Searching...
Tampilkan postingan dengan label Selebriti. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Selebriti. Tampilkan semua postingan
Selasa, 01 April 2014
00.52 0

Pelakon Ariana Rose Jual Bayi?

Pelakon Ariana Rose Jual Bayi?


Menurut portal mStar, pelakon Ariana Rose, Sharisa Haris Chong menjadi mangsa keadaan apabila laman sosial palsu yang dikaitkan dengan dirinya telah membuat satu jenayah berat apabila si pelaku menjual nama anak (dengan menyatakan anaknya telah meninggal dunia) untuk meraih simpati dan pendapatan dari orang ramai.

Menurut sumber, si pelaku itu merupakan orang yang pernah berkerja dengan dirinya 2 tahun dahulu sebagai pembantu jurusolek dan pakaian.

    "Pada mulanya saya anggap ia perkara biasa apabila ada individu membuat akaun palsu menggunakan gambar-gambar dan maklumat peribadi saya, namun saya terkejut apabila dia melakukan urusan jual beli yang salah di sisi undang-undang.

    "Saya sedar perkara ini apabila ramai mangsa yang terpedaya menghubungi dan menghentam saya di laman sosial peribadi milik saya yang sebenar," -Shahrisa

Kes ini disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)


Senin, 31 Maret 2014
22.36 0

Shila Amzah Tampil Imej Berani Ketika Bertanding Di China

Shila Amzah Tampil Imej Berani Ketika Bertanding Di China


Shila Amzah merupakan antara selebriti Malaysia yang patut dipuji kerana usahanya memartabatkan negara di mata dunia. Lebih-lebih lagi imejnya yang bertudung dikatakan semakin menjadi ikutan masyarakat China selepas Shila dinobatkan sebagai pemenang dalam sebuah pertandingan nyanyian kat China.


Dan disebabkan itu, penampilan Shila sewaktu dalam program terbaru I Am A Singer di China nampak kritikal bila Shila menggayakan pakaian yang tak berapa sesuai.

Dengan memakai pakaian seperti skirt pendek dan legging berwarna coklat, penampilan Shila nampak macam tak pakai seluar sambil bertudung. Ikut apa yang MiG Online faham, legging dah pasti haram dipakai kaum wanita dekat public, makanya tepuk dada tanya selera.

Apapun kita tunggu penjelasan dari Shila Amzah, namun yang pasti harap perkara nie tak berulang lagi, kita kena jaga imej Islam & Malaysia di mata dunia. :) . -migonline
19.12 0

RM2000 Sebulan Yang Mampu Saya Beri - Aidil Zafuan

RM2000 Sebulan Yang Mampu Saya Beri - Aidil Zafuan


Kapten pasukan Harimau Malaya, Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak memberitahu mahkamah semalam, beliau hanya mampu memberi RM2,000 sebulan kepada bekas isterinya, pelakon Rita Rudaini sebagai nafkah dua anak mereka.

Katanya, jumlah itu diberikan selepas beliau keluar dari rumah kelamin mereka di Kota Damansara pada Januari 2012, tetapi tidak menetapkannya untuk bayaran tertentu.

Beliau berkata, terpulang kepada bekas isterinya itu untuk menguruskan wang terbabit.

“Ketika tempoh perkahwinan, saya memberikan (kepada Rita) RM5,000 untuk bayaran rumah, makan minum dan pengangkutan.

“Bagaimanapun, sejak keluar (rumah) saya hanya bagi RM2,000 sebulan, selepas ditolak tanggungan rumah RM3,000. Saya tolak sebab majikan ketika itu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sediakan rumah, jadi tak perlu bayar, ” katanya.


Tuntut RM5,392 sebulan

Aidil selaku defendan berkata demikian ketika disoal peguam syarie, Rita, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain pada perbicaraan kes tuntutan nafkah dua anaknya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di sini.

Rita, 38, sebelum ini menuntut RM5,392 sebulan daripada Aidil sebagai nafkah Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3, merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan juga lampin pakai buang.

Aidil turut memberitahu mahkamah, ketika berkhidmat dengan pasukan ATM pada 2012 hingga 2013, pasukan itu membayar elaun rumah RM2,500 sebulan dan selepas menyertai Johor Darul Takzim (JDT) pada 2013, pasukan itu yang menyediakan rumah dan membayar sewa tanpa ditetapkan had jumlahnya.


Isu kereta Mercedes

Pada prosiding itu juga, Mohd Zaidi turut membangkitkan pemilikan sebuah kereta Mercedes milik Aidil yang tidak pernah disebut oleh pemain bola sepak itu pada perbicaraan terdahulu.

Menjawab soalan itu, Aidil mengaku membeli kereta berharga RM240,000 itu pada 2012, dengan bayaran ansuran bulanan sebanyak RM3,000.

Katanya, ansuran itu dibayar majikannya berdasarkan perjanjian dipersetujui ketika menandatangani kontrak untuk bersama pasukan terbabit.

Perbicaraan di depan Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah bersambung pada 9 dan 25 Jun ini. -bharian
18.26 0

Apabila Datin Tiara Jacquelina Beraksi Gedik (4 Gambar)

Apabila Datin Tiara Jacquelina Beraksi Gedik (4 Gambar)


Pelakon dan pengarah terkenal Datin Tiara Jacquelina melakukan beberapa aksi gedik yang kelihatan manja, keanak-anakan dan menciut hati.

Buat mereka yang pertama kali menatap foto-foto gedik Tiara, ramai mungkin beranggapan pelakon filem Puteri Gunung Ledang itu baru berusia 19 tahun.

Manakan tidak, penulis sendiri hampir tertipu dengan penampilan santai Tiara. Pastinya, ramai jejaka di luar sana mula menaruh perasaan geram dan terpikat selepas melihat tiga lagi keping foto gedik Datin Tiara Jacquelina di bawah.






18.13 0

Suami Jue Aziz,Bayu Daniels Akhirnya Didedahkan (8 Gambar)

Suami Jue Aziz,Bayu Daniels Akhirnya Didedahkan (8 Gambar)


Dengar khabarnya, pelakon se k si Jue Aziz sudah berkahwin dengan seorang jejaka bergelar pemuzik bernama Bayu Daniels yang berasal dari Indonesia sekitar awal Mac lalu.

Mengikut portal rotikaya, terdapat dua sumber boleh dipercayai yang memberikan tarikh sama pernikahan mereka berlangsung namun tidak pula dapat dipastikan samada majlis tersebut diadakan di Indonesia atau Pulau Pinang.

Apapun, kalau khabar angin yang disebarkan ini benar, penulis ucapkan tahniah kepada Jue Aziz. Mungkin beliau lebih selesa merahsiakan kisah peribadi dari pengetahuan umum.










Minggu, 30 Maret 2014
18.41 0

Punca Sebenar Kilafairy Ganti Hanez Suraya Dalam Projek Kahwin

Punca Sebenar Kilafairy Ganti Hanez Suraya Dalam Projek Kahwin


Pelakon Kilafairy ditawarkan menggantikan tempat Hanez Suraya dalam pementasan teater Projek Kahwin yang akan dipentaskan  di Panggung Sari, Istana Budaya pada Jun ini.

Ia berikutan selepas Hanez membuat keputusan menarik diri daripada pementasan teater tersebut gara-gara kontroversi percintaannya dengan ahli perniagaan, Romie Razin Adilha yang masih bergelar suami.

Penerbit teater tersebut, Mohd Amer Shafiq Khalip atau lebih dikenali sebagai Shawn Amer berkata, bagaimanapun pihaknya di bawah syarikat Mask Team itu belum 'mengikat' aktres itu menerusi sebarang perjanjian kontrak lagi.

"Tidak dinafikan, Kilafairy antara pelakon yang dimuktamadkan untuk menggalas watak Hanez sebagai Nisa. Tetapi kami belum membuat sebarang ikatan kontrak lagi.

"Dalam pada itu, pihak kami turut membuat senarai pendek beberapa pelakon lain yang sesuai untuk menggalas watak tersebut.

"Pihak kami akan membuat pengumuman rasmi di Istana Budaya pada Selasa ini," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Ahad.


Sementara itu, Shawn berkata, walaupun Hanez menarik diri, namun pihaknya masih belum memberi maklum balas secara hitam putih kepada pelakon itu lagi.

Malah pemilihan pelakon lain yang dilakukan oleh pihak produksi itu sekadar perancangan 'plan B' sekiranya Hanez benar-benar tidak terlibat dengan teater tersebut.

"Setakat ini, Hanez tidak pernah memberi masalah kepada pihak produksi, tetapi kami hormat dengan apa saja keputusannya," ujarnya.

Projek Kahwin yang akan dipentaskan bermula 6 hingga 14 Jun depan turut menampilkan barisan pelakon seperti Izzue Islam, Shah Iskandar, Imam Muda Asyraf, Sherry Alhadad dan Zulin Aziz.

Tiket untuk menyaksikan pementasan teater itu dijual pada harga RM35, RM55, RM85, RM185 dan RM225 dan tempahan tiket boleh dibuat menerusi AirAsiaRedTix.com atau di kaunter Box Office Istana Budaya.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Amirul di talian 013-3962612.
Sabtu, 29 Maret 2014
22.09 0

Bukan Salah Saya Tragedi MH370 - Shila Amzah

Bukan Salah Saya Tragedi MH370 - Shila Amzah


TATKALA seluruh dunia masih terkejut dengan tragedi kehilangan kapal terbang Malaysia Airlines (MAS) MH370, muncul pula pihak yang seperti mahu mengeruhkan hubungan dua buah negara, Malaysia-China.

Tidak semena-mena, selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa penerbangan pesawat itu berakhir di Lautan Hindi, timbul kemarahan dalam kalangan segelintir penduduk China yang tidak berpuas hati dengan pengumuman itu.

Lebih parah, apabila ada rakyat Malaysia yang tinggal di negara itu menjadi bahan tohmahan mereka.

Mungkin angkara perasaan sedih, marah selain belum dapat menerima kenyataan, ada pihak yang mengeluarkan kata-kata yang kurang enak didengar seperti yang terjadi dalam industri hiburan di Beijing.

Lebih menyedihkan apabila aktres filem Memoir of Geisha, Zhang Ziyi, turut memuat naik status berunsur negatif apabila menuding jari kepada kerajaan Malaysia.

Pelakon berusia 35 tahun itu memberitahu, dia tidak berpuas hati dengan cara Malaysia mengendalikan operasi mencari dan menyelamat pesawat berkenaan.

Perkara itu diluahkannya menerusi laman sosial yang popular di China, Sina Weibo.

"Kerajaan Malaysia bersalah. Gagal untuk bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. Kerajaan Malaysia lebih mementingkan urusan politik berbanding nyawa mangsa... kami mahukan kebenaran," tulisnya yang dikemas kini sehari selepas penerbangan MH370 disahkan berakhir di Lautan Hindi.

Bukan itu sahaja, ketika Malaysia dan banyak negara lain termasuk China bertungkus-lumus menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR), pengacara televisyen, Yang Lan seolah-olah memperlekehkan usaha tersebut.


ZHANG ZIYI tidak berpuas hati dengan cara kerajaan Malaysia menangani isu kehilangan MH370.

"Hati saya berbaur dengan rasa sedih dan marah. Apa yang syarikat penerbangan Malaysia dan pihak tentera negara itu cuba sembunyikan?" tulisnya di laman sosial tersebut.

Artis tempatan yang menempa nama di Beijing, Shila Amzah tidak terkecuali daripada menerima tohmahan dan cercaan baru-baru ini.

Komen yang diberikan peminat di sana seolah-olah mahu 'menolak' semua bintang yang datang dari negara ini.

Sudah pasti keadaan itu sedikit sebanyak mengganggu emosi penyanyi berusia 23 tahun ini yang kini sedang menyertai program realiti terbitan saluran Hunan TV, I am a Singer.

Sebelum ini, Shila cukup dikenali dan diterima baik peminat di Beijing, namun keadaan berubah sebaliknya.

Kecewa dengan apa yang berlaku, pelantun lagu Patah Seribu itu kemudian memuat naik sekeping foto yang memaparkan ekspresi wajah sedih dan sayu di laman Instagram miliknya.

Gambar itu disertakan dengan keterangan dalam bahasa Mandarin yang bermaksud: "MH370 bukan salah saya..."

Gambar tersebut mendapat lebih 15,000 maklum balas termasuk komen daripada pengikutnya.

Biarpun dilontar dengan kata-kata nista, masih ada peminat Shila di Beijing yang memberikan kata-kata semangat.

"Shila hanya seorang penyanyi. Dia bukanlah wakil kepada kerajaan Malaysia. Janganlah mengaitkan isu ini dengan dirinya," tulis seorang pengikutnya.

Selain Shila, artis Malaysia lain yang terkena tempias ialah Fish Leong dan Gray Chaw, serta Lee Sinje dan Ah Niu.



22.07 0

Foto Topless Adi Putra Di Instagram Didedahkan Haji Amiruddin

Foto Topless Adi Putra Di Instagram Didedahkan Haji Amiruddin


Haji Amiruddin Osman yang merupakan bekas suami kepada Nooraida Abdul Talib, juga bekas skandal Adi Putra telah mendedahkan sekeping foto topless aktor itu di laman Instagram miliknya.

Foto tersebut mendapat pelbagai respon dari pengikutnya sehingga mula tersebar awal pagi tadi. Motif Haji Amiruddin membuat pendedahan itu tidak pula diketahui namun beliau mungkin mahu membuktikan bahawa Adi Putra memang pernah menghantar gambar separuh lucah kepada bekas isterinya.



09.36 0

Punca Sebenar Shakilla Khoriri Diserang Seorang Wanita

Punca Sebenar Shakilla Khoriri Diserang Seorang Wanita


Pelakon Shakilla Khoriri mendedahkan pernah diserang oleh seorang wanita hanya kerana membenci dengan watak antagonis yang dibawanya dalam sebuah drama sebelum ini.

Shakilla, 25, berkata, ketika kejadian dia sedang sibuk melayan permintaan peminat yang ingin bergambar dengannya sebelum wanita berkenaan menyerangnya dari arah belakang.

"Wanita berkenaan menggunakan tas tangannya untuk memukul bahagian belakang badan saya namun saya tenang kerana tidak mengetahui punca sebenar dia bertindak berkenaan.

"Namun apabila dia memarahi saya dan menyebut watak dalam sebuah drama lakonan saya baru saya sedar punca dia bertindak demikian," katanya.

Shakilla bakal muncul dengan drama bersiri Aku Isterinya disamping Anzalna Nasir dan Izzue Islam yang akan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3.

Drama arahan Fairuz Loy itu disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7 malam.

Tambah Shakilla, dia tidak mengambil hati terhadap wanita berkenaan ekoran kejadian itu kerana menganggap ia perkara kecil selain memandang positif terhadap apa yang berlaku.

"Wanita itu kelihatan begitu bencikan watak yang saya bawa dalam drama itu dan itu menunjukkan lakonan saya berjaya memberi kesan kepada orang lain," jelasnya.

Sementara itu, Shakilla mengakui masih belum popular berbanding aktres seangkatannya biarpun telah bergelar anak seni sejak lapan tahun lalu.

Shakilla bagaimanapun berkata, dia bersyukur biarpun jarang mendapat publisiti namun tawaran lakonan diberikan kepadanya masih banyak.

"Alhamdulillah rezeki saya masih murah dalam bidang lakonan selepas lapan tahun menceburkan diri dalam bidang ini biarpun kurang popular dikalangan peminat," katanya.-mStar Online
Jumat, 28 Maret 2014
11.43 0

Diana Danielle Enggan Anak 'Bekerja'

Diana Danielle Enggan Anak 'Bekerja'


Pelakon Diana Danielle memberitahu terpaksa menolak tawaran iklan yang mahu anaknya iaitu Muhammad menjadi model sesuatu produk kanak-kanak.

Diana atau nama sebenar Diana Danielle Danny Beeson, 23, berkata, dia tidak mahu anaknya yang baru berusia sembilan bulan itu berhadapan dengan tekanan sewaktu penggambaran.

"Setakat ini memang ada banyak tawaran iklan untuk anak saya, namun saya terpaksa tolak semuanya.

"Saya dan suami rasa dia masih terlalu kecil untuk 'bekerja', biar dia membesar dahulu. Saya tidak mahu pembesaran dia terjejas kerana terpaksa bekerja," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Farid Kamil ini berkata, dia akan kembali berlakon pada Mei depan untuk sebuah filem epik mengisahkan soal sejarah negeri Sarawak.

Tambahnya, sudah sampai masa untuk dia kembali semula berlakon bagi meningkatkan pendapatan keluarga selepas berehat panjang untuk membesarkan anak sulungnya itu.

"Zaman sekarang kita kena bekerja untuk bantu ekonomi keluarga. Sudah sampai masanya saya kembali bekerja dan akan berlakon untuk sebuah filem epik tentang negeri Sarawak pada Mei ini.

"Bagaimanapun, saya akan bawa sekali Muhammad ke lokasi kerana dia masih menyusu badan dan saya tidak sanggup berpisah lama dengan dia," ujarnya.

Kata Diana,  Muhammad juga tidak banyak ragam selain cepat selesa dengan orang lain.-mStar Online
11.39 0

Anzalna Serik Tayang Kekasih Kepada Umum

Anzalna Serik Tayang Kekasih Kepada Umum


Pelakon Anzalna Nasir menolak cakap-cakap orang kononnya hubungan dia dengan teman lelaki, Hanif Zaki mempunyai masalah ekoran dia  jarang membawa kekasihnya itu ke mana-mana acara hiburan seperti yang dilakukan sebelum ini.
Anzalna, 26, berkata, ketiadaan pemuda itu menemaninya adalah disebabkan dia tidak mahu terlalu terbuka mendedahkan hubungan mereka kerana bimbang ia akan menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak.

"Hubungan kami masih baik dan percintaan juga berjalan seperti biasa cuma memang dia tidak lagi menemani saya ke majlis-majlis hiburan.

"Cukuplah dia sering menjadi perhatian sebelum ini kerana kami bimbang ada pihak yang kurang senang apabila dia sering bersama saya," katanya kepada mStar Online.

Anzalna bakal muncul dengan drama terbaharunya berjudul Aku Isterinya  disamping Izzue Islam bermula 31 Mac ini menerusi slot Akasia di TV3.

Drama arahan Fairuz Loy itu akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 7 malam.

Dalam pada itu, Anzalna berkata, dia lebih selesa tidak mencampurkan urusan peribadi dengan kerjayanya kerana ia adalah jalan terbaik.

Malah kata Anzalna, Hanif juga sibuk membina kerjayanya sementara dia menumpukan perhatian kepada bidang lakonan.

"Dia adalah pemangkin semangat saya dan dia sentiasa ada apabila saya dalam keadaan susah dan senang. Pun begitu, mencampurkan urusan peribadi dengan kerjaya bukan sesuatu yang baik.

"Biarpun dia sering risau apabila ada kontroversi melanda, saya tidak mahu dia mencampuri perkara itu kerana enggan mengheretnya dalam masalah yang sama," jelasnya.

Kata Anzalna lagi, pengalaman selama beberapa tahun dalam bidang hiburan sedikit sebanyak mematangkannya selain mengajar dia untuk bersikap profesional apabila timbul sesuatu isu.

Terdahulu, Anzalna mengakui mempunyai masalah dengan pelakon Izzue Islam di set penggambaran drama Aku Isterinya namun memilih untuk tidak memanjangkan lagi isu berkenaan.

Kontroversi itu timbul selepas Izzue dikatakan kurang selesa dengan sikap Anzalna yang dikatakan berlebih-lebihan dalam menghayati watak dalam drama tersebut sehingga menyebabkan isterinya cemburu.

Dalam perkembangan lain, Anzalna bakal menjalani penggambaran drama bersiri Kalau Itu Jodoh Kita bersama pelakon Qi Razali dan Pekin Ibrahim untuk siaran TV Al-Hijrah.

Drama itu akan menjalani penggambaran di Istanbul, Turki pada April ini.-mStar Online
11.36 0

'Thank you for the warm welcome...,'- Shila Amzah

'Thank you for the warm welcome...,'- Shila Amzah


NAMA penyanyi terkenal, Shila Amzah, sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat China setelah memenangi pertandingan, Asian Wave 2012 di sana.

Selepas kemenangan itu, Shila sering berulang alik dari Malaysia ke China untuk mengembangkan kerjaya seninya di negara berkenaan.

Tambahan pula, kini Shila kembali beraksi dalam pertandingan realiti, I Am Singer, bersama peserta dari beberapa negara lain.

Malah, Shila turut memberikan komitmen tinggi apabila pelantun lagu, Masih Aku Cinta ini, turut mempelajari bahasa Cina agar senang untuk berinteraksi sesama mereka.

Namun insiden pesawat MH370 sedikit sebanyak memberi kesan kepada China, dan Shila sendiri menerusi laman sosial Facebook, mengenai sambutan yang diterima ketika tiba di Changsha Airport, China.

Selain perkataan, 'Thank you for the warm welcome...,' Shila juga turut memuat naik video yang memperlihatkan sambutan suram daripada peminatnya di sana.- Sinar Harian
05.57 0

Ummi Nazeera Dakwa Ibunya Dianiaya Kes Palsukan Sijil Nikah

Ummi Nazeera Dakwa Ibunya Dianiaya Kes Palsukan Sijil Nikah


Heroin filem 'Hikayat Merong Mahawangsa', Ummi Nazeera mendakwa ibunya usahawati Dato Maziah Musa dianiaya oleh bapanya iaitu usahawan Dato' Zainul Abadin yang mendakwa bekas isterinya itu memalsukan sijil nikah mereka.

Ummi hadir menemani ibunya pada sebutan kes tersebut yang berlangsung di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada pagi Jumaat (hari ini).

Malah aktres berkulit hitam manis ini dengan yakin berkata ibunya tidak bersalah dan mempunyai bukti-bukti yang kukuh.

"Saya yakin ibu saya berada di pihak yang benar. Beliau ada bukti-bukti yang kukuh. Malah ibu saya telah merujuk surat nikah beliau itu kepada Majlis Narathiwat dan sijil itu diperakui oleh pihak disana.

"Selain tu saksi yang tampil hari ini tidak relevan. Sebab itu peguam bela kami tidak bertanyakan apa-apa soalan kepada saksi itu tadi", katanya dengan nada tegas.

Laporan sebelum ini menyebut, Dato Maziah telah dituduh pada 20.05.2013 di Mahkamah Majistret Jalan Duta Kuala Lumpur dengan sengaja memberikan keterangan palsu pada perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 16.10.2009.

Berdasarkan kepada pertuduhan, beliau dituduh melakukan kesalahan tersebut semasa perbicaraan di Mahkamah Syariah tersebut dengan menggunakan sijil nikah palsu bertarikh 25.12.1997 yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Narathiwat Thailand sebagai benar.

Pertuduhan dibuat di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen 193 Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih tiga tahun dan denda jika didapati bersalah.

Dato Marziah diwakili peguam bela, Datuk Zainul Rijal Zainal Abidin.

Dalam pada itu, Ummi mengakui terkejut mengenai tuduhan terhadap ibunya itu. Bahkan kes yang berlanjutan itu sikit sebanyak mengganggu pelajaran sewaktu dia melanjutkan pengajian dalam jurusan perniagaan di University of Melbourne, Australia.

"Saya terkejut bila berlaku tuduhan terhadap ibu saya. Sebenarnya perkara ni dari tahun lepas lagi tapi dipanjang-panjangkan dan masih tidak selesai lagi. Bapa saya sengaja mahu panjang-panjangkan kes ni sebab mahu menyusahkan ibu saya. Saya akui kes ibu saya ni sikit sebanyak menganggu pembelajaran saya sewaktu di Melbourne.

"Jadi hari ini saya tampil untuk menjelas memperbetulkan beberapa laporan media sebelum ini yang kurang tepat mengenai ibu saya",katanya yang turut mengesahkan yang kini sudah tamat pengajian di sana sejak Disember tahun lalu.

Sementara itu abang Ummi, Nazreem Musa yang juga ditemui diluar mahkamah berkata mereka adik-beradik akan tetap menyokong ibu mereka.

"Sebagai anak-anak kami percaya ibu kami dan sentiasa berada dibelakang ibu kami menyokong beliau", kata Nazreem.

Mahkamah memutuskan perbicaraan kes ini akan bersambung di pada 14 dan 5 Mei depan.


Kamis, 27 Maret 2014
16.53 0

5 Gambar Hot Nora Danish Bercuti Di Bali

5 Gambar Hot Nora Danish Bercuti Di Bali


Kadang-kadang terasa lucu membaca komen-komen peminat artis pujaan mereka di ruangan media sosial. Ianya seringkali berlaku apabila si artis memuat naik foto-foto mereka yang agak kontroversi.

Contoh artis yang sering mendapat komen-komen sedemikian adalah Nora Danish.

Terbaru, beliau memuat naik foto percutiannya ke Bali, Indonesia. Dalam banyak-banyak foto beliau, adalah tiga keping gambar yang memperlihatkan sifat keibuan yang jelas terhadap anak lelakinya.

Namun begitu, bagi peminat fanatik, mereka seolah-olah menjadi pakar forensik untuk fesyen dan pakaian yang dipakai oleh artis kegemaran mereka. Bukan nilai sekeping gambar yang menjadi sasaran, tetapi apa yang dipakainya pada waktu itu.





Foto Nora yang ketiga menjadi sasaran peminat-peminat yang mengikuti perkembangan beliau.

Memang kelihatan agak seksi foto ini kerana baju yang dipakai Nora sedikit terselak hingga menampakkan bahagian perutnya.

Tetapi bukan itu yang menjadi terjahan peminatnya, apa yang menarik perhatian mereka adalah apa yang dipakai oleh Nora di bahagian dalam a.k.a colinya!

Yang sibuk meneka warna pun ada, yang marahkan si peneka pun ada, yang tak puas hati dan pelbagai lagi..memang lucu melihatkan kekalutan peminatnya…

16.49 0

Nur Fazura Ghairah Bercumbu Di KLIA?

Nur Fazura Ghairah Bercumbu Di KLIA?


Ini khabar yang datangnya dari wartawan yang sedang membuat liputan tragedi kehilangan pesawar MH370 yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru baru dan menyaksikan satu adegan drama seorang selebriti tempatan.

Bukan drama apa, menurut wartawan Malaysia Gazette ini beliau dan ramai petugas media lain ternampak seorang selebriti yang sakan melakukan adegan mesra bersama seorang lelaki persis sepasang kekasih yang sedang dilamun cinta.

“Sekali pandang persis aktres popular Nur Fazura bersama dengan seorang lelaki berkepala botak yang juga deejay popular dari Amerika Syarikat yang sebelum ini mereka mengakui sedang berkawan rapat,” tulis wartawan itu.

Wartawna itu turut menulis mengatakan yang pihak media tidak kisah jika sekadar melihat aksi orang bercinta namun apa yang dipaparkan mereka sedikit keterlaluan dan seakan tidak sensitif dengan orang sekeliling.

“Yang tidak faham kenapa mereka hingga suka sangat buat aksi over di khalayak ramai. Orang lain bercinta juga. Kalau setakat suap-suap makan, tak hairan pun”

“Tapi bila dah mesra lain macam sampai bercium, tangan masuk dalam baju, urut-urut belakang, lentuk kepala di bahu hingga malu pula nak tengok,” dedah wartawan itu lagi hari ini.

Menariknya, wartawan ini mendakwa para jurugambar sempat merakamkan aksi pasangan ini bermesra dan ianya menjadi rebutan untuk dilihat — bukan untuk disebarkan, tetapi untuk menghilangkan bosan buat sementara waktu.

Wait, challenge accepted!


16.22 0

Romantik! Zizan Luah Rasa Cinta Kepada Emma Maembong Semasa Hari Jadinya (3 GAMBAR)

Romantik! Zizan Luah Rasa Cinta Kepada Emma Maembong Semasa Hari Jadinya (3 GAMBAR)


Yeah~~ Tiada “timing” yang lebih tepat dan romantis untuk Zizan Razak meluahkan rasa cintanya kepada Emma Maembong melainkan di hari jadi pelakon comel itu. Kini berusia 22 tahun, Emma Maembong dikejutkan oleh sambutan hari jadi “suprise” yang dirancang oleh Zizan. Sampai menangis-nangis dibuatnya. Romantis sangat!!!

Tambah menarik apabila Zizan meluahkan rasa kasih, cinta dan sayangnya kepada Emma Maembong menerusi akaun Instagramnya. Tulis Zizan:-

Happy birthday to u sayang..hope happy ngn kejutan tadi hehe..sory wat awak ngis..n thanks all of u guys #beby #ee #nana #baba #riz dan mereka yang terlibat credit tuk #flavours terbaik makanan tadi dan sayang semoga panjang umur murah rezki dan sy sayang awk sangat..love u love u n love u…


Nampaknya Zizan dan Emma tidak lagi bersembunyi daripada para peminat mengenai perasaan cinta mereka. Mereka berdua memang sesuai, serasi dan sweet sangat bersama-sama. Diharap percintaan mereka akan berakhir di jinjang pelamin suatu hari. Sama-samalah kita nantikan. Apa-apa pun, selamat hari jadi Emma Maembong.



16.18 0

Punca Sebenar Kematian Ali Mamak

Punca Sebenar Kematian Ali Mamak


Pelawak dan penyanyi veteran Datuk Ali Mamak yang terkenal menerusi sitkom 'Santan Berlada' pada era 80′an meninggal dunia pada pukul 4.20 pagi Khamis di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Kuala Lumpur akibat penyakit lukemia.

Rakan baik Allahyarham iaitu pelakon dan pelawak Abon ketika dihubungi mStar Online berkata, Ali atau nama sebenarnya Jantan Osman, 63, mengalami pelbagai komplikasi dua hari sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya.

"Pada asalnya arwah dimasukkan ke hospital akibat penyakit gout yang dihidapinya tetapi kesihatannya tiba-tiba merosot sehinggalah doktor mengesahkan beliau menghidap lukemia.

"Malah beliau sempat menjalani rawatan kimoterapi sebelum mengalami pelbagai komplikasi lain akibat penyakit itu," katanya.

Sementara itu, Abon berkata, Allahyarham masih berada dalam keadaan baik pada Rabu (semalam) selain mampu bercakap dan memberikan isyarat tangan apabila ada tetamu yang datang menziarahinya.

Sebagai sahabat dia tidak menyangka Ali berada dalam keadaan kritikal kerana sebelum dimasukkan ke hospital keadaan beliau sihat selain sempat mengadakan persembahan di Melaka.

"Keadaan arwah semalam (Rabu) masih baik dan mampu memberi respon sekiranya ada tetamu datang menziarah selain masih boleh bercakap seperti biasa walaupun keadaannya lemah.

"Saya balik sebentar untuk solat Maghrib di rumah dan apabila saya kembali ke hospital keluarganya memberitahu dia sudah tidak sedarkan diri dan dipindahkan ke wad CCU (Unit Rawatan Kritikal)," katanya.

Allahyarham yang juga anak kelahiran Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka sudah berkecimpung dalam bidang seni selama kira-kira 25 tahun dan telah dianugerahkan Darjah Seri Melaka (DSM) oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2008 yang membawa gelaran Datuk.

Selain melawak, Ali juga merupakan seorang penyanyi lagu-lagu komedi yang tidak asing lagi dengan pelbagai rentak dan lagunya pula sarat dengan mesej berunsur kritikan sosial atas isu-isu semasa.

Jenazah dibawa pulang ke rumah keluarganya di Dusun Tua, Batu 16, Hulu Langat dekat sini dan akan dikebumikan sebelun solat Zohor pada Khamis.- mStar Online
Rabu, 26 Maret 2014
14.27 0

Diana Danielle Dedah Pengalaman Cemas Ketika Enjin Pesawat Berhenti Di Udara

Diana Danielle Dedah Pengalaman Cemas Ketika Enjin Pesawat Berhenti Di Udara


Pelakon Diana Danielle sangat terkesan dengan insiden kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 kerana dia turut mengalami saat-saat mencemaskan ketika dalam penerbangan ke Amerika Syarikat tiga tahun lalu.

Diana atau nama sebenar Diana Danielle Danny Beeson, 23, berkata, dalam kejadian itu, pesawat yang dinaikinya mengalami masalah pada bahagian enjin sehingga ia terpaksa mendarat di lapangan terbang terdekat bagi membolehkan penumpang berpindah ke pesawat lain.

"Ia sukar untuk digambarkan keadaan itu kerana saya rasakan seperti pesawat itu menjunam selama enam saat dengan enjinnya berhenti.

"Ketika itu saya dapat rasakan semua penumpang berada dalam keadaan cemas dan saling berpandangan antara satu sama lain," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Dunia Sinema HyppTV, di Menara TM, di sini, Rabu.

Tambahnya, masalah kerosakan enjin itu diberitahu selepas kapal terbang tersebut selamat mendarat bagi memindahkan penumpang ke pesawat lain untuk meneruskan perjalanan ke Amerika Syarikat.

Kata Diana, kejadian itu juga membuatkan dia fobia setiap kali terpaksa menggunakan perkhidmatan pengangkutan udara untuk ke sesuatu destinasi.

"Kalau boleh saya tidak mahu menaiki kapal terbang terutama jika pergi ke tempat-tempat yang dekat dan ia boleh naiki kereta sahaja."Setiap kali ketika kapal terbang ingin berlepas atau mendarat saya akan rasa terlalu takut sehingga kadang-kala terpaksa memeluk penumpang di sebelah," katanya.

Dalam pada itu, Diana berkata, insiden MH370 sangat menyentuh perasaan, namun jauh di sudut hatinya masih berharap penumpang dan anak kapal itu selamat selagi belum ada bukti kukuh yang mengesahkan ia terhempas di Lautan Hindi seperti dilaporkan.

Tambahnya, sejak insiden yang bermula pada 8 Mac lalu itu, dia antara individu yang tidak terkecuali mahu mendapatkan maklumat terkini tentang pesawat berkenaan.

"Sejak kejadian ini semua orang jadi pakar penerbangan termasuklah saya. Sedikit sebanyak saya belajar tentang penerbangan.

"Namun begitu, jika ingin berkongsi tentang sesuatu maklumat, kita perlu pastikan ia sahih dan tidak menimbulkan provokasi mana-mana pihak," katanya sambil mengecam tindakan media barat yang sering melaporkan berita negatif tentang Malaysia.- mStar Online
Minggu, 06 Oktober 2013
16.34 0

Madonna Sedang Pelajari Al-Quran?


Madonna Sedang Pelajari Al-Quran?AGAK menarik cerita ikon pop Amerika, Madonna yang kini dikhabarkan sedang mempelajari kitab suci Al-Quran.

Beliau berkata demikian dalam satu temubual bersama majalah Harper’s Bazaar baru-baru ini.

“Saya sedang membina sekolah untuk gadis-gadis di negara Islam dan mempelajari Al-Quran. Adalah penting untuk mendalami semua kitab suci.

“Sahabat saya, Yaman selalu memberitahu saya, seorang Muslim yang baik ialah penganut Yahudi yang baik, dan seorang Yahudi yang baik ialah penganut Kristian yang baik, dan seterusnya. Saya mempersetujuinya,” ujar Madonna.

Bagi penulis, tidak ada salahnya untuk beliau mempelajari kitab suci Al-Quran ini.

Mana tahu ia dapat membuatkan Madonna memahami keindahan sebenar ajaran Islam yang selalu dilabelkan sebagai ‘ganas’ di mata Barat?


Minggu, 07 April 2013
20.10 0

Tahniah : Shaheizy Sam Bintang Paling Popular ABPBH 2012

Pelakon Shaheizy Sam mengungguli Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012). Dia turut menerima trofi Pelakon Lelaki Filem Popular pada acara yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada malam Ahad.

Tahniah : Shaheizy Sam Bintang Paling Popular ABPBH 2012 | KUALA LUMPUR: Pelakon Shaheizy Sam dipilih sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) apabila mengungguli hadiah tertinggi pada majlis tersebut dengan undian sebanyak 79,656 undi.

Shaheizy turut menerima trofi Pelakon Lelaki Filem Popular pada acara yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada malam Ahad.

Ia adalah kemenangan kedua buat pelakon itu selepas memenangi anugerah sama pada 2010.

Kemenangan itu membolehkan Shahiezy membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta sumbangan Tan Chong Motor Sdn Bhd dan barangan kemas sumbangan Habib Jewels bernilai RM150,000.

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada kumpulan Search sebagai mengiktiraf sumbangan dan jasa mereka dalam bidang muzik selama 32 tahun.

Majlis gilang-gemilang lebih dua jam setengah itu disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan stesen radio Hot FM.

Dalam pada itu, Yana Samsudin mencipta kemenangan dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular, sementara Hafiz menepati ramalan apabila menggondol gelaran Penyanyi Lelaki Popular.

Kategori Artis Berkumpulan/Duo Popular dimenangi oleh Black dan Malique yang manakala Penyanyi Wanita Popular dirangkul oleh Shila Amzah.

Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular, masing-masing dimenangi Aaron Aziz dan Nabila Huda.

Hero drama bersiri Vanilla Coklat, Aiman Hakim Ridza memenangi Artis Baru Lelaki Popular, manakala Wawa Zainal meraih gelaran Artis Baru Wanita Popular.

Pelakon dan pengacara, Didie Alias pula merangkul Artis Komedi Wanita Popular, manakala Zizan Razak memenangi Artis Komedi Lelaki Popular.

Kategori Penyampai Radio Lelaki Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular, masing-masing dimenangi Faizal Ismail dan Fara Fauzana dari stesen Hot FM.

Fara juga berjaya mengekalkan kemenangannya sebagai Pengacara TV Wanita Popular pada tahun ini.

Manakala Datuk Aznil Nawawi kembali merampas gelaran Pengacara TV Lelaki Popular yang disandang oleh Zizan Razak tahun lalu.

Bagaimanapun pengacara terkenal menerusi program Macam-Macam Aznil itu tidak hadir untuk menerima trofi kemenangannya.

Acara gilang gemilang itu diacarakan oleh Johan, Fara Fauzana dan Zizan Razak selain beberapa pengacara jemputan seperti Awi Rafael, Hanes Suraya, kumpulan Forteen, Emma Maembong dan Iqram Dinzly.

Majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan daripada artis seperti Adira, Asmidar, Datuk AC Mizal, Projek Pistol, Ziana Zain, Ella, Datuk M.Nasir dan sebagainya.

ABPBH 2012 edisi ke-26 anjuran Berita Harian adalah acara pengiktirafan berdasarkan undian peminat menerusi borang disiarkan akhbar dan Khidmat Pesaan Ringkas (SMS) untuk artis dan selebriti tanah air dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran.-mstar online