“Saya Dah Tak Sayang & Tak Inginkan Dia Lagi” – Aidil Zafuan
“Saya Dah Tak Sayang & Tak Inginkan Dia Lagi” – Aidil Zafuan | Pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak gagal dalam permohonan cerai terhadap Rita Rudaini Mokhtar apabila Mahkamah Rendah Syariah di sini, pagi tadi memerintahkan menubuhkan satu jawatankuasa khas pendamai sebelum proses cerai berkenaan dapat dilakukan.
“Saya dah tak sayangkan dia lagi & saya dah tak inginkan dia lagi,” itu respon dari Aidil Zafuan selepas keputusan mahkamah diumumkan dan ianya jelas tentang niat beliau untuk berpisah.
Terdahulu, pada prosiding itu, Aidil melalui peguamnya memberitahu mahkamah, beliau bersedia untuk menceraikan isterinya itu pada hari ini berikutan masalah antara mereka berlarutan terlalu lama dan tiada penyelesaian.
Peguam Rita bagaimanapun memberitahu mahkamah bahawa kedua-dua pihak (Rita dan Aidil) ada salah masing-masing, namun pihaknya memohon rundingan diadakan melalui jawatankuasa pendamai.
Ketika disoal Hakim Syarie Hamizan Mohd Nor, Aidil memberitahu tidak sayang lagi kepada Rita, manakala Rita pula sebaliknya, masih menyayangi suaminya. Berikutan itu, Hamizan memerintahkan jawatankuasa khas pendamai ditubuhkan sebelum proses cerai dapat dilakukan.
Menurut Rita, beliau telah mengjangkakan perkara ini. Beliau juga turut menafikan dakwaan suaminya yang mengatakan beliau sendiri sudah dua kali meminta cerai, “Tak pernah. Kalau betul saya minta cerai, kenapa tak ceraikan? Kalau betul saya yang minta cerai”.
- Sumber: Harian Metro
0 komentar:
Posting Komentar