Searching...
Minggu, 24 Februari 2013
20.00 0

Ammar Alfian Putus Cinta


Ammar Alfian Putus Cinta | Walaupun pernah digigit manja oleh aweknya, hubungan cinta Ammar Alfian dan Puteri Sarah tidak berjaya bertahan sehingga ke jinjang pelamin. Mereka berdua sudah clash sekitar bulan November tahun lalu. Yang machonya, Ammar mengakui perpisahan itu berpunca daripadanya.
Mengakui tiada lagi keserasian, Ammar Alfian berkata kesilapannya yang tidak pandai menghargai hati Puteri Sarah adalah punca perpisahan mereka. Kata Ammar:-
Sebenarnya setiap hari timbul rasa kesal dengan perpisahan kami tetapi hendak buat macam mana sebab kami sudah tidak serasi lagi. Perpisahan itu berpunca daripada kesilapan saya yang tidak pandai menghargai hatinya ketika bersama dulu. Sepanjang lima tahun hubungan kami, memang ramai yang dengki dengan memburuk-burukkan nama saya kepada Sarah. Apabila terlalu banyak fitnah kononnya saya curang disampaikan kepada Sarah, lama-kelamaan dia menjadi tawar. hati. Walaupun saya sudah berusaha untuk meyakinkannya bahawa itu hanya fitnah tetapi ia sukar untuk memulihkan persepsinya kepada saya.
Pengajaran daripada kisah cinta mereka ialah walaupun anda sudah digigit oleh awek anda, itu tidak bermakna anda akan kekal bercinta sehingga ke akhir hayat. 

0 komentar:

Posting Komentar