Searching...
Minggu, 06 Oktober 2013
16.51 0

Hadiah Nadim Untuk Nora Danish,Rumah RM7.2 Juta?


Hadiah Nadim Untuk Nora Danish,Rumah RM7.2 Juta? | "SETAHU saya dia beli rumah dan sebuah kereta mewah untuk ibunya dan ia bukan wang Nadim seorang. Ia bukan untuk saya dan saya kesian dengan dia kerana apa yang dia buat semuanya dikaitkan dengan saya," ujar aktres cantik, Nora Danish mengenai laporan beberapa media yang mengatakan kekasihnya, Nadim Mohamed Nazri membeli rumah RM7.2juta untuknya.

Nora berkata, dia berharap penjelasannya ini menjadi titik noktah dan tidak ada lagi yang mengaitkan isu pembelian rumah dan kereta mewah itu dengan dirinya.

Pelakon itu mengaku Nadim adalah lelaki yang rapat dengannya kini tetapi menegaskan dia berkawan dengan anak kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz itu bukan kerana harta.

"Saya tidak nafikan, sejak rapat dengan Nadim, ramai kata saya berkawan dengan dia kerana harta dan dia anak menteri.

Tetapi kalau orang boleh fikir, buat apa saya nak cari yang kaya, anak menteri, kerana pengalaman lalu banyak ajar saya.

"Apa yang saya pentingkan adalah kami selesa antara satu sama lain. Keluarga juga selesa dengan kami," jelas Nora.

Pelakon berstatus ibu tunggal itu juga menjelaskan mengapa dia memilih Nadim sedangkan terdapat khabar kurang enak sebelum ini mengenai lelaki itu, Nora mengatakan beliau sudah mengenali lelaki itu.

"Saya tahu sebelum ini dia dikenali dengan kisah peribadi, tetapi selama saya kenal dia sudah tujuh tahun, Nadim sebenarnya seorang lelaki yang baik dan suka menderma.

"Malah dia sebenarnya amat mengutamakan keluarga serta pandai melayan anaknya dan anak saya," ujar Nora.

Biarpun bersikap terbuka dengan hubungannya kali ini, Nora berkata, dia tidak mahu bercerita dengan lebih lanjut mengenai hubungan mereka, meskipun Nadim dilihat sudah mengakui bahawa Nora cukup istimewa buat dirinya.

"Saya tak mahu bercerita lebih lanjut, melainkan apabila sudah berkahwin. Tetapi itu tidak bermaksud saya akan berkahwin dalam masa terdekat ini.

"Jika dia (Nadim) mahu mengaku, itu terpulang pada dia kerana itu haknya. Tetapi bagi saya, bila sudah berkahwin barulah saya boleh bercerita segalanya," katanya mengenai tulisan Nadim yang kerap memanggilnya 'My Boo' dan 'My Love'.

Keluarga & kerjaya

Status ibu kepada Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, tidak menghalang Nora untuk terus aktif dalam bidang seni apatah lagi ia menjadi sumber pendapatannya selama ini.

Nora berkata, dia benar-benar bersyukur kerana syarikat pengurusan,  Metrowealth International Group (MIG) banyak membantunya menguruskan jadual dengan baik.

"Biasanya kalau saya terlibat dengan penggambaran selama 20 hari, MIG akan beri saya cuti selama dua minggu untuk bersama keluarga.

"Saya akui menjadi ibu tunggal agak susah juga untuk saya membahagi masa antara keluarga dan kerjaya tetapi Alhamdulillah kerana MIG banyak mempermudah jadual saya.

"Malah jika saya sibuk, ibu saya juga banyak tolong menjaga Rayqal dan adakalanya bekas suami dan bekas keluarga mertua juga bantu menjaganya," katanya.

Bukan sahaja sukses dalam kerjaya seni, aktres itu juga sebenarnya sudah mempunyai perancangan hidup dalam tempoh lima tahun akan datang dengan berhasrat memperluas perniagaan bedak sejuk ‘Tanaka’ selain berharap sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sempurna.

"Buat masa ini perniagaan bedak sejuk itu saya jalankan secara kecil-kecilan melalui laman sosial Instagram dan Alhamdulillah sambutan memang bagus.

"Jadi saya rancang untuk melancarkannya tidak lama lagi secara besar-besaran dan pada saya bila produk itu bagus, tidak salah untuk saya kongsi dengan semua orang.

"Selain itu, tentu sekali saya berharap untuk membina sebuah keluarga sempurna apatah lagi lima tahun akan datang, usia saya dah 35 tahun, jadi saya berharap mempunyai anak lagi," katanya.

Anak emas MIG?

Dalam pada itu, berkongsi perkembangan terbarunya, Nora memberitahu, dia sedang sibuk menjalani penggambaran filem Pengantin Malam, sebuah filem seram arahan Eyra Rahman.

Katanya, filem tersebut memperlihat gandingan ketiganya bersama aktor kacak, Farid Kamil.

"Sudah seminggu saya jalani penggambaran filem ini dan sebagai pelakon apa yang boleh saya katakan, filem ini amat seram dan ia akan ditayangkan tahun depan," katanya.

Melihat kepada limpahan tawaran dari syarikat pengurusannya, ada yang berbisik mengatakan Nora kini menjadi anak emas MIG kerana sering menjadi pilihan untuk membintangi filem terbitan syarikat itu.

"Eh tidaklah! Tidak adil mengatakan saya anak emas MIG sedangkan artis lain seperti Yana Samsudin, Shaheizy Sam turut mendapat peluang sama rata dan David Teo sendiri tidak pernah bersikap pilih kasih.

"Biasanya MIG akan lihat pada kemampuan artis, jadi jika sesuai dia akan tawarkan pada artis tersebut itu dulu, cuma bezanya adalah dari segi liputan diterima," jelas Nora.

Duta Fruitale

Sementara itu, Nora ketika ditemui pada pertandingan pencarian Bintang Fruitale Pertama di Mydin Wholesale Hypermarket, Subang Jaya, kelmarin menjelaskan dilantik menjadi duta Fruitale selama setahun.

Selain mempromosi produk tersebut, dia juga menjadi mentor bagi peserta serta bertindak sebagai ketua hakim dalam pemilihan pemenang pertandingan itu.

"Saya buat keputusan memilih Fatin Atiqah sebagai pemenang kerana sejak awal lagi dia paling menyerlah dan memiliki  gaya persembahan yang baik.

"Selain itu dia juga amat berbakat dan kami sebulat suara menobatkan dia sebagai juara," jelasnya.

Nora berkata, Fruitale kini sudah memperbaiki produk mereka dengan lebih wangi dan berkualiti.

“Saya suka pertandingan Transformasi Bintang Fruitale ini kerana ia beri peluang kepada semua gadis memperbaiki penampilan dan keyakinan diri, sekalgius menerima nasihat profesional mengenai apa yang sesuai untuk mereka.

"Saya gembira dapat berkongsi tips dan nasihat berguna kepada mereka, terutamanya mengenai Fruitale dan manfaatnya," katanya yang juga menjadi duta Mamee dan Uniqlo.-sinar harian

0 komentar:

Posting Komentar