Searching...
Tampilkan postingan dengan label politik. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label politik. Tampilkan semua postingan
Kamis, 13 Maret 2014
10.16 0

Peniaga Tegaskan Tiada Ayam Harga RM1 Seekor

Peniaga Tegaskan Tiada Ayam Harga RM1 Seekor


Calon PKR N25 Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mendapati tidak ada ayam yang dijual dengan harga RM1 seperti mana yang didakwa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Wan Azizah dalam sesi bertemu peniaga di Pasar Kajang seawal jam 8.00 pagi tadi turut bertanya beberapa peniaga ayam sama ada mereka ada menjual ayam dengan harga RM1 seekor.

"Saya tanya peniaga ayam, ayam satu ringgit ada? Mereka cakap tak ada. Mereka terus tunjuk tanda harga yang ditulis ayam sekilo RM8.40," ujar Wan Azizah kepada wartawan.

Menurutnya, Pasar Kajang perlu diberi perhatian khususnya dari segi infrastruktur yang perlu diperbaiki dan paling penting adalah kebersihan.

"Hari ini kita hanya bertemu dengan peniaga di sini, sebagai memperkenalkan calon dan kita akan adakan pertemuan selanjutnya dengan peniaga.

"Kita akan senaraikan keutamaan dan perkara yang pertama kita perlu buat," katanya yang akui suka ke pasar untuk membeli barang keperluan dapur.

Pada kesempatan itu Wan Azizah turut membeli petai dan diberi sejambak bunga ros oleh peniaga pasar kajang.

"Semalam saya pergi pasar malam, saya dapat nangka madu dan daging. Saya dapat petai dan saya akan masak sambal petai," ujarnya yang mengakui petai adalah ulam kegemarannya tetapi hanya makan untuk masa-masa tertentu sahaja.

Pasar Kajang  merupakan satu-satunya pasar yang ada di sini, menyebabkan ianya menjadi tumpuan utama penduduk Kajang.

Pelbagai barangan yang boleh diperoleh di Pasar Kajang dari barangan basah, kering, serta pakaian  juga terdapat beberapa kedai borong yang turut menjadi tumpuan para peniaga kecil-kecilan.




sumber : forum cari
Rabu, 12 Maret 2014
06.30 0

'KJ, kamu tidak faham erti kezaliman'

'KJ, kamu tidak faham erti kezaliman'


Kamu lahir dan dibesarkan di 'kandang emas' Khairy, kamu tidak faham erti penindasan dan kezaliman," demikian kata Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai respons kepada kenyataan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mendakwa calon PKR Dun Kajang itu sebagai 'boneka' politik.

Menurut Wan Azizah, luahan KJ tersebut bukan cerminan sebenar perasaan rakyat kerana katanya, Khairy diberikan keistimewaan' sejak dari kecil.

"Khairy adalah orang yang dianugerahkan keistimewaan. Beliau merupakan seorang anak diplomat serta berpeluang belajar di luar negara.

"Jadi beliau tidak faham erti bagaimana orang tersebut ditindas dan dizalimi," katanya ketika majlis pelancaran manifesto PKR di Bilik Gerakan Utama PKR di Bangunan Mat Saman, hari ini.

Semalam KJ, yang juga Ketua Pemuda Umno sewaktu berucap dalam Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN di Taman Saujana Impian, mendakwa Azizah hanyalah 'boneka' dalam permainan politik yang dicipta partinya.

Dalam ucapnya, Khairy turut mengingatkan pengundi Kajang khususnya anak muda agar tidak terperangkap dengan usaha PR untuk 'menagih simpati' pengundi dalam PRK Dun tersebut pada 23 Mac ini.

Azizah diletakkan sebagai calon gantian selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan bersalah meliwat pembantunya, Saiful Bukhari Azlan enam tahun lalu dan dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan.

Dalam pada itu, peletakan Wan Azizah sebagai calon pengganti dilihat pelbagai pihak, termasuk penganalisis politik, sebagai usaha PKR untuk meraih 'undi simpati' di atas kejadian yang berlaku ke atas Anwar.

Penganalisis berpendapat, Wan Azizah, dikatakan sebagai senjata mujarab bagi meraih simpati rakyat yang kasihankannya serta dikatakan mampu mencipta gelombang kebangkitan rakyat seperti peristiwa yang berlaku pada 1998.

PRK Dun Kajang ini bakal menyaksikan Wan Azizah akan menentang calon BN,  Datin Paduka Chew Mei Fun.

Pilihan raya kecil itu diadakan susulan peletakan jawatan wakil rakyatnya sebelum ini, Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Januari.-sinar harian
Jumat, 07 Maret 2014
01.35 0

Anwar Ibrahim Diputuskan Bersalah Liwat Oleh Mahkamah

Anwar Ibrahim Diputuskan Bersalah Liwat Oleh Mahkamah


Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan bersalah oleh Mahkamah Rayuan di sini, terhadap tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.

Panel tiga hakim sebulat suara mengumumkan keputusan itu selepas dua hari mendengar hujahan pendakwa raya dan peguam bela.

Korum yang dipengerusikan Datuk Balia Yusof Wahi turut dianggotai Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh membenarkan rayuan pihak pendakwa raya dan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang sebelum ini melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan itu.

Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara antara jam 3.10petang hingga jam 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pihak pendakwaan kemudiannya memfailkan rayuan berhubung keputusan itu dengan melantik Tan Sri Muhammad Shaefee Abdullah mengetuai pihak pendakwa raya.

AKAN MENYUSUL.
Jumat, 27 Desember 2013
18.28 0

Ketua Pembangkang PR Diserang Lagi Dengan Isu Lucah


Ketua Pembangkang PR Diserang Lagi Dengan Isu Lucah | SHAH ALAM - Nama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dikaitkan kembali dengan isu kontroversi seks  melalui media sosial.

Anwar yang dipetik dalam laman twitternya berkata :

"Staf saya maklum blog Umno sibuk sebar foto lucah yang masuk dalam 'favourite' saya," katanya..

Tambahnya, perkara itu telah sering berulang ekoran perbuatan  "cybertrooper".

"Sudah banyak kali berlaku akibat "hack" cybertrooper," katanya.

Sehubungan itu, daripada pemerhatian Sinar Harian Online juga mendapati sebuah laman blog pro-Umno telah menyebarkan berita mengenai Anwar yang meletakkannya sebagai "kegemaran" gambar aksi songsang di laman mikro itu.

Dalam perkembangan sama, Anwar yang turut berbalas tweet dengan pengikutnya menyatakan perkara tersebut telah lama berlaku sehingga terpkasa menukar kata laluan akaun itu.

"Bukan kali pertama, juga sebelum PRU.

"Dah banyak kali di 'hack'. Tukar 'password'," katanya lagi.-sinar harian
18.28 0

Ketua Pembangkang PR Diserang Lagi Dengan Isu Lucah


Ketua Pembangkang PR Diserang Lagi Dengan Isu Lucah | SHAH ALAM - Nama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini dikaitkan kembali dengan isu kontroversi seks  melalui media sosial.

Anwar yang dipetik dalam laman twitternya berkata :

"Staf saya maklum blog Umno sibuk sebar foto lucah yang masuk dalam 'favourite' saya," katanya..

Tambahnya, perkara itu telah sering berulang ekoran perbuatan  "cybertrooper".

"Sudah banyak kali berlaku akibat "hack" cybertrooper," katanya.

Sehubungan itu, daripada pemerhatian Sinar Harian Online juga mendapati sebuah laman blog pro-Umno telah menyebarkan berita mengenai Anwar yang meletakkannya sebagai "kegemaran" gambar aksi songsang di laman mikro itu.

Dalam perkembangan sama, Anwar yang turut berbalas tweet dengan pengikutnya menyatakan perkara tersebut telah lama berlaku sehingga terpkasa menukar kata laluan akaun itu.

"Bukan kali pertama, juga sebelum PRU.

"Dah banyak kali di 'hack'. Tukar 'password'," katanya lagi.-sinar harian
Senin, 18 November 2013
01.52 0

TUN M Mengadu Sakit Jantung & Di Masukkan Ke IJN

gambar sekadar hiasan

KUALA LUMPUR, 18 Nov -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) akibat jangkitan dada.

Menurut kenyataan daripada pejabat beliau, Dr Mahathir telah disahkan mempunyai jangkitan dada dan sedang menjalani rawatan serta fisioterapi.

"Pasukan perubatan sedang memantau keadaan beliau dan berpuas hati dengan kemajuannya," menurut kenyataan itu.

Dr Mahathir, 88, dijangka berada di IJN untuk beberapa hari bagi membolehkan pasukan perubatan memantau perkembangan lanjut beliau termasuk sesi fisioterapi dan senaman.


Doktor menasihatkan beliau tidak menerima pelawat kecuali anggota keluarga. - BERNAMA
Minggu, 17 November 2013
09.59 0

Apabila Menteri Naik Moto Dengan Budak Tidak Mengenakan Topi Keledar Menjadi Isu


Apabila seorang Menteri membawa seorang budak naik motor tidak memakai helmet menjadi isu. Kebiasaannya kalau di kampung normal la kalau keluar makan angin tak pakai topi keledar. Kadangkala polis trafik sendiri tak tegur kerana sudah menjadi budaya dan susah nak kikis

Tetapi apabila seorang menteri yang terkenal buat macam tu, lain jadinya. Pada mulanya tak ada siapa yang nak kisah.

“Yang salah tetap salah…”

Entah gambar bila yang tetap menjadi isu,,

sumber : MyNewshub
Minggu, 03 November 2013
06.58 0

'Siapa yang kurang ajaq tu?'


'Siapa yang kurang ajaq tu?'KURANG ajaq, atau sebutlah apa sahaja... biadab, terhina, terkutuk, melampau - semuanya paling untuk menceritakan hal satu perbuatan keji dalam kempen PRK Dun Sungai Limau ini.

Ya, mungkin ramai sudah tahu perbuatan terkutuk itu ialah meletakkan di tempat-tempat awam patung bahagian pinggang ke bawah dengan sebelah kaki terpotong (kudung) dengan tulisan 'KAKI USTAZ'.

Amat mudah untuk difahami bahawa sindiran itu dikaitkan dengan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, seorang tokoh pemimpin yang amat disanjungi oleh kawan dan lawan yang meninggal dunia pada 26 September lalu, antara lain bersabit komplikasi diabetes yang sebelum itu menjadi sebab kedua-dua kakinya terpaksa dipotong.

Baru-baru ini, tercetus kontroversi ketika kempen PRK Dun Sungai Limau apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin didakwa terlepas cakap mengaitkan penyakit yang dihidapi Azizan ketika mengulas isu kenaikan harga gula selepas kerajaan menarik balik subsidi harga bahan pemanis itu.

Susulan itu, anak Azizan, Mohamad Rafi'iy, 32, menuntut Muhyiddin meminta maaf kerana dikatakan menyentuh sensitiviti keluarganya yang masih bersedih atas pemergian bekas Menteri Besar Kedah itu.

Muhyiddin kemudian, dalam satu reaksi yang boleh disifatkan sebagaiagak dramatik menyambut gesaan itu dengan meminta maaf kepada keluarga Azizan sebagaimana yang dituntut.

Permintaan maaf Muhyiddin langsung diterima Puan Sri Faekah Syeikh Hamzah, balu Azizan yang langsung mendedahkan bahawa hubungan baik antara Allahyarham dengan Timbalan Perdana Menteri sudah lama, sejak 1960an lagi iaitu ketika kedua-duanya belum aktif sebagai ahli politik sepenuh masa.

Malah kata Faekah, dalam berkawan, Azizan sentiasa mengetepikan perbezaan politik menyebabkan beliau diterima baik rakan-rakan dari pelbagai latar belakang.

Namun, amat malang sekali, dalam keadaan kempen PRK sudah cuba dimurnikan oleh sifat saling menghormati dan maaf memaafi antara Muhyiddin dengan keluarga Azizan, ia dicemari pula oleh perbuatan tidak bertanggungjawab menggunakan patung berkaki kudung ini.

Setakat ini, tidak pula diketahui siapa atau pihak mana yang menjadi dalang tindak tanduk celaka ini! Apa yang jelas, pihak Pas dan BN sudah saling tuduh menuduh, 'hang kata aku, aku kata hang!'.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil KhirBaharom yang juga Ketua Umno Bahagian Jerai, semalam sudahpun membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Sebenarnya, tuduh menuduh ini tidak lain, tidak bukan hanya menurut sentimen kepartian masing-masing. Orang Pas sudah pasti menuduh orang BN yang melakukannya manakala orang BN pula akan menuduh orang Pas sendiri dengan tujuan untuk memfitnah mereka (orang BN) supaya dibenci oleh pengundi pada saat-saat akhir menjelang hari mengundi esok.

Hatta, mereka yang tinggal di Kuala Lumpur, Johor malah di mana-mana sahaja di seluruh dunia, pun tanpa mencongak dosa pahala masing-masing, mudah sahaja menekan huruf-huruf pada papan kekunci untuk menulis 'ini kerja orang Umno' atau 'ini kerja orang Pas' ataupun 'ini kerja orang PKR' ketika membicarakan hal itu.

Tidak percaya, tengoklah pada komen-komen berkaitan kejadian itu sama ada di Facebook atau blog. Dalam kalangan yang menuding itu, siapa yang sebenarnya menyaksikan pertuduhan mereka?

Inilah masalahnya, dan inilah sebab dan natijah yang dikehendaki oleh pihak yang melakukannya. Mereka sudah pasti orang yang tidak takut dosa dan tergamak melakukan perbuatan sehina itu asal sahaja matlamat mereka tercapai.

Sekarang, BN dengan Pas sudah saling tuduh menuduh. Kalaulah BN yang melakukannya, apakah mereka tidak mampu untuk menimbang bagaimana perbuatan yang semacam itu mudah sahaja akan makan diri mereka sendiri kerana Azizan amat disayangi oleh orang Sungai Limau yang sudah lima penggal mengundi Allahyarham sejak 1995.

Menyakitkan hati keluarga Azizan yang begitu ramai di Sungai Limau terang-terangan adalah perbutan bunuh diri bagi BN! Ada satu laporan bahawa ketika pemerintahannya sebagai MB, populariti Azizan adalah melebihi parti Pas sendiri!

Manakala jika mahu dituduh jentera Pas pula, adalah tidak logik, tidak munasabah malah tidak mungkin untuk mereka tergamak melakukan perbuatan yang seumpama itu terhadap pemimpin mereka sendiri yang cukup mereka sanjungi sekalipun alasan yang memungkinkannya, untuk memfitnah BN supaya pengundi membenci BN!

Lalu, jika kedua-duanya bukan, siapa? Ya, ada kemungkinan ini kerja pihak ketiga yang mahu melaga-lagakan dua pihak tatkala kedua-duanya sedang berada di zon yang sangat sensitif.

Siapa mereka? Sama-sama kita fikirkan dan simpan dalam hati. Jangan kita luahkan kerana ini hanya kemungkinan. Sebabnya, kita sendiri bukan saksi. Kita hanya boleh mendoakan supaya ALLAH menginsafkan mereka yang berkenaan.-sinar harian
Jumat, 08 Maret 2013
03.57 0

Saiful dakwa Anwar guna bapanya



Saiful dakwa Anwar guna bapanya | SHAH ALAM - Saiful Bukhari Azlan mendakwa bapanya, yang pagi tadi mendedahkan anaknya telah dipergunakan oleh pembantu khas pemimpin kanan negara untuk membawa kes liwat kedua ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, "diperguna" oleh pihak-pihak tertentu.

Berdasarkan maklumat SMS Media Umno sebentar tadi, Saiful antara lain berkata, "berikutan kenyataan bapa Saiful yang mohon maaf pada Anwar isu liwat, ini reaksi Saiful - bapa saya diperguna."

Sehubungan itu Saiful berkata, dia tetap istiqamah dan "tak (sama) sekali  berganjak."

"Tengah fikir tindakan balas selanjutnya.Saya tak mahu melatah," kata beliau dipetik berkata.

Reaksi secara langsung daripada Saiful masih belum diperoleh.

Bagaimanapun peguam Saiful ketika dihubungi antara lain berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam waktu terdekat.

Beliau juga berkata, Anwar tidak perlu mengheret Azlan ke kancah politik bagi mencapai matlamatnya pada pilihan raya umum kali ini.

“Saya juga memberi amaran kepada Anwar, walaupun terdesak jangan membabitkan bapa saya untuk memutarbelitkan keadaaan dalam mencapai matlamat beliau,” katanya.

Azlan mendakwa Saiful dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu tidak bertanggungjawab, yang mendalangi kes liwat kedua melibatkan Anwar.

"Saya Azlan Mohd Lazim sesungguhnya percaya anak saya Saiful Bukhari telah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

"Mereka inilah merupakan dalang kepada semua fitnah liwat yang dilakukan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang melibatkan anak saya," katanya.

Mengulas lanjut, Saiful berkata, Anwar perlu segera bertaubat dan beliau turut berdoa semoga ALLAH membuka semula pintu hati bapanya kembali bersama mempertahankannya.

Saiful juga berkata, bapanya akan terus dihormati di samping berdoa serta beristiqamah dalam menempuh perkara ini.

“Kepada Anwar, bertaubatlah, telah lima tahun saya bertahan, dan berdiri teguh walaupun sukar, saya pasti ALLAH akan balas apa yang dilakukan yang menunjukkan sungguh terdesak serta jijik.

“Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat kepada seorang ayah akan kekal hingga ke akhir hayat.

“Saya akan terus berdoa agar ALLAH bukakan hati bapa saya untuk kembali pada jalan ALLAH kebenaran, pertahankan anak kandungnya yang menjadi mangsa,” katanya lagi.


KENYATAAN MEDIA SAIFUL BUKHARI AZLAN

1. Saya berasa amat sedih dan dukacita dengan berita mengenai bapa saya. Saya sedih kerana bapa saya telah menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar bin Ibrahim.

2. Demi Allah, Agama Bangsa dan Negara tercinta, Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya. Saya akan terus Istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya, segala keterangan saya di Mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan, sehingga ke akhir hayat.

3. Kepada Anwar bin Ibrahim, bertaubatlah. Telah 5tahun saya bertahan, dan berdiri teguh walaupun sukar. Saya pasti Allah akan balas apa yang saudara lakukan. Sungguh terdesak dan jijik sekali.

4. Saya juga memberi amaran kepada Anwar Ibrahim, walaupun terdesak, jangan membabitkan bapa saya untuk memutarbelitkan keadaan dalam mencapai matlamat beliau.

4. Saya percaya isu ini sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian isu "pengkhianat negara" yang sedang beliau hadapi.

5. Walau apapun berlaku, saya yakin KEPADA ALLAH SWT..yang benar tetap benar. Kebenaran tidak dapat dihapuskan walau apa sekalipun.

6. Saya akan terus berdoa agar Allah bukakan hati bapa saya untuk kembali pada jalan Allah, kebenaran, pertahankan anak kandungnya yg menjadi mangsa.

7. Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat kepada seorang ayah akan kekal hingga ke akhir hayat.

8. Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya menyeru agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Anwar Ibrahim ini.

9. Kedaulatan Negara kini sedang diancam musuh, ditambah pengkhianat musuh dalam selimut membantu, sudah ramai perwira kita yang telah terkorban, marilah sama-sama kita doa dan pertahankan.


Akan terus Doa, Istiqamah dan Sabar


(MOHD SAIFUL BUKHARI BIN AZLAN) 


sumber
Rabu, 23 Januari 2013
06.05 0

Warkah kepada Najib dari seorang ahli UMNO yang biasa



Warkah kepada Najib dari seorang ahli UMNO yang biasa | Salam Dato Seri Najib Razak,
Sudah 4 minggu berlalu pidato Dato Seri menggegar dewan beserta sumpah, janji dan tekad di Perhimpunan Agong UMNO 2012. Ketika mendengar ucapan Dato Seri, serasa seperti esoknya akan terus parlimen dibubar. Almaklum, semangat tengah membara. Tetapi sampai sekarang, tatkala semangat itu dah suam-suam kuku pun parlimen tidak dibubar. Macam ceramah motivasi juga Dato Seri, semangatnya paling lama 2 – 3 minggu. Pulang ke Cawangan & Bahagian 4 minggu lepas semua berbicara tentang ‘Melayu’, sekarang lebih seronok borak pasal piala AFF Suzuki..!

Tetapi tidak apa Dato Seri, saya rasa ada juga baiknya. Kerana sumpah janji yang dibuat berfalsafahkan perjuangan Islam itu perlu dibuktikan tidak dapat tidak sebelum PRU13. Maka saya menunggu kalau-kalau ada tindakan Dato Seri yang betul-betul ‘transformasi’. Almaklum, Dato Seri kata UMNO kena berubah, maka saya meramalkan Dato Seri sebagai presidennya akan mengubah dulu. Tempoh 4 bulan selepas Perhimpunan Agong UMNO (PAU) lalu harus digunakan sebaik-baiknya untuk menunjukkan perubahan (sebelum PRU13). Takkanlah kita nak kata – undi dulu, dah menang, baru kita akan ubah – sedangkan kita masih ada 4 bulan untuk membuktikannya! Rakyat tidak layan retorik begini, Dato Seri..

Andai Dato Seri berjaya memenangi hati rakyat dalam 4 bulan ini, PRU13 BN akan menang 2/3 parlimen. Matematiknya mudah.


Maka saya andaikan pada PAU lalu, adalah kali terakhir saya melihat Dato Seri Shahrizat Jalil berucap sebagai Ketua Wanita UMNO. Terus sahaja perbincangan dibuat & beliau meletak jawatan Ketua Wanita UMNO semasa atau selepas PAU. Baik Pemuda, pimpinan Cawangan, pimpinan Bahagian, Puteri mahupun Putera semua menghadapi sindiran sinis ‘lembu’ ini, kerana mempertahankan sayap Wanita. Sesama ahli UMNO pun sibuk mengutuk tentang ‘lembu’ ini, inikan pula Orang Atas Pagar (OAP) & ahli Pakatan Rakyat (PR)..! Ini bukan satu isu politik, Dato Seri. Umum tahu komuniti bisnes pun tidak senang dengan suami Shahrizat. Dato Seri perlu berani ambil tindakan untuk kepentingan parti kerana sekarang ianya menjadi beban kepada kempen kami di peringkat bawah. Tatkala kita canang ‘hiduplah Melayu!’, ada yang perli ‘matilah Lembu!’. Apa cerita Dato seri?

Saya juga mengandaikan Dato Seri akan melakukan sesuatu dengan isu Lynas. Ianya semata- mata, mutlak dan nyata bukanlah isu politik mahupun sesuatu yang dibangkitkan PR. Saya hampir menitiskan airmata melihat pejalan kaki merentasi negeri kita Pahang; cuba menyatakan sesuatu tentang bahaya Lynas. Isteri saya menyuruh saya hadiahkan sekotak air mineral kepada pejalan-pejalan kaki ini. Seorang pemimpin kuat satu Bahagian UMNO di Kuantan dalam sembang kedai kopi kami di Temerloh mengatakan yang MCA perlu ‘tackle’ semula bangsa Cina penentang Lynas, manakala UMNO tak perlu buat apa-apa – kerana orang Melayu Kuantan katanya bodoh, bukan faham sangat dengan data saintifik bahaya Lynas ini..! Sayu saya kerana orang ini juga yang saban PRU mencanang ‘tak Melayu hilang di dunia!’.

Sekali lagi sayu hati saya apabila melihat program Lynas bersama komuniti Gebeng & Balok membenarkan penduduk setempat memegang bahan mentah Lynas untuk bukti tiadanya bahaya. Dah memang bahan mentahnya tak bahaya, sisanya yang sampai sekarang entah tahu nak ke mana & sangat bahaya. Maka melihat penduduk Balok tersengih-sengih faham akan ‘tidak bahaya’nya Lynas, terdetik hati saya berkata memang betullah bicara tentang kebodohan Melayu Kuantan rakan UMNO kita ini tadi. Padamkan ego kerajaan, perlu Dato Seri meneliti kembali dengan teliti luahan penduduk Kuantan ini. MB Pahang DS Adnan Yaakob seperti langsung tidak mahu mendengar. Sekali lagi, ini bukan isu politik Dato Seri! Kalau ahli UMNO biasa seperti saya pun boleh kecewa dengan keengganan kerajaan Negeri mendengar rintihan tentang bahaya sisa Lynas ini, inikan pula OAP & ahli PR!

Kami juga payah menjawab di peringkat akar umbi berkaitan isu RM40 juta Michael Chia – Musa Aman – Hishamudin Hussein (HH). Ini termasuk isu kereta gunaan anak HH milik Michael Chia bernilai lebih RM400,000. Saya mengandaikan selepas Dato Seri bersumpah di PWTC terus sahaja Dato Seri memberi kata dua kepada Musa Aman & Hishamuddin Hussein. Ini bukan sesuatu isu yang dipolitikkan oleh pimpinan PR, saya sendiri sebagai ahli UMNO tidak senang dengan situasi wang sebanyak itu. Pimpinan Cawangan & Bahagian juga ada berbicara – cuma tidak sampai ke Dato Seri. Tidak berani betah, mungkin.

Saya juga berharap dapat melihat janji Dato Seri di Sarawak dalam pilihanraya ADUN yang lalu bahawa muka baru akan naik menggantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Sarawak. Pun tidak ada apa-apa tindakan susulan selepas itu. Mungkin tempoh 4 bulan ini boleh digunakan. Kalau ahli UMNO biasa pun tidak senang dengan kekayaan menggila Tan Sri yang seorang ini,  jangan kiralah OAP & ahli PR, Dato Seri..

Satu lagi isu yang saya rasa sepatutnya Dato Seri boleh ‘tackle’ sebelum menjadi peluru hangat PR sejak dulu lagi adalah isu Felda. Kalau nak dikira pidato Dato Seri tentang Melayu dah tentu seperti Dato Seri akan membela marhain Felda berbanding Dato seri Isa samad itu sendiri. Isunya mudah tentang Felda ini & seharusnya Dato Seri tahu yang saban hari di anjung pasar pagi di dalam setiap Felda memulakan isu protes ini dari kecil ke besar hanya setelah Isa Samad naik ke tampuk Felda. Isa Samad adalah satu nama yang orang tak boleh lupa dengan rekod rasuahnya kini duduk di tampuk tertinggi salah satu kuasa tunai terbesar kerajaan. Malah hendak dijadikan Pengerusi KPF – koperasi no.1 di dalam senarai 100 koperasi terbaik Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2011. Ini bukan isu Anak, bapak mahupun nenek, bukan juga kempen Oren, merah ataupun kuning. Kalau ahli UMNO pun tidak percaya dengan manusia bernama Isa Samad ini, takkanlah Dato Seri hendak OAP & ahli PR percaya? Ya ampunn, Dato Seri..

Rakyat mahukan jawapan kepada isu-isu di atas tetapi kita di UMNO cuba mencari alasan demi alasan supaya rakyat terimanya sebagai perkara biasa. Sepatutnya kita tegas berusaha mengubah kepincangan & beri apa yang rakyat mahu.

Dato Seri bersumpah dengan nama Allah akan memperjuangkan Islam & Melayu, juga Dato Seri kata Islam & Melayu hanya akan terbela sekiranya UMNO kekal memerintah. Ayuh, buktikan! Sekiranya UMNO tunjang utama negara – ianya seharusnya cukup kuat, gagah dan boleh hidup teguh dan utuh tanpa Shahrizat Jalil, tanpa Adnan Yaakob, tanpa Musa Aman, tanpa Hishamuddin Hussein, tanpa Taib Mahmud & tanpa Isa Samad!

Dato Seri kena berani ambil tindakan. Tiada gunanya UMNO mempertahankan beban-beban ini kerana beban-beban ini akhirnya akan entah duduk di mana kalau-kalau Dato Seri ditakdir menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen selepas PRU13 nanti.

4 bulan sebelum PRU13 – iaitu satu pertiga tahun; satu tempoh cukup lama untuk UMNO rendahkan ego dan akur dengan apa yang rakyat mahu. Isu-isu tadi termasuk isu Felda bukanlah isu politik; ianya isu benar, isu rakyat & isu pengurusan harta negara. Biar bak halilintar pun pidato Dato Seri di PWTC tempohari, balik ke Cawangan kami menghadapi masalah yang sama untuk menjawab isu- isu ini. Dato Seri perlu bertindak, kerana sekiranya Dato Seri takut atau tidak mahu bertindak – kami juga percaya yang UMNO boleh berdiri biarpun tanpa Najib Razak & Rosmah Mansor!

SUNGAI PAHANG
No. Keahlian UMNO: 02863XXX




sumber