11 Gambar : Jambatan Di Lebuh Raya Elite Runtuh Dan Info Laluan Alternatif Ke Putrajaya | Lokasi kejadian ialah di Lebuh Raya Elite bersebelahan dengan Selangor Science Park 2.
Ia terletak di laluan menuju ke KLIA, Cyberjaya dan Putrajaya.
Jurucakap pihak lebuh raya memberitahu, jambatan itu memang sudah ditutup sejak beberapa bulan lalu dan sudah wujud retakan di jambatan itu sebelum ini dipercayai akibat permukaan tanah yang lembab di kawasan jambatan berkenaan.
Pengguna di laluan berkenaan terpaksa menggunakan lencongan sebelum ini. Setakat ini tiada sebarang laporan kecederaan atau kematian.
Pihak media ketika ini sedang berkumpul di lokasi kejadian.-Mynewshub
Laluan Alternatif Ke Putrajaya
Klik gambar untuk paparan lebih jelas
0 komentar:
Posting Komentar