Searching...
Rabu, 23 Oktober 2013
16.30 0

Hukum rejam di Brunei


Hukum rejam di Brunei | BANDAR SERI BEGAWAN - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memperkenalkan secara berperingkat hukuman Islam lebih keras termasuk rejam hingga mati bagi pesalah zina.

Baginda bertitah demikian ketika mengumumkan Akta Kanun Keseksaan Syariah yang akan berkuat kuasa selepas enam bulan secara berperingkat, semalam.

"Pelaksanaan undang-undang ini adalah sebagai memenuhi tanggung jawab kepada ALLAH SWT," titahnya yang dipetik laporan AFP

Berdasarkan butiran kes tertentu, hukuman juga termasuk memotong tangan bagi kesalahan mencuri dan sebatan untuk kesalahan pengguguran bayi dan minum arak.-sinar harian

0 komentar:

Posting Komentar