Searching...
Tampilkan postingan dengan label info. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label info. Tampilkan semua postingan
Jumat, 28 Maret 2014
11.41 0

Pasukan VAT69 Halang Penceroboh Dari Menceroboh Kampung Tanduo

Pasukan VAT69 Halang Penceroboh Dari Menceroboh Kampung Tanduo


Sepasukan penembak hendap VAT69 menghalang kumpulan militan Sulu memasuki sektor B, C dan D dalam satu operasi tinjau rapat di Kampung Tanduo, Lahad Datu ketika berlaku kejadian tembak-menembak di kawasan itu pada 1 Mac tahun lepas.
Koperal Shahril Afiza Zahari berkata ini bermakna beliau dan pasukannya berperanan memberi perlindungan kepada rakan mereka yang terbabit dalam kejadian itu.

Semasa insiden, Shahril Afiza berkata pasukannya berada 400 hingga 500 meter dari telaga dan longkang yang membekalkan air kepada kumpulan militan yang menceroboh kampung itu dan beliau pernah melihat 20 hingga 30 penceroboh mandi serta mengambil air dengan sesetengah mereka berpakaian celoreng dan bersenjata.

Bagaimanapun, beliau berkata dari kedudukan mereka, pasukannya tidak boleh melepaskan tembakan ke tiga sektor berkenaan dan satu-satunya perlindungan yang boleh diberi ialah menghalang penceroboh berkenaan dari kedua-dua lokasi bekalan air bergerak ke sektor B, C dan D.

"Kami boleh melepaskan tembakan apabila penceroboh dari dua punca air itu lari (ke arah pertempuran) atau melepaskan tembakan ke arah sektor B, C dan D)," katanya ketika disoal peguam Datuk N. Sivananthan pada perbicaraan 30 individu yang berdepan pelbagai pertuduhan berkaitan insiden pencerobohan Lahad Datu tahun lepas.

Shahril Afiza juga memberitahu mahkamah bahawa bagi memantau penceroboh di Kampung Tanduo, beliau dibekalkan dengan teropong jarak jauh, alat pengimejan haba dan senjata tempur yang dilengkapi skop Schmidt & Bender.

Terdahulu, beliau berkata pada kira-kira 7 pagi 7 Mac tahun lepas, ketika menjalankan operasi keselamatan di Kampung Tanjung Batu, pasukannya menembak mati seorang lelaki berpakaian preman manakala seorang lagi berjaya meloloskan diri.

Beliau berkata sebelum itu, kedua-dua lelaki berkenaan menghampiri mereka secara tergesa-gesa.

"Seorang memegang parang dan seorang lagi bawa senjata yang saya tidak tahu apa jenis," katanya.

Ditanya Timbalan Pendakwa Raya Datuk Abdul Wahab Mohamed siapa yang ditembak, Shahril Afiza berkata lelaki yang memegang parang.

Abdul Wahab: Apakah tindakan koperal setelah tembakan dilepaskan ke arah penceroboh?

Shahril Afiza: Saya dan pasukan saya pergi memeriksa penceroboh yang tumbang tadi dan mendapati di sebelahnya ada sebilah parang dan sebuah beg.

Abdul Wahab: Adakah koperal berkesempatan memeriksa beg itu?

Shahril Afiza: Saya berkesempatan memeriksa beg itu dan mendapati di dalamnya ada sepasang baju celoreng dan sedikit makanan ringan.

Beliau berkata selepas memerikasa mayat penceroboh yang ditembak mati itu, pasukannya meninggal kawasan berkenaan tanpa mengambil apa-apa dan kembali ke lokasi di mana mereka ditempatkan selama empat hari mulai 6 Mac.

Sebanyak 30 tertuduh terdiri daripada 27 warga Filipina dan tiga penduduk tempatan dibicarakan dalam kes ini.

Mereka berdepan pelbagai tuduhan iaitu menjadi anggota kumpulan pengganas atau melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, merekrut anggota untuk kumpulan pengganas atau melindungi individu yang mereka tahu adalah anggota kumpulan pengganas.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 12 Feb dan 10 April 2013.

Perbicaraan di depan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah bersambung 1 April ini.-mStar Online
Rabu, 26 Maret 2014
06.11 0

Awas Wanita!!! Bahaya Letak Botol Air Dalam Kereta

Awas Wanita!!! Bahaya Letak Botol Air Dalam Kereta


Orang ramai tidak perlu minum botol air yang telah ditinggalkan di dalam kereta. Haba bertindak balas dengan bahan kimia dalam plastik botol yang mengeluarkan dioksin ke dalam air.

Dioksin adalah toksin yang semakin ditemui dalam tisu kanser payudara. Oleh itu, sila berhati-hati dan tidak minum air botol yang telah ditinggalkan di dalam kereta.
Gunakan botol 'stainless' (keluli tahan karat) atau botol kaca bukan plastik!

Maklumat ini juga sedang diedarkan di Pusat Perubatan 'Walter Reed Army'. Tiada bekas plastik dalam ketuhar gelombang mikro. Tiada botol air dalam peti sejuk. Tiada bungkusan plastik dalam ketuhar gelombang mikro.

Kimia Dioksin adalah punca kanser, terutama kanser payudara. Dioksin adalah sangat beracun kepada sel-sel dalam badan kita. Jangan membekukan air dalam botol plastik kerana akan melepaskan dioksin daripada plastik. Baru-baru ini Pengurus Program Kesejahteraan di Hospital Castle, adalah satu program TV untuk kesihatan menjelaskan bahaya ini .

Kita tidak perlu memanaskan makanan di dalam ketuhar gelombang menggunakan bekas plastik. Ini terutamanya kepada makanan yang mengandungi lemak.

Gabungan lemak, haba yang tinggi dan plastik melepaskan dioksin ke dalam makanan.

Sebaliknya menggunakan kaca, seperti Pyrex atau bekas seramik untuk memanaskan makanan. Anda akan mendapat keputusan yang sama, tetapi tanpa dioksin. jadi, perkara-perkara seperti maggi dalam 'cup', sup segera, dan lain-lain, perlu dikeluarkan dari bekas mereka dan dipanaskan di dalam sesuatu yang lain.

Kertas juga boleh, tetapi anda tidak tahu apa yang ada dalam kertas. Ia adalah selamat untuk menggunakan bahan kaca, seperti Pyrex, dan lain-lain

baru - baru ini beberapa restoran-restoran makanan segera berpindah dari bekas buih stirena ke kertas. Masalah dioksin adalah salah satu sebab nya....

Bungkusan plastik, seperti berpaut filem, adalah sama bahaya apabila diletakkan di atas makanan yang perlu dimasak dalam ketuhar gelombang mikro.Ketika makanan dipanaskan, haba yang tinggi menyebabkan toksin beracun yang akan mencairkan bungkusan plastik dan menitik ke dalam makanan. Sebaiknya tutup makanan dengan kertas tuala.

Senin, 18 November 2013
01.29 0

19 Hari Tempoh Buruan, Tumpasnya Pembunuh Pegawai AmBank



KRONOLOGI KES TEMBAK PEGAWAI AMBANK

23 OKTOBER 2013
- Pegawai AmBank cawangan Subang Jaya , Norazita Abdul Talib meninggal dunia di tembak oleh pengawal keselamatan dikenali Ardi Hamza sebelum melarikan wang berjumlah RM450 000.Dua lelaki  dan isteri Ardi berjaya di tahan oleh Polis Selangor di sebuah rumah di Kota Kemuning, Klang  beberapa jam selepas kejadian. Wang rompakan RM20,000 berjaya di temui.


28 OKTOBER 2013
- Jabatan Pendaftaran Negara mengesahkan nombor MyKad Ardi tiada dalam pangkalan data dan di percayai menggunakan kad pengenalan palsu.


30 OKTOBER 2013
- Pasukan Polis Marin Wilayah Dua meningkatkan sekatan di pesisir pantai dan perairan Johor sebagai langkah mengelakkan Ardi meloloskan diri ke negara jiran.


10 November 2013
-Ardi di tangkap di Kampung Belungkor, Kota Tinggi di Johor



sumber : Berita Harian

Sabtu, 16 November 2013
02.02 0

Sistem Baru JPJ MySikap Bermasalah


JPJ yakin sistem komputer baharu MySikap beri lebih manfaat kepada pelanggan. Sejauh mana kebenaran itu? 

Kebanyakan pengguna menyuarakan rasa tidak senang hati kerana terpaksa beratur sehingga luar bangunan kemudian terdedah dengan keadaan panas dan hujan. Sistem baru ‘MySikap’ yang berkuatkuasa di  pada 1 November 2013 bertujuan untuk mengurangkan penggunaan borang kertas untuk permohonan pertukaran kenderaan.

Sistem MySikap yang diperkenalkan  yang di lancarkan oleh Kementerian Pengangkutan baru-baru ini tidak boleh diguna pakai oleh para pengguna di sebabkan sistem tersebut saban hari telah menyusahkan rakyat.



Ada yang telah berulang alik selama beberapa hari setelah melihat barisan panjang yang terjadi kerana mereka tidak mempunyai masa yang lama tunggu dan perlu balik kerja.Seorang pengguna dalam laman facebook mengadu bahawa hanya dua kaunter yang mempunyai kakitangan untuk mengurus proses permohonan.


Baru semalam admin lalui ujian JPJ dan ramai calon tidak layak untuk membuat ujian tersebut di sebabkan nama tiada dalam sistem walhal mereka sudah memperbaharui lesen L mereka.  Selain itu, admin juga di maklumkan oleh ejen pusat memandu bahawa ramai calon yang berjaya lalui ujian JPJ dan masih lagi tidak mendapat lesen mereka di sebabkan sistem baharu. Masalah berikut sudah berlanjutan selama dua minggu.

Justeru itu, JPJ perlu memberi perhatian yang serius terhadap isu ini. Mereka perlulah mengutamakan rakyat dan pengguna. Tindakan dan penambah baikan segera perlulah di lakukan bagi menyelesaikan masalah dan rungutan yang di hadapi oleh pengguna. Oleh yang demikian, ianya perlu mempunyai kaedah penyelenggaraan dan pengurusan yang baik agar tidak menyusahkan mana-mana pihak.

Jumat, 15 November 2013
Kamis, 14 November 2013
09.44 0

Kedudukan Jerawat Petunjuk Kepada Kesihatan

DAHI

Haba badan yang melampau serta peredaran darah yang tidak baik menjadi punca kepada naiknya jerawat kat dahi kita. Orang yang ada jerawat kat dahinya selalunya memiliki sifat panas baran.
Untuk menghindari, dinasihatkan supaya menjadikan amalan untuk tidur awal serta bangun awal. Selain itu pastikan dapat tidur yang cukup dan minum air banyak.

HIDUNG

Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Jika ianya di hujung hidung mungkin disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang tidak normal.
Dan jika di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.

DAGU

Kalau jerawat tumbuh di dagu pula, berkemungkinan fungsi buah pinggang telah terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

PIPI

Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan tidak normal.

BADAN (Belakang dan Depan)

Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah, seperti terkena sembelit. Dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin tersingkir dengan lebih baik. Nampaknya ada yang terus menghadap ke cermin untuk melihat posisi jerawat anda. 

Walaubagaiman pun artikel yang dikongsikan ini adalah sekadar rujukan sahaja. Untuk mendapatkan maklumat lebih jelas mengenai tahap kesihatan, anda perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat doktor
Selasa, 26 Maret 2013
01.00 0

Rita Rudaini Mendakwa Aidil Tidak Memberi Nafkah


Rita Rudaini Mendakwa Aidil Tidak Memberi Nafkah | Tak sangka gaji pemain bola Malaysia sudah pun mencecah angka puluh ribu. Ini satu perkembangan yang baik. Sayangnya menurut Rita Rudaini, walaupun berpendapatan RM50,000 sebulan, Aidil tidak memberikan nafkah mencukupi kepada dirinya dan anak-anak.
Menerusi keterangan bertulis olehnya, Rita mendakwa sejak meninggalkan rumah kelamin mereka di Kota Damansara Januari tahun lalu, Aidil hanya sekali sekala mengirimkan wang, namun tak menentu dan biasanya menghampiri waktu kes mahkamah. Kata Rita Rudaini lagi:-
Defendan (Aidil) berpendapatan melebihi RM50,000 sebulan berdasarkan kontrak diperolehnya. Dia mempunyai kereta Mercedes CLS dan sebuah superbike dan ini menunjukkan kemewahan hidupnya.
Untuk makluman, Rita menuntut RM5,392 sebulan untuk nafkah dua anak merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan lampai pakai buang. Manakala untuk dirinya sendiri, dia menuntut RM7,400 sebulan termasuk perbelanjaan bil dan rumah. Namun begitu, Aidil yang ditemui di luar mahkamah memberitahu yang dia mempunyai bukti yang dia memberikan nafkah kepada anak-anaknya. Kata Aidil.
Tak apalah saya ada semua bukti. Saya tak pernah tidak bagi nafkah untuk isteri dan anak. Saya hantar SMS bertanya khabar, dia tak balas, kadang-kadang saja dia balas.
Mahkamah telah menetapkan 6 Mei ini untuk sesi soal balas. Semoga kebenaran akan terbukti dan jalan penyelesaian sebaiknya akan dapat dicapai buat pasangan ini. Sama-samalah kita doakan.
00.00 0

Gaun Pengantin Dengan Panjang 3 Kilometer


Gaun Pengantin Dengan Panjang 3 Kilometer | Pernikahan Aneh dan Unik. Hari Pernikahan adalah suatu hari khas yang tak dapat dilupakan, dan hal ini dibuktikan oleh pengantin asal Itali Elena De Angelis, dan warga di desa Casal di Princice. Pasalnya, pengantin ini telah memecahkan rekod dunia untuk gaun pengantin terpanjang dengan datang ke gereja untuk perkahwinannya dengan memakai gaun sepanjang 3 kilometer.


Diperlukan ratusan pelajar sekolah bersama ibu mereka membantu pengantin wanita ini dengan gaun super panjangnya ini di sepanjang jalan di desanya. Gianni Molaro yang merancang pakaian ini, memerlukan 6.000 meter kain sutra, dan mengharapkan gaun ini akan dikukuhkan dalam Guinness Book of Records sebagai gaun terpanjang di dunia.





Senin, 25 Maret 2013
23.00 0

Rozita Che Wan Di Tegur Secara Ikhlas Oleh Dr.Harlina Halizah Siraj Tentang Seksi Itu Hak Dirinya


Rozita Che Wan Di Tegur Secara Ikhlas Oleh Dr.Harlina Halizah Siraj Tentang Seksi Itu Hak Dirinya | Kenyataan Rozita Che Wan yang seksi itu hak dirinya mengundang pelbagai reaksi dari peminat dunia hiburan. Ada yang mempertahankan, ada yang berdiri atas pagar dan yang mencemuh juga lebih lagi.
Semuanya bermula apabila Rozita dikritik oleh orang ramai kerana berpakaian singkat sehingga menampakkan paha dalam gambar yang dimuat naik ke akaun Instagram bakal suaminya iaitu pelakon Zain Saidin. Cara berpakaian Rozita dianggap tidak sesuai dengan usianya yang sudah mencecah 40-an itu walaupun untuk wanita seusia dirinya, Rozita bolehlah dikatakan cantik.
Susulan dari kontroversi itu, Zain Saidin telahpun menyahaktifkan akaun Instagramnya. Dakwanya, dia ingin menjaga maruah Rozita sebagai bakal isterinya, namun di sini kami tampilkan satu teguran ikhlas dari Dr.Harlina Halizah Siraj tentang kenyataan Rozita. Adalah diharap perkongsian artikel ini akan memberi manfaat bukan saja kepada Rozita, malah kepada masyarakat secara keseluruhannya.
Salam ukhuwah.
Atas dasar tanggungjawab dan amanah, Dr Har memberanikan diri mengajukan pandangan terhadap fenomena semasa yang amat membimbangkan – di mana semakin ramai ahli masyarakat yang tidak lagi peduli dan kisah dengan teguran orang lain di sekeliling. Apa yang lebih menyedihkan – apabila alasan yg diberikan berlandaskan hujah hak asasi peribadi, yang dianggap mutlak milik individu. Orang lain dianggap tidak berhak campurtangan dan mempersoalkan keputusan, tindakan dan tingkah laku seseorang itu.
Terbaru, hari ini (21 Mac 2013) terdapat laporan akhbar harian mengenai komen seorang yang dikenali ramai mengenai `hak peribadi’nya utk berpakaian seksi. Beliau juga memberi amaran agar orang ramai jangan terlalu menjaga `tepi kainnya’. Sedih dan sayu rasa hati membaca komen tersebut. Masakan boleh Dr Har buat tak kisah dan membiarkan golongan ini begitu sahaja. Kalau ada yang mahu mengatakan : `Who cares?’, Dr Har jawab
`I do care! A lot!‘
Dalam konteks ini, perlu sangat diperjelaskan bila nak bercakap pasal hak, ada beberapa noktah yang mesti diperhatikan :
Jangan lupa, jauh mendahului hak individu adalah hak Allah SWT yang Maha Agung, Perkasa dan Sempurna. Hak Allah SWT adalah untuk disembah, dipatuhi dan diagungkan. Segala suruhan-Nya adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri, maka pujuklah diri dan relakanlah jiwa untuk patuh, taat dan setia. Larangan yang membawa kemurkaan-Nya adalah untuk keselamatan dan kesejahteraan manusia itu sendiri, maka jauhilah sejauh-jauhnya. Membelakangkan hak Allah, tidak memperdulikan suruhan-Nya – adalah satu manifestasi kesombongan yang luarbiasa!
Janganlah pula terlupa, tubuh badan kita sebenarnya bukan hak milik kita, yang boleh diperlakukan sewenang-wenangnya. Ianya hanya pinjaman sementara, dari Empunya yang tidak pernah terleka. Keindahan tubuh badan ini boleh hilang sekelip mata, semua terpulang kepada yang Empunya. Bukankah kita mengimani adanya Hari Pembalasan di Padang Mahsyar? Khabarnya, itulah saat segala anggota tubuh badan kita akan mengadu perihal penyalahgunaan dan pengkhianatan kita. Mulut yg begitu lantang bersuara semasa di dunia, terkunci rapat semasa ditimbangtara. Tentu sekali kita takkan boleh berkata kepada Tuhan yang Empunya segalanya, `Jangan jaga tepi kainku!’
Jangan lupa, selain hak adanya pula tanggungjawab dan rasa hormat. Tiga aspek ini :Responsibilities, Rights & Respect – 3R, tak boleh dipisahkan. Hak hanya boleh diberikan kpd mereka yg sudah menjalankan tgjwb & peranan mereka dengan baik dan sempurna. Peruntukan hak mestilah pula dihormati. Jangan asyik berhujah dengan hak kita yang itu dan yang ini. Tanyakan pada diri, sudahkah tanggungjawab dan peranan asasi kita sebagai hamba Allah dan khalifah terlaksana? Kalau belum, hak apa sebenarnya yang ada pada dirimu?
Jangan lupa, kita manusia makhluk Allah yg perlu hidup secara berkelompok dan bersosial. Kita manusia lemah, amat saling bergantungan dan perlu-memerlukan. Selain hak individu, ada di sana hak kolektif (jamaí) yang menjadi milik komuniti di sekelilingmu. Bila bertembung antara hak individu kita dengan hak kolektif massa – ketahuilah, hak kolektiflah yang harus didahulu dan diutamakan. Demi sebuah ketenangan hidup yang penuh rasa hormat-menghormati, ayuh kita belajar dari kelompok manusia dulu – mendahulukan hak kolektif dibandingkan hak individu.
Mungkin yang paling mendapat manfaat dari nukilan ini, bukanlah kelompok sasaran yang diajukan teguran.
Tak mengapalah, Dr Har yakin, ada kelompok yang pasti mendapat sedikit peringatan dan tazkirah.
Fazakkir, innafa’atiz zikra : Dr Har akan terus memberi peringatan, sesungguhnya peringatan yang berulang-ulang itu banyak manfaatnya!
Salam ukhuwah :
Dr.Harlina Halizah Siraj ( Dr.Har)
Untuk makluman anda, Dr. Har ialah seorang Pakar Perunding Obstetriks & Ginekologi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Naib Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM). Jika anda ingin membaca blog Dr. Har, sila ke sini.
22.00 0

Menambah Saiz Panjang Kaki Di Jepun

Menambah Saiz Panjang Kaki Di Jepun | Perempuan Jepun banyak yang mempunyai betis dengan ukuran pendek, bagi mereka yang berkeinginan mempunyai betis panjang ternyata harus menebusnya dengan cara yang cukup menyakitkan. Gambar-gambar di bawah ini menceritakan bagaimana perempuan Jepun harus rela dilobangi kakinya untuk memasang alat peregang agar betisnya boleh bertambah panjang ukurannya. Dengan pembedahan ini konon saiz betis seseorang boleh bertambah panjang hingga 8 inci, bayaran yang dikeluarkanpun tergolong sangat mahal kerana pesakit harus merogoh koceknya hingga $ 30,000. Apapun hasilnya dari rawatan perubatan seperti ini tentu akan sangat menyakitkan.











21.00 0

Komen Ugutan Bunuh Dan Fitnah Terhadap Yasin Sudah Selesai



Komen Ugutan Bunuh Dan Fitnah Terhadap Yasin Sudah Selesai | PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman menganggap komen ugutan bunuh dan fitnah yang diterimanya menerusi YouTube sebelum ini sudah selesai apabila individu tersebut telah memohon maaf kepadanya menerusi ruangan komen laman itu.
Yasin, 39, berkata, dia telah pun memaafkan kedua-dua individu tersebut dan menganggap mereka tidak faham maklumat sebenar yang ingin disampaikannya menerusi lagu Reformasi yang dimuat naik ke YouTube.
"Saya tidak mahu memanjangkan isu itu apabila individu tersebut telah pun memohon maaf di ruang komen lagu tersebut di YouTube dan saya telah pun memaafkan mereka.
"Mereka mungkin tidak faham tentang maklumat sebenar yang ingin saya sampaikan sehingga menyebabkan mereka bertindak melulu mengugut saya," jelasnya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.
Yasin menerima mesej ugutan menerusi akaun YouTube miliknya selepas dia memuat naik lagu Reformasi nyanyiannya yang dicipta khas sempena Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 yang berlangsung pada 25 Februari lalu.
Yasin (kiri) dan peguamnya, Yusmadi menunjukkan bukti ugutan bunuh yang diterima menerusi laman YouTube ketika mengadakan sidang media di pejabatnya baru-baru ini.
Mesej berkenaan yang ditulis oleh individu bernama ‘Azzali Abdul Aziz’ antara lain mengugut untuk memijak-mijak penyanyi itu sehingga lumat manakala 'Pencinta Muzik’ pula berkata, Yasin patut dibunuh.
Dalam pada itu, Yasin berkata, dia juga telah membatalkan hasrat untuk membuat laporan polis berhubung isu itu dan berharap kedua-dua individu berkenaan sedar akan kesilapan mereka sebelum ini.
Dalam perkembangan lain, Yasin dia baharu sahaja melancarkan sebuah ‘single’ bersama penyanyi Faizal Tahir berjudul Berani selain melakukan kolaborasi dengan Maya Karin dalam lagu Demi Masa Ini.
20.00 0

Gadis Ini Memanjat Tiang Elektrik Berkuasa Tinggi


Gadis Ini Memanjat Tiang Elektrik Berkuasa Tinggi | Akibat Kesan penggunaan Dadah. Seorang Gadis Asal Republik Czech membuat gempar masyarakat di sekitarnya. Tindakan yang dilakukan seorang gadis asal Republik Czech ini tergolong sangat nekad. Ulahnya membuat warga, polis dan pegawai elektrik tempatan pusing tujuh keliling. Sebabnya, gadis usia 21 ini memanjat sebuah tiang elektrik bertegangan tinggi dengan ketinggian 40 kaki tanpa sedikitpun alat keselamatan.

Gadis yang tidak diketahui namanya tersebut nekad melakukan tindakan sangat berbahaya ini kerana pengaruh dadah yang petroleumnya sebelum dia beraksi. Gara-gara pengaruh ubat terlarang tersebut, sang gadis pun memanjat tiang elektrik tanpa rasa takut dan berada di atas selama lebih kurang 4 jam. "Ini adalah mimpi buruk kerana dia di bawah pengaruh ubat sehingga berbuat hal yang tidak masuk akal," ujar jurucakap polis tempatan, Jan Macalikova, sebagaimana dikutip dari dailymail.



Menurut polis tersebut, si gadis berhalusinasi tinggi bahawa dirinya memanjat sebuah jambatan dan hendak menyeberangi sungai. "Dia yakin jika tiang elektrik itu adalah jambatan yang melintasi sungai Morava," kata Macalikova. Perlu masa lebih dari 4 jam bagi polis untuk dapat memujuk si gadis untuk turun. Kerana si gadis tetap berkeras bahawa dirinya memang menaiki jambatan.

Setelah berjaya dipujuk, pegawai terus melarikan si gadis ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan dan pemulihan daripada pengaruh ubatnya. Beruntung si gadis tidak terluka sedikitpun meski yang dipanjatnya adalah tiang elektrik bertegangan tinggi.






Selasa, 19 Maret 2013
20.00 0

Cikgu Hina Polis Bodoh & Bukan Wira




Cikgu Hina Polis Bodoh & Bukan Wira | Satu demi satu orang yang "tinggi" pelajarannya mempertikai, dan terus memperlekehkan  wira-wira kita yang gugur di Lahad Datu. Hebat sangatkah kita bila mengambil "the Another Side" dalam kes ini?


Ini contoh hasil doktrin yang telah berjaya disemai pasca Bersih 1.0, 2.0 , 3.0 . Rasa benci terhadap anggota keselamatan kita dipupuk dalam keadaan tanpa sedar telah membuah menjadi warga bangsa yang langsung tidak mengenal erti berterima kasih, erti bersyukur, malah bangsa yang dibodohkan dan terus diperbodohkan.

Cikgu begini yang mengajar anak bangsa masa hadapan....

05.00 0

Terapi Kecantikan Dengan Menggunakan Api Di China

Terapi Kecantikan Dengan Menggunakan Api Di China | Ini adalah salah satu cara untuk mencantikan wajah, dan cara ini hanya berlaku di negara china. Kaedah yang dibuat ini di kenali sebagai HuÇ’ Liao, ianya berfungsi untuk merehatkan otot, menyegarkan mata, dan sebagainya .





04.00 0

Rozita Che Wan & Zain Saidin Romantis Hiasi Majalah Media Hiburan

Rozita Che Wan & Zain Saidin Romantis Hiasi Majalah Media Hiburan | Romantika di Tampoi sungguh Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini. Kalau tak tahu mesti orang ingat mereka ini suami isteri. Mesra dan sememangnya bagai pinang dibelah dua. Che Ta memang awet muda sehingga tak nampak jurang perbezaan usia mereka.

Ramai yang melahirkan rasa cemburu terhadap Rozita Che Wan kerana bakal bersuamikan Zain Saidin yang muda, kacak dan bergaya. Nak buat macam mana. Itulah jodoh namanya. Pasti mereka berdua sudah tidak sabar-sabar lagi untuk sah menjadi suami isteri hujung tahun ini.