja sebagai pemandu lori sering disalah anggap membuat perangai di luar, sedangkan yang buat perangai ialah isteri saya.
Saya sayangkan dia yang juga ibu kepada dua anak, saya menegur perbuatannya yang tidak hormat kepada saya dan memohon dia berubah menjadi lebih baik.
Namun tindakan saya menyebabkan dia berdendam lalu menuduh saya mempunyai teman wanita baru.
AMIR
Kuala Lumpur
Saudara adalah suami! ‘Syurga seorang isteri terletak di bawah kaki suami’ dan itu saudara perlu jelas di mana kedudukan saudara selaku ketua keluarga.
Atas faktor pendidikan rendah dan si isteri pula mempunyai kerjaya jauh lebih baik, ego si isteri pula melangit.
Di sini, penting untuk saudara mengingatkan betapa pentingnya dia menghormati saudara dan dia tidak boleh menghebahkan hal rumah tangga kepada orang lain.
Dalam situasi ini, penting saudara mempunyai ego serta tidak berpaling daripada perbuatan menegur andai isteri membuat silap.
Andai individu lain masuk campur, saudara lebih hak ke atasnya dan perlu juga menasihati individu terbabit tidak mencampuri urusan rumah tangga orang sewenang-wenangnya.
Jangan pula teguran dilemparkan dalam nada suara tinggi, sebaliknya perlu berhemah supaya tidak mewujudkan salah faham kepada individu terbabit.
Pada si isteri, nyatakan kesilapan pasangan dengan teguran baik serta elak menggunakan kata-kata kesat mahupun nada tinggi supaya dia dapat menerimanya secara terbuka.
Meskipun pendidikan isteri lebih tinggi, ia tidak bermaksud isteri jauh lebih matang mahupun sempurna segenap segi.
Selain itu, sering rapatkan hubungan suami isteri dengan mendirikan solat berjemaah. Diharap ia dapat membantu mengingatkan kedudukan isteri dalam keluarga.-hmetro
0 komentar:
Posting Komentar