Searching...
Kamis, 07 Agustus 2014
03.46 0

(14 GAMBAR) Usaha Seludup Masuk Dadah Yang Kantoi


Sebut sahaja pasal dadah pastinya terbayang nama-namanya yang cukup terkenal seperti heroin, ice, syabu, ganja serta methamphetamine. Tak kurang juga yang terbayangkan negara-negara yang merupakan pusat dadah terbesar di dunia seperti Mexico dan Cuba.

Dadah ini pada asalnya bertindak baik sebagai terapi untuk pelbagai rawatan jika penggunaannya mengikut prosuder-prosuder yang ditetapkan. Tapi yang menjadi masalah sekarang ni ialah penyalahgunaan dadah itu sendiri.

Bukan sahaja akan menyebabkan seseorang mengalami khayal yang melampau malah akhirnya boleh membawa kepada kematian. Dadah ini juga memberikan rasa ketagih kepada individu yang menyalahgunakannya.

Sebab itulah dadah ini mendapat permintaan yang tinggi di seluruh dunia. Permintaan yang tinggi sekaligus membuatkan harganya melambung tinggi secara mendadak. Ekoran itu, yang nak cepat kaya, bermacam taktiklah diwujudkan bagi memasarkan barangan haram ini kepada pengguna-pengguna yang sudah semestinya 'dahaga'.

Gambar-gambar di bawah merupakan perkongsian dari admin berkenaan dengan taktik-taktik yang digunakan untuk membawa masuk dadah ke sesebuah negara. Ini hanyalah taktik-taktik yang berjaya dibongkar pihak berkuasa. Yang belum dibongkar pastinya banyak lagi kerana dadah-dadah ini tetap wujud di seluruh negara.
















sumber

0 komentar:

Posting Komentar