Ardi Hamza Memang Seorang Yang Gilakan Duit,Upload Gambar Longgokan Duit Dalam FB Miliknya | 23 Oktober lalu, negara digemparkan dengan kes pembunuhan pegawai bank Norazita Abu Talib.
Mangsa yang merupakan kakitangan Ambank cawangan USJ 2 Sentral, Subang Jaya ditembak menggunakan ‘pump gun’ pada pukul 6.30 petang ketika sedang membuka bilik kebal untuk menyimpan duit.
Pelakunya tak lain tak bukan pengawal keselamatan yang sedang bertugas di bank berkenaan, dikenali sebagai Ardi Hamza dari Tawau, Sabah. Namun kesahihan warganegara suspek ini masih samar-samar kerana dia dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu.
Bagaimanapun sepandai-pandai suspek menyembunyikan identiti, dia ternyata tidak terlepas daripada memiliki akaun Facebook. Malah dia boleh dikira aktif melayari laman sosial berkenaan dengan bilangan rakan melebihi 4,000 orang.
Menggunakan nama Ardi Ode Putra Katela, status terakhir dikemaskini suspek ialah ‘Jom balik kampung… selamat malam semua’ (Jum Blik kampung kita…. mat mlam all) dua hari sebelum melakukan pembunuhan kejam berkenaan.
Minat suspek terhadap duit juga dapat dilihat daripada beberapa gambar longgokan duit yang dimuatnaik suspek, barangkali diambilnya sendiri ketika bertugas.
Mungkin, inilah jadinya bila setiap hari terliur tengok duit depan mata. Sampai satu waktu, tak dapat mengawal nafsu lalu terjadilah tindakan gila pada 23 Oktober lalu!
Menerusi status-status dan bahasa yang digunakan juga, ternyata suspek berasal dari Indonesia.
Apa-apa pun, berdasarkan rekod kecekapan Polis DiRaja Malaysia selama ini, semoga suspek akan segera dapat diberkas dan dibawa ke muka pengadilan.
mynewshub
0 komentar:
Posting Komentar