Searching...
Senin, 21 Oktober 2013
16.23 0

Suspek Kes Rogol Kanak-Kanak 8 Tahun


Suspek Kes Rogol Kanak-Kanak 8 Tahun | Mana kau nak lari!

Seorang suspek perogol anak tirinya yang  pada mulanya ‘lega’ dapat terlepas masuk ke perut pesawat, hanya mampu terdiam seribu bahasa kerana ditangkap sebaik saja tiba di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), semalam.

Tangkapan sekitar jam 9 pagi itu dibuat sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching susulan laporan polis yang diterima minggu lepas.

Suspek berusia 38 tahun itu dikatakan merogol mangsa yang berusia lapan tahun di kediaman mereka di kawasan BDC sekitar bulan lepas.

Difahamkan, suspek ke Sibu untuk melarikan diri.

Itulah kata orang, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

Ingat, pelanduk mungkin lupakan jerat tapi jerat tak mungkin lupakan pelanduk!

Sumber : Utusan Borneo

0 komentar:

Posting Komentar