Aidil Zafuan Kecewa Dengan Rita Rudaini | Logik juga pertanyaan yang diajukan oleh suami Rita Rudaini, Aidil Zafuan ini. Buat anda yang tidak tahu, semalam Rita menyatakan yang dia masih menyayangi suaminya dan mahu mengetahui apa sebab dia akan diceraikan ketika ditanya oleh hakim Mahkamah Rendah Syariah Seremban.
Namun Aidil Zafuan yang ditemui oleh MalaysianDigest mempersoalkan kenyataan isterinya itu. Kata Aidil:-
Kalau dia sayangkan saya, kenapa dia masih buat macam-macam kenyataan di media yang mengaibkan saya sendiri sebagai suami dia dan juga mengaibkan keluarga saya? Dia juga tahu kenapa saya keluar rumah. Tak perlulah saya bercerita tentang hal peribadi kami. Biar saya dan dia saja yang tahu. Sekarang ini saya mahu bercerai secara baik. Jangan bawa lakonan dia diluar masuk mahkamah. Depan hakim dia cakap dia sayang saya, tapi depan saya dia cakap tak sayang, saya tak tahu apa yang dia nak
Malah Aidil meluahkan rasa kecewanya kerana Rita tidak membenarkan anak-anak mereka untuk berjumpa dengan keluarganya. Paling kasihan apabila anak-anak mereka tidak mengenali datuk dan nenek sebelah Aidil. Kata Aidil lagi:-
“Saya nak dia dan anak-anak balik berjumpa dengan keluarga saya. Tapi dia tak mahu. Dari situ sudah nampak dia tidak mengikut kata-kata saya sebagai suaminya. Bagi saya, saya tidak nampak jalan untuk kami berdamai. Memang dia ada benarkan saya berjumpa dengan anak-anak tapi dia tak benarkan saya bawa anak-anak jumpa keluarga saya. Anak-anak hanya kenal atuk dan nenek sebelah sana (ibubapa Rita), tapi dia tak kenal atuk dan neneknya di sini. Itu saya rasa tidak adil
Aidil juga turut menegaskan penceraian yang diinginkan tiada kaitan dengan Zareema yang dikatakan mempunyai hubungan dengannya. Kalau memang dah tak ada jalan lain, Rita pula redha dan menerima penceraian ini. Lagi dipanjangkan lagi kelam kabut dan makin banyak cerita mengarut akan keluar. Terimalah kenyataan dan teruskan hidup anda.
0 komentar:
Posting Komentar