Searching...
Tampilkan postingan dengan label berita. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label berita. Tampilkan semua postingan
Rabu, 13 Agustus 2014
19.51 0

Budak Perempuan Hamil 9 Bulan Selepas Dirogol Oleh Bapa Saudara

sekadar gambar hiasan

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun mengandung sembilan bulan selepas beberapa kali dirogol bapa saudaranya di rumah mangsa di Bagan Sungai Burung, Sungai Besar, di sini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd berkata, mangsa yang tidak lagi bersekolah itu dipercayai dirogol sejak awal Disember tahun lalu ketika ibu dan bapa mangsa tiada di rumah.

Menurutnya, mangsa dipercayai dirogol setiap bulan oleh suspek yang tinggal di Hutan Melintang, Perak dan kali terakhir kejadian itu berlaku pada Julai lalu.

“Mangsa mula dirogol bapa saudaranya itu ketika usianya masih 11 tahun dan kandungannya kini memasuki usia sembilan bulan,” katanya kepada Sinar Harian.

Noor Mushar berkata, suspek sebelum ini berjanji ingin berkahwin dengan mangsa, bagaimanapun mangsa seakan-akan tertipu dengan kata-kata manis bapa saudaranya itu selepas mereka menjalin hubungan terlarang.

“Ibu bapa mangsa terkejut selepas mendapati anaknya mengandung dan mangsa telah menceritakan kejadian terbabit kepada kedua-dua orang tuanya,” katanya.

Katanya, mangsa yang menerima rawatan di Klinik Desa Sungai Burung kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Besar sebelum satu laporan polis dibuat seorang jururawat atas arahan seorang doktor pakar di klinik kesihatan terbabit.

Sehingga kini katanya, polis sedang memburu suspek bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Dalam kejadian berasingan katanya, seorang pelajar dari Pasir Mas, Kelantan dirogol di dua tempat berasingan di daerah ini oleh seorang abang angkatnya yang dikenali menerusi aplikasi SMS Koloni.

Katanya, kejadian berlaku pada 4 Ogos lalu selepas mangsa mengikut suspek berusia 25 tahun itu dari KLIA ke rumah lelaki itu di Sungai Besar.

"Dalam perjalanan ke Sungai Besar itu, mangsa dan suspek tidak terus pulang ke rumah sebaliknya mereka menginap di sebuah hotel di Sekinchan sebelum melakukan hubungan terkutuk itu pada waktu malam hari yang sama.

“Keesokannya, mangsa dibawa ke rumah suspek di Taman Padu Permai Sungai Besar dan sekali lagi melakukan perbuatan itu pada 7 Ogos lalu di bilik tidur di dalam rumah berkenaan,” katanya.

Noor Mushar memberitahu, mangsa dihantar pulang oleh suspek di Perhentian Bas Klang pada 8 Ogos lalu untuk pulang ke rumahnya di Kelantan.

“Hasil siasatan mendapati ibu mangsa telah membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya di KLIA pada 4 Ogos lalu.

“Bagaimanapun, mangsa memaklumkan kepada ibunya menerusi SMS dia mengikut rakannya dan akan pulang dengan selamat,” katanya.

Bagaimanapun katanya, setelah beberapa kali didesak ibunya selepas kehilangannya selama empat hari, akhirnya mangsa mengaku dia telah dirogol suspek dan membuat laporan polis di Pasir Mas, Kelantan.

Kedua-dua kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.-sinar harian
Sabtu, 02 Agustus 2014
09.40 0

Malaysia Berisiko Disekat Ekonomi Oleh Negara Barat?


Tidak mustahil sekiranya Malaysia dikenakan sekatan ekonomi kerana kelantangannya menentang tindakan kejam rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

Pakar Ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin berkata, kemungkinan itu mungkin berlaku dalam usaha Israel melumpuhkan ekonomi negara yang menyokong Palestin.

“Kegawatan ekonomi seperti yang berlaku pada 1997, 1998 dan 2008 boleh berulang. Harga bahan api, getah dan kelapa sawit akan naik mendadak dan kejatuhan ringgit boleh jejas ekonomi negara.

“Keterbukaan ekonomi Malaysia yang membuka ruang syarikat luar untuk melabur juga berisiko (terjejas) sekiranya negara luar (yang menganggap Malaysia sebagai penyokong pengganas) menarik balik pelaburan mereka di negara ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, langkah berjaga-jaga tetap perlu diambil, kerana negara-negara Barat terutama yang menguasai ekonomi dunia mungkin mengambil kesempatan ke atas Malaysia pada bila-bila masa.

Media Israel kelmarin memetik agensi keselamatan negara itu, Shin Bet yang menuduh kononnya Malaysia dijadikan tempat latihan pejuang Hamas, sekali gus cuba melibatkan Malaysia dengan konflik itu.

Israel cuba pusing cerita

Kerajaan Hamas, yang dilantik rakyat Gaza untuk mentadbir wilayah itu melalui pilihan raya secara demokratik pada 2006 dilabel secara rasmi sebagai pengganas oleh beberapa kuasa Barat, menyebabkan ia tidak diiktiraf sebagai kerajaan dan diharamkan mempunyai sebarang hubungan politik atau ekonomi dengan negara-negara tersebut.

Mengulas dakwaan media Israel mengenai Malaysia, Amir Hussin berkata Israel sedang membohongi diri mereka sendiri sedangkan rejim itu tahu pendirian tegas Malaysia dalam isu kemanusiaan.

"Ini adalah cubaan mereka untuk menjatuhkan negara kita. Negara luar sewajarnya menimbangkan laporan berkenaan sebelum mengambil sebarang tindakan ke atas Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya, Profesor Datuk Dr Mohamad Abu Bakar juga tidak menolak kemungkinan berlakunya sekatan ekonomi terhadap Malaysia atas dakwaan menyokong 'keganasan' dan pejuang Hamas.

“Dunia tahu pendirian Malaysia yang sejak dahulu lantang menentang kezaliman Israel dan sentiasa membantu dan menghantar misi kemanusiaan ke Gaza. Selama ini Malaysia membela nasib rakyat dan penderitaan yang dialami penduduk Palestin.

“Hamas pula sebuah badan ditubuhkan untuk mentadbir Genting Gaza yang didiami penduduk Palestin. Secara tidak langsung, Malaysia dianggap menyokong Hamas, walaupun sebenarnya agenda utama Malaysia adalah membela mereka yang menderita di bumi Gaza,” katanya.-sinar harian
Rabu, 23 Juli 2014
11.29 0

GEMPAR! (6 GAMBAR) Nahas Terbaru Kapal Terbang Terhempas,47 Orang Maut


Sebuah lagi kapal terbang komersial terhempas dan kali ini berlaku di Taiwan.

Kapal terbang TransAsia cuba mendarat ketika ribut yang kuat, namun akhirnya pesawat gagal dikawal dan terhempas di luar lapangan terbang sebuah pulau kecil Taiwan.

Sumber mengatakan 47 orang terperangkap dan dikhuatiri maut.

Menteri dari Taiwan, Yeh Kuang-shih berkata 11 lagi individu cedera dalam insiden itu.

Kapal terbang TransAsia berkenaan terhempas dan terbakar ketika cubaan mendarat kali kedua.

Gambar di bawah:







sumber
Sabtu, 19 Juli 2014
02.08 0

Susulan Wanita Hina Kapten MH17,Gelar Arwah Kambing

Di dalam gambar berkenaan, kelihat pengomen tersebut, seorang wanita berkata“Juruterbang Islam Melayu Bodoh. Kalau dia dah makan, mesti dia lebih fokus untuk tidak terbang dalam zon larangan! Apa yang kambing rumput tu fikir?”

Setelah siasatan lanjut dijalankan oleh SK, wanita berkenaan didapati berasal dari Tawau Sabah. 



Lagi kajian terperinci dibuat, profil tersebut adalah profil palsu. Jelas sekali apabila pemilik sebenar nama dan gambar berkenaan marah kerana pemilik akaun palsu kerana menggunakan gambar beliau sejak Novemer 2013 lagi.



Ayat menghina berkenaan sememangnya membuatkan umat islam berderau darah apa lagi di bulan puasa dimana adalah kewajipan umat islam berpuasa. Pemilik akaun palsu berkenaan sememangnya tiada hati perut dengan menggelar kapten MH17 sebagai kambing. 

Sebaiknya selepas kejadian MH17 ini, kita banyakkan menyampaikan takziah kepada keluarga mangsa bukan kata hinaan dan cacian. Kalau ingin salahkan seseorang, salahkan penembak pesawat terbabit. 

Kepada pengguna laman sosial, berhati-hati dengan informasi yang diperoleh kerana banyak informasi yang tidak benar berlegar-legar secara bebas di laman sosial. Pastikan sumber berita anda sentiasa tepat supaya fitnah tidak berlaku - SiakapKeli.com 
Senin, 31 Maret 2014
17.59 0

Setahun Sebelum Berlakunya Tragedi MH370

Setahun Sebelum Berlakunya Tragedi MH370


Bismillahir Rahmanir Raheem..2013, saya menulis mengenai satu timeline. Saya menyusunnya kepada 3 bahagian perkara yang mungkin akan berlaku ke atas negara ini.

Pertama, usaha perubahan rejim akan dijalankan. Jika gagal, perkara kedua akan dilaksanakan.

Perkara Kedua, sebaik usaha perubahan rejim untuk mengangkat boneka dinilaikan sebagai gagal untuk dijalankan, satu bentuk false flag akan dijalankan. Jika ini turut gagal untuk memaksa dasar pro Amerika di dalam negara, maka pilihan ketiga akan dijalankan dirantau ini.

Ketiga, meletuskan perang setelah kekuatan China dinilaikan berjaya diruntuhkan sedikit-demi sedikit melalui Modus Operandi yang sama dengan cara yang digunakan untuk meruntuhkan Kesatuan Soviet satu ketika dahulu.

Sentiasa saya tegaskan berkali-kali bahawa kehilangan MH370 tidak dapat dipisahkan dari isu perubahan rejim pemerintahan Malaysia, penguasaan Selat Melaka, kedudukan Malaysia sebagai Ring of Pearls China, serta perkembangan yang sedang berlaku di Ukraine.

Apa hubungkaitnya dengan krisis Russia-Ukraine-US?

Pada Mei 2013, satu kertas kerja telah dibentangkan di Sidang Kemuncak BRICS, di Durban. Kertas kerja yang membentangkan agenda Russia untuk memperkukuhkan kesepakatan ekonomi negara-negara BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan) bagi menangani asakan ekonomi Amerika dan Euro.

Antara perkara berani yang dibentangkan ialah :

1. Pemansuhan penggunaan Dollar sebagai matawang dagangan untuk urusniaga minyak antara negara BRICS + Iran + Venezuela.

2. Memperkenalkan satu matawang yang akan digunakan secara bersama dalam urusan urusniaga minyak.

3. Memperkenalkan serta mempromosikan kedua dasar di atas untuk digunakan secara meluas di dunia.

Sergei Glaziev, pemikir ekonomi dibelakang penubuhan Eurasian Union, telah mengajak Russia melakukan satu anjakan kepada perubahan sistem ekonomi baru yang lebih kukuh, stabil dan kuat. Glaziev menempelak sistem ekonomi yang diamalkan oleh Amerika dan sahabat mereka di Eropah yang menggunakan sistem riba secara melampau untuk menampung piramid-piramid hutang dan dalam masa yang sama menjajah dunia melalui hutang-hutang yang diberikan. Glaziev menyatakan, sistem hutang dengan riba yang tidak masuk akal ini, memenjarakan setiap pihak yang berhutang di dalam satu putaran hutang yang tidak akan habis. Ianya melumpuhkan keupayaan kewangan pihak yang berhutang sehingga akhirnya asset-aset milikan mereka dirampas.

Beginilah cara sistem ekonomi barat menjajah dunia tanpa perlu mereka mempunyai wang dan keupayaan kewangan untuk mendapatkan sebarang pemilikan. Dengan mempunyai pihak yang berhutang dengan mereka, mereka menjual hutang tersebut sebagai satu lagi bentuk hutang dan menggandakannya dengan sistem yang tidak bersandarkan sesuatu yang realiti.

Semua ini perlu dihentikan menurut Sergei Glaziev. Lalu beliau mencadangkan agar Russia mengetuai dunia untuk melakukan satu perubahan drastik. Cadangan drastik ini termasuklah membuang amalan menggunakan Dollar Amerika di dalam urusniaga minyak antara negara-negara bersekutu dengan mereka.

Tiada siapa pernah berani mencadangkan perkara demikian rupa kecuali Tun Dr. Mahathir sepuluh tahun lebih awal daripada Glaziev. Yang membezakan Tun Dr. Mahathir dengan Glaziev ialah, Tun Dr. Mahathir merupakan seorang pemimpin berfikiran jauh dari sebuah negara kecil tanpa kekuatan tentera untuk memastikan setiap apa yang diutarakan dapat dijalankan tanpa perlu takut dengan ugutan negara kuasa besar. Tetapi beliau tidak pernah takut untuk mengutarakan idea tersebut berulang kali.

Berbeza dengan Sergei Glaziev yang menjadi penasihat ekonomi kepada sebuah kuasa besar dunia. Sebuah negara yang dikatakan oleh jurucakap media mereka sebagai berkemampuan untuk menukarkan Amerika Syarikat dari sebuah negara kepada lebuan radioaktif yang beterbangan di udara. Russia sebuah negara dengan keupayaan nuclear yang hebat dan kemampuan keupayaan perang yang digeruni.

Apabila Sergei Glaziev mengutarakan idea tersebut, dia menyatakan bahawa ini merupakan jalan perubahan ekonomi yang bakal mengundang risiko retaliasi termasuk sehingga mencetus sebuah perang yang besar.

Russia tidak akan bertindak sedemikian jika Washington tahu berpegang kepada janjinya 30 tahun dahulu kepada Gorbachev. 30 tahun dahulu, Washington telah berjanji untuk tidak mengganggu blok negara Eropah Timur supaya menjadi sebahagian daripada negara NATO. Tetapi, sepertimana Uncle Sam yang biasa, satu persatu negara Eropah Timur ditarik masuk ke dalam NATO. Malah tentera-tentera NATO sudah pun mula ditempatkan pada sebahagian Ukraine ketika krisis ekonomi Ukraine mula memuncak.

Washington menyedari Russia sedang cuba mengumpulkan kekuatan lamanya kembali. Jika dahulu, melalui Warsaw Pact, Russia diperkukuhkan sehingga menjadi satu blok ekonomi yang memberi saingan kepada Amerika dan Eropah. Lalu, satu persatu tiang sokongan Russia di dalam Warsaw Pact ini diruntuhkan sehingga kejatutah Kesatuan Soviet berlaku pada 1991. Melalui dasar Perestroika dan Glasnost, Gorbachev merosakkan kekuatan Kesatuan Soviet dengan anai-anai yang kemudiannya menamatkan era Perang Dingin antara Amerika dan Russia.

Lewat beberapa tahun ini, Washington melihat Russia sedang mengumpulkan kekuatannya kembali. Eric Margiolis, melalui kolumnya yang disindiketkan kepada akhbar the Sunmenyatakan bahawa Russia sedang menjalankanAncshluss (penggabungan) secara senyap. Pungutan suara yang memasukan Crimea ke dalam Russia menunjukkan bahawa Ancshluss itu benar-benar kini sedang berlaku tanpa diselindungkan.Bermula 2013, Russia cuba memperkukuhkan ekonomi negaranya dan membersihkan pemimpin politik serta golongan oligarki daripada golongan yang senang diugut oleh negara barat.

Vladimir Putin telah memperkenalkan dasar anti-dana pesisir (Anti-offshore) bagi membersihkan negaranya daripada kelompangan yang boleh menyebabkan golongan politikus dan oligarki menjadi mangsa ugutan barat. Dalam masa yang sama dasar anti-offshore tersebut akan mengembalikan sebahagian besar dana milik orang Russia di luar pesisir kembali untuk mengukuhkan ekonomi Russia. Pada mula dasar ini diperkenalkan, golongan mewah, politikus dan oligarki Russia dipujuk untuk membawa masuk dana kembali secara sukarela. Tetapi, ramai yang tidak mengendahkannya sehinggalah berlaku krisis ekonomi di Greek dan Cyprus.

Keruntuhan Ekonomi Cyprus menjadi titik tolak kepada kejayaan Putin untuk menggalakkan dasar Anti-pesisir untuk ditegakkan di dalam negara.Cyprus merupakan antara negara luar pesisir di mana ramai golongan kaya Russia menyimpan kekayaan mereka. Apabila berlaku masalah ekonomi sehingga memaksa kerajaan Cyprus mengambil harta-harta yang disimpan untuk menghidupkan ekonomi mereka kembali, kerajaan Russia berlepas diri daripada membantu golongan rakyatnya yang menyimpan kekayaan di luar Russia.

Dari cara pujukan, ia kemudiannya dijadikan undang-undang dengan mengharamkan mana-mana golongan politik dan oligarki untuk mempunyai apa-apa kepentingan perniagaan serta simpanan dana di luar pesisir. Kembalinya dana-dana milik Russia dari luar, maka ekonomi Russia mula dipekukuhkan. Kita akan segera teringat dengan tindakan yang sama dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir bersama Tan Sri Mohd Nor Yaacop, apabila negara menghadapi krisis matawang pada 1998. Tahun yang sama boneka dan kolum kelima yang dipasang Amerika untuk membuat perubahan rejim gagal mencapai matlamat.

Vladimir Putin mempunyai sokongan yang kuat dan kukuh di Russia biarpun Washington cuba memasang kolum kelima dan membiayai puak-puak penentang untuk menggugatkan pemerintahannya. Dasar Anschluss menyebabkan Washington tidak senang duduk. Apabila mereka mengganggu kecenderungan sokongan politik di Ukraine, Russia sudah mentafsirkan tindakan Uncle Sam tersebut sudah melampaui batas yang sepatutnya dihormati sejak 30 tahun dahulu.

Tiada guna untuk berdialog dengan Amerika. Vladimir Putin mengarahkan tentera Russia untuk segera masuk ke dalam Crimea untuk menunjukkan tahap seriusnya Russia dalam mempertahankan rakan-rakan sekutunya daripada jatuh ke dalam perangkap Washington dan Nato. Vladimir Putin menendang maruah Amerika dengan penuh bergaya.

Tetapi Washington, salah sebuah negara Yakjuj dan Makjuj, masih bijak memanipulasi keadaan. Perhatikan kini mereka sedang berusaha memencilkan sokongan ke atas Russia dengan cuba menggunakan prinsip ‘Enemy of my enemy is my friend’. Mereka kini sedang cuba memencilkan China daripada menyokong Russia di dalam isu di Crimea. Orang Islam dengan matahati yang terang akan segera sedar permainan mereka di sini. Walaupun Amerika cuba menggunakan prinsip ‘Enemy of my enemy is my friend’, kita melihat cara mereka mendekati China ialah dengan menggunakan prinsip dalam pepatah Klingon sepertimana yang pernah digunakan di dalam filem Star Trek, ‘Enemy of my enemy is the enemy I killed last’.

Bagaimana mereka melakukannya? Masih ingat dengan peristiwa pembunuhan beramai-ramai di stesen keretapi di China dua minggu lepas? Puak pemisah Uighur telah dituduh sebagai bertanggungjawab dalam peristiwa tersebut. Seluruh negara China sekarang ini berada di dalam satu bentuk sentimen membenci orang Islam kerana ‘perbuatan etnik Uighur di stesen keretapi tersebut’.

Tahukah sahabat-sahabat, bahawa apa yang berlaku di stesen keretapi tersebut adalah satu skrip berulang dengan tempoh masa yang hampir sama sepertimana yang Amerika pernah gunakan satu ketika dahulu sebelum menjajah Afghanistan? Mari kita lihat persamaannya.

Dua minggu sebelum Amerika melancarkan perang ke atas Afghanistan, mereka telah mengirimkan dua orang wartawan yang dikatakan mewakili National Geographic untuk membunuh Ahmad Shah Masood. Ahmad Shah Masood ialah pemimpin golongan mujahidin Pakatan Utara yang digelarkan sebagai Singa Panjsher. Allahyarham tidak pernah mengizinkan mana-mana wartawan menemubual dirinya kecuali oleh dua wartawan tersebut. Apabila sesi temuduga tersebut dijalankan, sebutir bom yang diletakkan di dalam kamera salah seorang wartawan tersebut telah diletupkan.

Pakatan Utara sebelum daripada itu telah mencapai satu perjanjian damai dengan puak Taliban supaya pihak mereka tidak bertembung dan berperang sesama sendiri. Tetapi peristiwa letupan bom ini mengejutkan pihak Pakatan Utara. Amerika segera mencadangkan kepada dunia melalui salakan anjing-anjing di dalam media mereka bahawa Puak Taliban yang membunuh Ahmad Shah Masood. Oleh kerana majority daripada penduduk Afghanistan tidak berminat untuk membaca dan meneliti berita, sama seperti kebanyakan rakyat Malaysia, maka fitnah itu kemudiannya dikipaskan dengan deras.

Hasilnya, Pakatan Utara mengangkat senjata kembali dan memulakan perang mereka dengan golongan Taliban. Selang beberapa minggu selepas itu, Amerika melancarka perang ke atas Afghanistan dengan membantu Pakatan Utara untuk berperang bagi pihak Amerika dengan menundukkan Taliban di beberapa kawasan.

Itulah juga modus operandi yang sedang dijalankan sekarang ini. Setelah mengejutkan negara China dengan berita pembunuhan warga mereka dan menuduh puak pemisah Uighur yang beragama Islam melakukannya, maka mereka telah menyediakan rakyat China dengan satu bentuk sentimen membenci kepada orang Islam. Apa yang mereka perlukan sesudah itu ialah satu lagi bentuk percikan api yang menyebabkan China mengambil sikap anti Islam yang Amerika harap-harapkan. Disinilah sebahagian cerita MH370 bermula.


17.56 0

Najib Tidak Pernah Sebut Terhempas

Najib Tidak Pernah Sebut Terhempas


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah menyebut perkataan "terhempas atau tiada yang terselamat" semasa mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.
   
Perkara ini dijelaskan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri HishammuddinTun Hussein dalam sidang akhbar rutin hari ini berikutan tuntutan maaf keluarga penumpang warga China daripada kerajaan Malaysia.
   
"Sebahagian daripada sebab-sebab permohonan itu dibuat berikutan dakwaan bahawa perdana menteri atau kerajaan telah menyatakan bahawa pesawat itu sebenarnya telah terhempas dan tiada yang terselamat.
   
Perkara itu benar-benar salah..Tidak disebut terhempas atau tiada yang terselamat," katanya memetik kenyataan Najib pada 24 Mac.
   
Semasa membuat pengumuman itu berdasarkan analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom dan Inmarsat, syarikat UK yang menyediakan data satelit, Najib berkata: "Kawasan ini merupakan lokasi terpencil, jauh daripada sebarang tempat pendaratan. Oleh itu saya dengan perasaan amat sedih dan terharu ingin memaklumkan bahawa Penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi".
       
Pengumuman itu mencetuskan kekecewaan di kalangan sanak saudara penumpang dan anak kapal terbabit dan menggesa kerajaan supaya memberikan keterangan konkrit dalam dapatan mereka.
   
Pesawat Boeing 777-200ER membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL jam 12.41 tengah malam.
   
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing jam 6.30 pagi hari yang sama.
   
Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan berkata, usaha mencari sebarang serpihan yang dicerap satelit berkemungkinan berkaitan dengan pesawat Malaysia Airlines itu akan diteruskan.
   
Walaupun serpihan yang ditemui di Lautan Hindi didapati tidak berkaitan dengan pesawat malang itu, Hishammuddin berkata tiada garis masa bagi operasi mencari.

"Kami perlu berlaku adil kepada anggota keluarga (penumpang dan anak kapal). Buat masa ini usaha itu tidak akan dikurangkan. Apa yang berlaku selepas ini, kami telah berbincang tetapi ia tidak sesuai untuk berkongsi dengan orang ramai untuk berlaku adil kepada anggota keluarga," katanya.
     
Semasa sidang akhbar itu, beberapa media asing meminta Hishammuddin menjelaskan maklumat grafik mengenai tindakan MH370 berpatah balik yang diberikan semasa taklimat kepada keluarga penumpang di Beijing.
   
"Saya tidak boleh sahkan. Saya tidak akan berdebat mengenai perkara itu di sini. Taklimat dengan keluarga itu diadakan secara tertutup," jawab Hishammuddin.
   
Bagi setiap soalan teknikal mengenai MH370, Hishammuddin mengulangi bahawa ia hanya boleh dijawab apabila kotak hitam itu ditemui.
   
"Masa semakin suntuk, untuk isyarat itu keluar daripada kotak hitam, jika ia memang di selatan Lautan Hindi," katanya.
   
Hishammuddin juga berterima kasih kepada pihak berkuasa Australia atas kerjasama dan komitmen mereka mengetuai operasi mencari di koridor selatan.
   
"Saya mahu bukan sahaja untuk berterima kasih tetapi memohon mereka meneruskannya di sebalik pelbagai cabaran dan jaraknya. Tetapi setiap hari saya lihat mereka tidak mengecewakan kita terutama anggota keluarga," katanya. - Bernama
17.55 0

Kerajaan Tidak Pernah Sorok Apa-Apa

Kerajaan Tidak Pernah Sorok Apa-Apa


Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak pernah merahsiakan sebarang maklumat atau maklumat baharu yang diperoleh.

Menurutnya, persoalan yang dilontarkan oleh keluarga penumpang MH370 adalah persoalan yang sama dimiliki oleh kerajaan.

"Pihak kerajaan tidak ada jawapan kepada persoalan demi persoalan yang diajukan oleh keluarga penumpang MH370, kerana itu juga persoalan kerajaan dan kami masih belum menerima jawapan kepada persoalan tersebut.

"Soalan yang ditanya sebahagian daripada siasatan, kami tak boleh bagi sebarang kenyataan semasa siasatan sedang berjalan," katanya.

Dalam pertemuan yang berlangsung antara beliau dan pihak keluarga penumpang MH370 semalam, beliau mengakui ianya merupakan satu pertemuan yang paling sukar dalam hidupnya.

Beliau turut berjanji akan meneruskan misi mencari MH370 dan merungkai misteri kehilangan pesawat terbabit.

"Pihak kerajaan amat berterima kasih kepada pihak keluarga yang mahukan bukti kukuh sebelum mempercayai sebarang dakwaan atau spekulasi, kami tidak akan menghentikan siasatan sehingga MH370 ditemui," katanya.-sinar harian
17.52 0

Jambatan Kedua Pulau Pinang Berhantu?

Jambatan Kedua Pulau Pinang Berhantu?


Segelintir penduduk di sini gempar apabila tersebarnya dua keping gambar mengenai kejadian penemuan pocong di tengah-tengah Jambatan kedua Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Shah.

Pengguna laman sosial, Rahimi Ishak berkata, gambar berkenaan tersebar sejak beberapa hari lalu dan menjadi buah mulut penduduk setempat.

Menurutnya, melalui gambar berkenaan dengan jelas menampakkan seolah-olah terdapat imej yang berbungkus putih dan terbang tinggi.

“Kemudian ia berada di atas jambatan pada gambar kedua, kejadian dikatakan berlaku di tengah-tengah jambatan pada waktu malam.

“Saya sendiri yang mendapat gambar berkenaan memang terkejut,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagi pengguna jambatan, Mohd Ali Mohd Noor berkata, dia pada mulanya terkejut melihat gambar berkenaan dan cuba bertanya kepada rakannya yang juga kerap menggunakan jambatan.

“Mereka kata ini perkara biasa, kalau dia nak muncul kita mana boleh halang, yang penting kita kena buat biasa saja.

“Lagipun ini bukan pertama kali berlaku cerita jumpa macam-macam makhluk halus atas jambatan, ia adalah biasa,” katanya.

Sementara itu bagi Zulkifli Zainal berkata, pengalamannya diganggu pada waktu malam ketika menunggang motosikal di atas jambatan pertama Pulau Pinang membuatkannya berwaspada.

“Bukan apa, kadang-kadang ada yang terlalu terkejut sehingga boleh sebabkan kemalangan, kalau yang tak kuat semangat, lebih baik elakkan.

“Saya pernah tunggang motosikal pada tengah malam di atas jambatan, setibanya di tengah-tengah, motor saya berat dan saya terpaksa menunggang lebih kuat dan laju, tetapi tiba-tiba ia menjadi ringan dan saya seolah-olah dalam keadaan tercampak ke depan, nasib baik saya boleh kawal motor.

“Kalau saya silap, bimbang kemalangan saja, apa pun kita kena tawakal kepada ALLAH SWT,” katanya.

Bagi pengamal perubatan Islam, Izzwandy Mamat, kejadian penemuan pocong di tengah jambatan adalah perkara biasa.

“Laut memang tempat tinggalnya dan mereka akan buat pelbagai rupa di kawasan mereka tinggal.

“Tidak dinafikan laut juga menjadi tempat kepada tukang perubatan membuang benda yang tidak baik, jadi ia bukan mustahil,” katanya kepada Sinar Harian.

Sama seperti manusia, makhluk halus berkenaan juga memenuhi setiap pelosok tempat.

“Malah jin boleh menyerupai pelbagai bentuk tidak kiralah pocong, atau hantu raya ataupun toyol,” katanya.

Beliau menegaskan, bagaimanapun rupa bentuknya, perkara tersebut hanya berlaku dengan izin ALLAH SWT.

“ALLAH mahu menguji sejauh mana keimanan kita, sama ada takut pada makhluk atau pada-NYA.

“Ia juga sebagai tanda supaya kejadian sebegini akan mendekatkan kita lebih kepada ALLAH,” katanya.-sinar harian
17.35 0

#MH370 - 'Selamat Malam Pesawat Malaysia Tiga Tujuh Kosong'

#MH370 - 'Selamat Malam Pesawat Malaysia Tiga Tujuh Kosong'


"Selamat malam pesawat Malaysia tiga tujuh kosong" adalah perbualan terakhir dalam transkrip antara pengawal trafik udara (ATC) dan kokpit pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang, kata Kementerian Pengangkutan malam Isnin.

Menurut kenyataan kementerian perbualan itu dirakamkan pada jam 0119 (waktu Malaysia) 8 Mac.

Kementerian Pengangkutan berkata pihak berkuasa masih menjalankan penyiasatan forensik untuk menentukan sama ada perkataan terakhir yang dirakamkan dari kokpit itu diucapkan oleh juruterbang atau pembantu juruterbang.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan persoalan yang dibangkitkan semasa sidang media oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Isnin berhubung komunikasi terakhir antara kokpit dan pengawal trafik udara.

Kenyataan itu menyebut Hishammuddin juga telah mengarahkan pasukan penyiasatan supaya mengeluarkan transkrip penuh itu, yang akan diberikan semasa taklimat kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal Penerbangan MH370.- mStar Online
05.28 0

Keluarga Kapten Zaharie Bidas Fitnah Daily Mail

Keluarga Kapten Zaharie Bidas Fitnah Daily Mail


Anak perempuan kepada Kapten Zaharie Ahmad Shah berkata dia tidak akan memaafkan Daily Mail kerana mengada-adakan cerita yang membayangkan bapanya mungkin bertanggungjawab terhadap misteri kehilangan pesawat MH370.

Dalam satu entri di Facebook, Aishah Zaharie berkata, akhbar tabloid British itu harus mempertimbangkan untuk menghasilkan filem kerana mereka begitu bagus dalam mereka cerita dan skrip.

"Semoga Tuhan merahmati roh-roh anda. Saya tidak akan memaafkan anda," tulisnya.

Akhbar tersebut memetik seorang sumber rapat dengan keluarga tersebut sebagai berkata, emosi Kapten Zaharie terganggu kerana masalah rumah tangganya.

Laporan pada Ahad mendakwa, isteri Zaharie, Faizah Khanum Mustafa Khan memberitahu penyiasat bahawa Zaharie tidak bercakap dengannya sebelum dia berlepas pada 8 Mac lalu dan menghabiskan masa bersendirian di dalam bilik yang menempatkan simulator pesawatnya.
Akhbar British itu turut memetik Aishah sebagai berkata, dia terkejut kerana tidak dapat menerima orang yang menyayanginya bersikap sedemikian.

"Dia bukan seperti bapa yang saya kenali. Beliau seolah-olah terganggu dan hidup dalam dunianya sendiri," kata Aishah.

Dr Mohammad Ghouse Noor, seorang rakan yang rapat dengan Zaharie berkata, akhbar tersebut menyebarkan pembohongan dan berunsur fitnah.
 
Dr Ghouse yang juga moderator laman Facebook, “Friends of Captain Zaharie MH370”  berkata, beliau telah bercakap dengan ahli keluarga terdekat keluarga Zaharie, termasuk anak lelaki Zaharie, yang membidas laporan tersebut.
"Ia satu fitnah, dari mana mereka dapat cerita ini? Itu tidak benar sama sekali. Saya menyeru anda semua untuk bersama-sama berhimpun demi soladiriti
untuk membidas laporan sedemikian, kita mesti menentang sekeras-kerasnya perkara yang tidak masuk akal ini," tulisnya dalam entri Facebook miliknya.

Ketika dihubungi, Dr Ghouse berkata, gambar yang digunakan oleh akhbar tabloid itu bukan ahli keluarga Kapten Zaharie atau isterinya.
"Tiada satupun gambar isterinya. Ini sebenarnya keluarga anak saudara Zaharie dan tiada kaitan dengan Faizah," katanya.- mStar Online
Minggu, 30 Maret 2014
19.18 0

Jawapan Hishammuddin Isu MH370 'Dirampas' Tentera Laut AS

Jawapan Hishammuddin Isu MH370 'Dirampas' Tentera Laut AS


Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sekali lagi menegaskan Malaysia tidak pernah menyorokkan apa-apa maklumat mengenai MH370 dan berkata negara telah bersikap terbuka khususnya melibatkan perkongsian data tentera.

“Jika anda kata saya sembunyikan maklumat, maklumat apa yang saya sembunyikan? Jika pada akhirnya, ada sesuatu mengenai juruterbang atau keganasan. Apa kata bila kami jumpa kotak hitam baru kami dapati ia merupakan rancangan keganasan?

Pada masa itu kami akan dikatakan tidak bertanggungjawab dengan menyatakan sesuatu sekarang tanpa disahkan,” katanya.

Mengenai spekulasi MH370 telah mendarat di pangkalan tentera Amerika Syarikat Diego Garcia di Lautan Hindi, Hishammuddin positif negara itu tidak terlibat berdasarkan banyak aset mereka yang telah dikerahkan untuk operasi SAR termasuklah pengesan kotak hitam.

Hishammuddin berkata, jika benar wujud konspirasi sedemikian, tidak mungkin Amerika mahu membelanjakan berjuta-juta Dolar dan menggerakkan pelbagai aset sejak pencarian dilakukan di Laut China Selatan.

“Saya tidak tahu, kita boleh semak. Mungkin kalau saya cakap orang takkan percaya. Mungkin kita boleh dapat pengesahan dari tuan punya badan sendiri,” katanya.

Ditanya cabaran terbesar sepanjang tiga minggu ini, Hishammuddin berkata: “Apabila hendak mengalih tumpuan kepada koridor utara dan koridor selatan.”

Katanya selain cabaran diplomatik untuk mendapatkan kerjasama dengan negara-negara besar seperti Kazakhstan, China dan India, beliau juga khuatir melihatkan keadaan muka bumi di koridor selatan.

“Bila perdana menteri terpaksa umumkan bahawa kali terakhir pesawat itu berada di koridor selatan, saya cukup bimbang sebab tak ada tempat nak mendarat, tak ada tanah yang luas… yang boleh kita harap radar utama dan sekunder.

“Kita terpaksa harap satelit, itu belum lagi kita atur kedudukan aset. Bila dah atur kedudukan aset tengok cuaca, laut bergelora, kalau lepas ini nak turun bawah tengok teknologi lain pula. Dalam hati itu susah nak diterima,” katanya.

Hishammuddin dalam sidang media lebih sejam itu menarik perhatian apabila berkata kehilangan pesawat MH370 berjaya “mematahkan” ‘silo’ yang wujud antara beberapa pihak berkuasa di Malaysia seperti Jabatan Penerbangan Awam dan TUDM, namun ia juga berlaku di peringkat antarabangsa.

“Tengok dalam agensi-agensi antarabangsa dalam konteks NTSB di Amerika Syarikat (Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan), AAIB di Britain (Cawangan Siasatan Kemalangan Udara) dan CAAC di China (Pentadbiran Penerbangan Awam China)… kalau tak kerana MH370 mereka tidak akan duduk bincang sebegitu rupa,” katanya.

Menurut Hishammuddin, keadaan yang dianggap luar biasa itu bukan mudah untuk dilihat, namun berlaku ketika traged kehilangan MH370 berikutan sikap serta dasar Malaysia yang sentiasa berbaik-baik dengan semua negara.

“Malaysia ramai kawan tak ada musuh dengan sesiapa. Maka ramai yang tampil untuk bantu dalam menghadapi tragedi ini, katanya.

19.00 0

Jururawat Mahu Saman Hospital Buat Prosedur Rawatan Tanpa Persetujuan

Jururawat Mahu Saman Hospital Buat Prosedur Rawatan Tanpa Persetujuan


Seorang jururawat bercadang memfailkan saman terhadap sebuah hospital yang didakwanya melakukan satu prosedur rawatan tanpa mendapatkan persetujuan ahli keluarganya hingga dia terpaksa melakukan pembedahan kali kedua dalam tempoh 48 jam selepas melahirkan bayinya.

Dalam kejadian Februari lalu, Noralisa Mohd Malid, 29, mendakwa, tiub fallopio sebelah kirinya diikat oleh doktor pakar yang menjalankan pembedahan caesarean ke atasnya ketika dia melahirkan anak ketiganya di hospital itu.
Difahamkan, tindakan itu dibuat kerana terdapat lekatan pada dinding pelviknya berikutan saluran tiub mangsa cedera ketika pembedahan dilakukan.

Noralisa berkata, dia hanya mengetahui  keadaannya sehari selepas pembedahan apabila mendapati pembalut luka di abdomennya basah dan berdarah.

“Ketika doktor buat pemeriksaan, saya sempat tanya sama ada berlaku komplikasi semasa pembedahan dijalankan.

“Doktor itu kata, mereka telah mengikat tiub fallopio sebelah kiri saya kerana ada lekatan pada dinding pelvik.

"Doktor cuba untuk menanggalkannya namun secara tidak sengaja saluran tiub itu tercedera dan menyebabkan pendarahan tidak berhenti hingga mereka terpaksa ikat tiub itu bagi menyelamatkan nyawa saya,” katanya ketika ditemui rumahnya di Kampung Parit 13, semalam.

Noralisa berkata, apa dikesalkannya ialah doktor yang memberitahu perkara itu kepadanya tidak langsung menunjukkan rasa kesal walhal ia adalah satu perkara besar buat dirinya memandangkan tiub fallopio kirinya kini tidak berfungsi.

Katanya, selepas pembedahan, dia berasakan perutnya semakin sakit dan kain  dipakainya turut ditembusi darah daripada pembalut luka pembedahan.

“Saya terpaksa tunggu agak lama untuk doktor datang buat pemeriksaan dan saya menggigil menahan kesakitan di perut.

“Apabila doktor datang dan periksa luka, dia jerit dan mengatakan usus perut saya terkeluar menerusi luka pembedahan. Saya juga melihatnya," katanya.

Noralisa berkata, dia terpaksa menjalani pembedahan kali kedua dalam tempoh tidak sampai 48 jam oleh doktor pakar lain dan masalah tersebut didakwa berpunca daripada kecuaian doktor yang membedahnya sebelum ini.

Katanya, dia kini trauma dan kesal dengan apa yang terjadi serta telah membuat aduan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.
18.57 0

#MH370 : Tidak Mampu Jamah Makanan Teringatkan Nasib Anak

#MH370 : Tidak Mampu Jamah Makanan Teringatkan Nasib Anak


“Tak boleh. Tak boleh nak makan. Sebab teringat kat baby. Tak tahu dia makan ke tidak kat sana,” kata Normah Jaafar, 56 sambil menitiskan air mata apabila diminta rakannya, Norazlina Rohani, 44 untuk terus menyuap nasi lemak.

Normah yang begitu sedih dengan kehilangan anaknya, Mohd Khairul Amri Selamat, 29, bersama anak kapal dan penumpang pesawat MAS MH370 sejak 8 Mac lalu, tidak berselera untuk menjamah makanan dan hanya bergantung kepada air minuman semata-mata.

Berikutan itu, dia kerap pengsan beberapa kali sebelum ini dan terpaksa dibawa ke klinik berdekatan, oleh kaunselor kerana lemah badan dan sakit kepala.

“Saya diberikan vitamin B Kompleks dan Parasetamol. Doktor beritahu, saya kurang tidur dan kurang rehat. Dia minta saya banyakkan rehat.

“Memang saya nak makan tapi saya tidak berselera. Tadi lepas makan ubat, saya rasa tak sedap badan. Mungkin sebab saya tak makan apa-apa dari pagi tadi,” katanya.

Katanya, dalam situasi yang menimpa anak bongsunya itu, dia tidak sanggup menjamah makanan yang enak, sedangkan tidak mengetahui keadaan Mohd Khairul Amri.

Menurutnya, naluri dan perasaannya dalam hatinya kuat mengatakan anaknya masih hidup.

“Sejak kejadian itu, saya tidak pernah mimpikan dia. Jadi, saya yakin dia masih hidup. Cuma tidak tahu keadaan dia kat sana sahaja.

“Kalau saya nampak dia depan mata, saya boleh terima kenyataan. Tetapi, kejadian ini masih belum membuktikan apa-apa, dan percaya, dia masih hidup,” katanya.
18.54 0

"Saya Yakin Anak Saya Masih Hidup'

"Saya Yakin Anak Saya Masih Hidup'


"Saya yakin anak saya masih hidup," kata Normah Jaafar, ibu kepada Khairul Amri Selamat, seorang daripada 239 penumpang pesawat MAS MH370 yang hilang sejak 8 Mac.
   
Bagi ibu tunggal berusia 56 tahun ini, selagi belum ada bukti sahih tentang nasib pesawat itu, selagi itu beliau yakin anaknya yang mesra dengan panggilan 'adik' masih selamat.
   
"Saya tidak pernah bermimpi apa-apa pun setakat ini, kerana itu sebagai seorang ibu, hati kecil ini kuat mengatakan beliau masih selamat," katanya yang ditemui semasa menerima lawatan Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
   
Menurutnya, sejak kehilangan pesawat itu, setiap hari jugalah apabila jam 5.30 petang, dengan penuh harapan beliau akan menanti panggilan daripada anak bongsunya itu.
   
Ini kerana kelazimannya pada waktu itulah, anaknya akan membuat panggilan telefon untuk bertanya khabar setiap kali anaknya pulang dari kerja.
   
Normah berkata beliau teramat merindui anaknya daripada tiga beradik itu dan mengharap sesuatu keajaiban akan berlaku.

Menurutnya, berikutan kejadian itu juga kesihatan cucunya Mohd Airil yang berumur 1 tahun 4 bulan yang merupakan cahaya mata pertama Mohd Khairul Amri hasil perkahwinannya dengan Erni Artila Mustafa, 29, turut terganggu kerana terlalu rindukan ayahnya.
   
Ismail Sabri pula berharap keluarga tersebut akan terus tabah selain melakukan solat hajat dan memperbanyakkan doa supaya usaha mencari pesawat tersebut dipermudahkan yang maha kuasa.
   
"Sebagai orang Islam kita kena banyak bersabar, mohon doa dan solat hajat agar diberkati ALLAH serta dipermudahkan operasi mencari serta menyelamat yang kini sedang giat dilakukan.
   
"Dalam masa yang sama, kita juga perlu meneruskan kehidupan seharian dan menjaga kesihatan serta makan minum. Jika sakit, ia akan menyulitkan lagi keadaan," katanya yang mengunjungi Normah di Taman Kerayong Makmur.
   
Terdahulu Ismail Sabri bersama anggota Wanita, Pemuda dan Puteri Umno serta penduduk turut mengadakan bacaan doa selamat.
   
Beliau turut menasihati Normah dan anggota keluarganya supaya tidak mendengar berita tentang pesawat itu yang tidak jelas dan sahih sumbernya.
   
"Kita perlu mendapat berita daripada MAS, Jabatan Pengangkutan, Jabatan Penerangan dan pihak-pihak yang terbabit kerana mereka yang mengetahui segalanya. Berita tidak sahih dan benar hanya akan menyusah dan mengelirukan," katanya. - Bernama
18.53 0

Keluarga Penumpang China Tetap Mahu Bukti MH370 Berakhir Di Lautan Hindi

Keluarga Penumpang China Tetap Mahu Bukti MH370 Berakhir Di Lautan Hindi


Kerajaan Malaysia diminta mengadakan satu sesi taklimat bagi menjelaskan kepada semua anggota keluarga penumpang terutamanya dari China bukti pesawat Malaysia Airlines MH370 berakhir di Lautan Hindi.
   
Tuntutan tersebut disuarakan oleh kira-kira 30 anggota keluarga penumpang yang tiba dari China hari ini.
   
Mereka berharap taklimat tersebut dapat diadakan secepat mungkin dengan bantuan Kedutaan Besar China di Malaysia.
   
Wakil daripada anggota keluarga penumpang, yang hanya mahu dikenali sebagai Jiang Hui, berkata walaupun pelbagai taklimat serta penjelasan telah diadakan di China, namun mereka masih tidak jelas dan mahukan data lengkap terutamanya daripada pakar.
   
"Selama 22 hari menunggu, jawapan yang kami dapat daripada pihak MAS di sana (China) adalah terhad...Semuanya perlu dirujuk terlebih dahulu kepada kerajaan Malaysia untuk membuat sebarang kenyataan kepada kami.
   
"Oleh itu kami membuat keputusan datang ke Malaysia untuk mendapat lebih banyak maklumat mengenai insiden ini, terutamanya daripada pakar penerbangan seperti Rolls Royce dan Syarikat Boeing, selain daripada kerajaan Malaysia dan MAS," kata lelaki itu kepada pemberita.
   
Bercakap dalam bahasa Mandarin, beliau berkata pihaknya juga menuntut kerajaan Malaysia memohon maaf atas kelewatan penyebaran maklumat mengenai pesawat itu.
   
Jiang berkata pihaknya berharap agar kerajaan Malaysia dapat menunjukkan keikhlasan membantu mereka dari segi membekalkan maklumat sahih.
   
"Kami tidak akan meninggalkan Malaysia sehinggalah kami berpuas hati dengan penjelasan mengenai pesawat itu," katanya.
   
Difahamkan, kumpulan ini ditempatkan di Holiday Villa Subang pada pukul 10 pagi tadi dengan disambut oleh Duta Khas Perdana Menteri ke China Tan Sri Ong Ka Ting, Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun, dan kira-kira 40 orang anggota Crisis Relief Squad of MCA (CRSM).
   
Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang termasuk 152 warga China dan 12 kru, hilang pada pagi 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam.
   
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.    

Najib kemudian mengumumkan pada 24 Mac, tujuh belas hari selepas pesawat itu hilang bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama
18.46 0

Kaki Si Kecil 7 Tahun Tersepit Dalam Lubang Tandas

Kaki Si Kecil 7 Tahun Tersepit Dalam Lubang Tandas


Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun terpaksa menahan kesakitan hampir dua jam setelah kaki kanannya tersepit di dalam lubang tandas di rumahnya di Taman Tasik Utama di sini Ahad.

Dalam kejadian kira-kira 9.45 pagi tadi, Muhammad Daniel Amir sedang mandi apabila dengan tiba-tiba kaki kanannya termasuk ke dalam lubang tandas itu.

Bapanya Amir Ali, 47, berkata ketika kejadian, mereka sekeluarga sedang bersiap untuk keluar membeli barangan dapur di bandar Melaka.

"Saya terdengar jeritan Daniel lalu terus meluru ke bilik air untuk lihat keadaan dia dan saya nampak kakinya sudah termasuk ke dalam lubang tandas sehingga paras lutut," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Ahad.

Katanya beliau cuba mengeluarkan kaki anak sulung daripada tiga beradik itu selama setengah jam, namun gagal sebelum menghubungi bomba.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba Ayer Keroh Mohd Shahril Zauni berkata pihaknya memecahkan mangkuk tandas itu bagi mengeluarkan kaki kanak-kanak itu pada 11.40 pagi.

Amir berkata Muhammad Daniel tidak mengalami sebarang kecederaan selepas kakinya dikeluarkan anggota bomba.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan membawa anaknya itu ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.- mStar Online
18.43 0

#MH370 : Malaysia Dakwa Tidak Terima Laporan Kes 'Missed Call' Penumpang Indonesia

#MH370 : Malaysia Dakwa Tidak Terima Laporan Kes 'Missed Call' Penumpang Indonesia


Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi pada Ahad menafikan menerima laporan daripada keluarga Indonesia yang mendakwa mereka telah menerima beberapa panggilan tidak dijawab (missed call) daripada Firman Candra Siregar yang merupakan salah seorang penumpang penerbangan MH370.
Beliau menjawab laporan portal berita Indonesia dalam talian yang memetik adik mangsa, January Siregar sebagai berkata bahawa beliau mendapat 'panggilan tidak dijawab' itu pada 11 dan 13 Mac daripada adiknya melalui Skype di iPad selepas pesawat hilang pada 8 Mac.

Abdul Aziz berkata, kerajaan tidak mendengar mengenai perkara itu daripada pihak berkuasa Indonesia.

Beliau juga menggesa orang ramai supaya tidak mempercayai semua yang mereka baca di portal berita kerana maklumat yang disiarkan kadang-kadang tidak disahkan, belum disahkan dan boleh mengelirukan.

"Semua perkembangan terkini dan maklumat mengenai MH370 dihantar kepada ahli-ahli keluarga mangsa dan juga melalui taklimat harian oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pihak berkuasa berkaitan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan kempen senyuman di pasar tani Parit Raja, di sini, Ahad.

Portal dalam talian itu juga melaporkan bahawa January menunggu jawapan daripada kerajaan Malaysia dan MAS mengenai laporan beliau kepada pihak berkuasa mengenai perkara itu.- mStar Online
03.07 0

GEMPAR!!! Akhbar Jerman Dedah Pak Lah Diawasi Agensi Keselamatan AS

GEMPAR!!! Akhbar Jerman Dedah Pak Lah Diawasi Agensi Keselamatan AS


Sebuah akhbar Jerman, Der Spiegel, mendedahkan bahawa mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah antara pemimpin dunia yang diawasi oleh Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat (NSA).

Der Spiegel mendedahkan perkara itu berdasarkan sebuah dokumen rahsia NSA tahun 2009, yang menyasarkan individu berprofil tinggi dengan sumbernya datang dari bekas ejen Agensi Perisikan Pusat, CIA, Edward Snowden.

Dokumen terbabit mengandungi senarai 122 pemimpin negara yang diawasi dengan Abdullah adalah nama pertama yang tersenarai.

Selain Abdullah, antara pemimpin lain di dalam senarai itu adalah Canselor Jerman, Angela Merkel, mantan Presiden Somalia Abdullahi Yusuf Ahmad dan Perdana Menteri Syria, Bashar al-Assad.

Nama terakhir di dalam senarai itu adalah bekas Perdana Menteri Ukrain, Yuliya Tymoshenko.

Dokumen itu turut mendedahkan nama Merkel diletakkan di bawah pangkalan data TKB, iaitu sebuah agensi pusat yang mengumpulkan data seseorang individu.

Penjelasan dari sumber dalaman NSA, menyatakan bahawa petugasnya dibenarkan menggunakan pengkalan data terbabit untuk menganalisis "profil lengkap" individu yang menjadi sasaran pencarian.

Der Spiegel sebelum ini pernah melaporkan pemberi maklumat perisikan, Snowden mendedahkan bahawa risikan telah dibuat ke atas Malaysia oleh kedutaan Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Tinggi Australia bagi memintas maklumat radio, telekomunikasi dan internet.

Susulan itu, Malaysia telah menghantar nota bantahan ke pejabat Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Suruhanjaya Tinggi Australia berhubung dakwaan pengintipan dilakukan di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia pada prinsipnya menentang sebarang kegiatan pengintipan terhadap mana-mana kerajaan kerana ia melibatkan soal kedaulatan negara.


03.05 0

Tentera Udara Anggap MH370 Bukan Satu Ancaman - Kapten Abdul Rahmat

Tentera Udara Anggap MH370 Bukan Satu Ancaman - Kapten Abdul Rahmat


Selepas tiga minggu kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS), MH370, Malaysia masih dikritik mengenai radar tenteranya yang dikatakan telah mengesan sebuah pesawat yang tidak dikenali, namun didakwa tidak mengambil sebarang tindakan ketika itu.

Dalam rancangan Agenda AWANI pada Sabtu,  bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia, Kapten Abdul Rahmat Omar Tun Mohd Haniff mempertahankan tindakan itu.

Katanya, pihak tentera udara memang telah mengesan pesawat MH370 pada malam itu dan telah membuat satu penilaian bahawa trek, atau laluan, yang diambil pesawat itu tidak membahayakan.

“Untuk MH370, saya jangkakan mereka telah menyatakan itu bukan satu ancaman, disebabkan itu, mereka teruskan merakam laluan MH370,” kata Penyiasat Insiden & Pengurus Kanan Korporat Sapura Kencana itu.

Kapten Abdul Rahmat juga menerangkan proses yang perlu diambil tentera udara apabila mengesan sesebuah pesawat yang tidak dikenali, dan bagaimana ia menentukan sama ada perlunya menggerakkan pesawat pejuang negara ini.

Kapten Abdul Rahmat yang juga dikenali sebagai Seademon pernah menulis di laman blognya tentang tidak adilnya Tentera Udara dikritik berkaitan insiden radar itu.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan pesawat telah diterbangkan sedemikikan untuk mengelakkan daripada dikesan oleh radar-radar yang lain, dengan melalui kawasan yang langsung tidak mempunyai radar.


02.58 0

Punca Sebenar Pesawat P3 Orion Hentikan Carian MH370

Punca Sebenar Pesawat P3 Orion Hentikan Carian MH370


Sebuah pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) dihentikan tugasan mencari pesawat MH370 di lokasi pencarian hari ini untuk respons kepada isyarat kecemasan yang diterima daripada sebuah kapal nelayan di selatan Lautan Hindi berhampiran Antartika .

Susulan itu juga, sebuah pesawat awam telah dihantar ke kawasan pencarian bagi menggantikan P3 Orion.

Menurut kenyataan daripada Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA), panggilan kecemasan itu diterima oleh Pusat Penyelarasan Penyelamat Australia (RCC ).

"RCC tidak dapat berkomunikasi dengan kapal itu dan apakah bentuk kecemasan sebenar masih tidak dapat diketahui," kata kenyataan AMSA .

Pada masa ini, tidak jelas sama ada isyarat itu, yang diterima kira-kira 3,241 kilometer di selatan barat Perth dan 648 kilometer ke utara tanah besar Antartika, ada kaitan dengan operasi mencari pesawat Penerbangan Malaysia, MH370 yang hilang.

Kawasan pencarian MH370 ketika ini adalah di kawasan yang berbeza dari kawasan isyarat diterima, iaitu kira-kira 1,850 kilometer ke barat Perth.

Selain daripada P3 Orion, beberapa pesawat dari Melbourne turut dikerahkan untuk menyiasat isyarat tersebut.

Pesawat-pesawat terbabit dijangka mengambil masa lima jam untuk sampai ke lokasi.- astro awani