Manusia Berwajah Dua | Lelaki ini bernama Edward Mordake dan benar-benar mempunyai dua wajah, satu di bahagian depan sebagai mana layaknya manusia pada umumnya dan satu lagi berada di belakang. Wajah bahagian depan berfungsi normal sedangkan wajah bahagian belakangnya hanya boleh tersenyum tidak boleh bercakap ataupun makan.
Edward Mordake adalah seorang lelaki tampan yang hidup pada abad ke-19, Edward hidup dilahirkan dalam sebuah keluarga keturunan bangsawan Bangsawan Inggeris. Keluarganya sangat menyayanginya, mengasuh dan merawatnya dengan penuh cinta sayang, namun satu hal yang terlihat selalu mengganggu fikirannya adalah satu wajah yang melekat pada kepala bahagian belakangnya.
Tidak ada rekod perubatan yang lengkap pada waktu itu kerana terbatasnya teknologi pada zamannya, namun semua catatan menyebutkan satu hal yang sama bahawa Edward adalah seorang pemuda yang menawan dengan keperibadian yang mulia. Namun ketampanan itu hanya dilihat dari depan, apabila dia membalikkan tubuhnya wajah muram dan menakutkan.
Beberapa kisah lain menyebutkan bahawa wajah kedua Edward adalah seorang gadis cantik, tetapi para saintis membantah soal itu kerana kembar parasit selalu mempunyai jantina yang sama. Cerita lain menyebutkan juga bahawa wajah kedua Edward adalah wajah Iblis yang selalu memanggil syaitan dan kejahatan
Edward begitu tersiksa dengan dua wajahnya tersebut dan dia cuba mendatangi beberapa orang doktor untuk membuang wajah keduanya yang konon sering berbisik dengan bahasa setan kepadanya pada malam hari, namun doktor tidak ada yang sanggup untuk melakukan perkara tersebut kerana terbatasnya peralatan perubatan ketika itu. Akhirnya Edward berada pada puncak keputus asaan yang membuatnya berfikir fatal dan mengakhiri hidupnya dengan membunuh diri pada usia 23 Tahun.
0 komentar:
Posting Komentar