Rakan Suspek Kes Tembak Kini Dalam Kebimbangan
Rakan Suspek Kes Tembak Kini Dalam Kebimbangan | BERIKUTAN tersebarnya laman Facebook suspek pembunuh pegawai Ambank di Subang Jaya dengan nama sebenarnya Ardi Ode Putra Katela, diketahui rupa-rupanya ada 3 lagi rakan Ardi dari Indonesia yang turut bertugas sebagai pengawal keselamatan di negara ini.
Tinjauan Mynewshub mendapati, seorang daripadanya bernama Aher Putra Wa Rumber meluahkan kebimbangan ekoran kes yang melibatkan Ardi.
Dalam salah satu status yang dimuat-naiknya, Aher menyebut bahawa untuk keluar makan pun dia takut.
Setakat ini, pihak polis masih belum menahan atau memberkas suspek dalam kejadian pada 23 Oktober lepas.
Tidak diketahui setakat ini apakah status berkerja Aher di negara ini seperti ditetapkan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Dalam pada itu, terdapat sedikit kebimbangan apabila Aher dilihat banyak meminati laman berunsur seks seperti yang dapat dilihat melalui Facebooknya.
Ini menimbulkan persoalan apakah rakan suspek kes bunuh itu mempunyai kecenderungan melakukan jenayah juga?
Diharapkan pihak berkuasa menyedari perkembangan terbaru yang sudah pun tersebar di internet berkenaan identiti sebenar suspek dan juga rakan-rakannya.-mynewshub
0 komentar:
Posting Komentar