Searching...
Sabtu, 02 November 2013
04.36 0

Janda dipulau


Status saya sebagai ibu tunggal menyebabkan ramai jiran tidak menyenangi kehadiran saya. Saya baru saja berpindah ke taman perumahan di Kajang, Selangor selepas keluar dari rumah diduduki suami di Putrajaya.

Mereka lihat serta sering berbisik sesama sendiri apabila saya lalu di depan rumah. Pengasuh kepada anak saya turut bersikap dingin, berbeza ketika saya masih isteri orang, kerana bimbang dipulaukan.
Menurut pengasuh, taman berkenaan pernah berdepan masalah janda muda membuat onar dengan suami penduduk kawasan terbabit.

Ia menyebabkan golongan isteri ‘takut’ dengan mana- mana janda yang tinggal di kawasan tempat saya.


Kadangkala, saya terfikir untuk berbuat jahat. Alang-alang mereka memfitnah, baik saya lakukan perkara terbabit daripada terus menerus menahan rasa.


Yang kesalnya, perpisahan kami berpunca daripada kecurangan suami. Kenapa saya pula yang perlu memikul tuduhan serta fitnah?


ZIZI
Kajang


Pupuk nilai positif serta optimistik supaya puan dapat meneruskan kehidupan dalam situasi kurang selesa itu. Abaikan sikap mengasingkan diri, sebaliknya terus berbuat baik dengan kejiranan. Tingkatkan perasaan sabar serta terus berwajah manis.

Jangan sekat diri dalam pembabitan aktiviti kemasyarakatan kerana bimbang tohmahan mereka. Malah, amalkan sikap ‘tebal muka’ serta berbual mesra. Ia diharap memberi persepsi baik kepada jiran tetangga.

Adalah tidak rasional disebabkan kesilapan orang lain, penduduk melayan puan dengan buruk.

Andai puan berusaha menunjuk perilaku baik serta pandai membawa diri, Dang Setia yakin ada yang akan melihat kebaikan itu.

Cari rakan yang mampu memberi dorongan serta nasihat baik.

Elak melakukan perkara terkutuk kerana ingin membalas dendam.-hmetro

0 komentar:

Posting Komentar