Searching...
Tampilkan postingan dengan label gosip. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label gosip. Tampilkan semua postingan
Senin, 31 Maret 2014
22.36 0

Shila Amzah Tampil Imej Berani Ketika Bertanding Di China

Shila Amzah Tampil Imej Berani Ketika Bertanding Di China


Shila Amzah merupakan antara selebriti Malaysia yang patut dipuji kerana usahanya memartabatkan negara di mata dunia. Lebih-lebih lagi imejnya yang bertudung dikatakan semakin menjadi ikutan masyarakat China selepas Shila dinobatkan sebagai pemenang dalam sebuah pertandingan nyanyian kat China.


Dan disebabkan itu, penampilan Shila sewaktu dalam program terbaru I Am A Singer di China nampak kritikal bila Shila menggayakan pakaian yang tak berapa sesuai.

Dengan memakai pakaian seperti skirt pendek dan legging berwarna coklat, penampilan Shila nampak macam tak pakai seluar sambil bertudung. Ikut apa yang MiG Online faham, legging dah pasti haram dipakai kaum wanita dekat public, makanya tepuk dada tanya selera.

Apapun kita tunggu penjelasan dari Shila Amzah, namun yang pasti harap perkara nie tak berulang lagi, kita kena jaga imej Islam & Malaysia di mata dunia. :) . -migonline
18.13 0

Suami Jue Aziz,Bayu Daniels Akhirnya Didedahkan (8 Gambar)

Suami Jue Aziz,Bayu Daniels Akhirnya Didedahkan (8 Gambar)


Dengar khabarnya, pelakon se k si Jue Aziz sudah berkahwin dengan seorang jejaka bergelar pemuzik bernama Bayu Daniels yang berasal dari Indonesia sekitar awal Mac lalu.

Mengikut portal rotikaya, terdapat dua sumber boleh dipercayai yang memberikan tarikh sama pernikahan mereka berlangsung namun tidak pula dapat dipastikan samada majlis tersebut diadakan di Indonesia atau Pulau Pinang.

Apapun, kalau khabar angin yang disebarkan ini benar, penulis ucapkan tahniah kepada Jue Aziz. Mungkin beliau lebih selesa merahsiakan kisah peribadi dari pengetahuan umum.










Minggu, 30 Maret 2014
18.41 0

Punca Sebenar Kilafairy Ganti Hanez Suraya Dalam Projek Kahwin

Punca Sebenar Kilafairy Ganti Hanez Suraya Dalam Projek Kahwin


Pelakon Kilafairy ditawarkan menggantikan tempat Hanez Suraya dalam pementasan teater Projek Kahwin yang akan dipentaskan  di Panggung Sari, Istana Budaya pada Jun ini.

Ia berikutan selepas Hanez membuat keputusan menarik diri daripada pementasan teater tersebut gara-gara kontroversi percintaannya dengan ahli perniagaan, Romie Razin Adilha yang masih bergelar suami.

Penerbit teater tersebut, Mohd Amer Shafiq Khalip atau lebih dikenali sebagai Shawn Amer berkata, bagaimanapun pihaknya di bawah syarikat Mask Team itu belum 'mengikat' aktres itu menerusi sebarang perjanjian kontrak lagi.

"Tidak dinafikan, Kilafairy antara pelakon yang dimuktamadkan untuk menggalas watak Hanez sebagai Nisa. Tetapi kami belum membuat sebarang ikatan kontrak lagi.

"Dalam pada itu, pihak kami turut membuat senarai pendek beberapa pelakon lain yang sesuai untuk menggalas watak tersebut.

"Pihak kami akan membuat pengumuman rasmi di Istana Budaya pada Selasa ini," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Ahad.


Sementara itu, Shawn berkata, walaupun Hanez menarik diri, namun pihaknya masih belum memberi maklum balas secara hitam putih kepada pelakon itu lagi.

Malah pemilihan pelakon lain yang dilakukan oleh pihak produksi itu sekadar perancangan 'plan B' sekiranya Hanez benar-benar tidak terlibat dengan teater tersebut.

"Setakat ini, Hanez tidak pernah memberi masalah kepada pihak produksi, tetapi kami hormat dengan apa saja keputusannya," ujarnya.

Projek Kahwin yang akan dipentaskan bermula 6 hingga 14 Jun depan turut menampilkan barisan pelakon seperti Izzue Islam, Shah Iskandar, Imam Muda Asyraf, Sherry Alhadad dan Zulin Aziz.

Tiket untuk menyaksikan pementasan teater itu dijual pada harga RM35, RM55, RM85, RM185 dan RM225 dan tempahan tiket boleh dibuat menerusi AirAsiaRedTix.com atau di kaunter Box Office Istana Budaya.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh menghubungi Amirul di talian 013-3962612.
Sabtu, 29 Maret 2014
22.07 0

Foto Topless Adi Putra Di Instagram Didedahkan Haji Amiruddin

Foto Topless Adi Putra Di Instagram Didedahkan Haji Amiruddin


Haji Amiruddin Osman yang merupakan bekas suami kepada Nooraida Abdul Talib, juga bekas skandal Adi Putra telah mendedahkan sekeping foto topless aktor itu di laman Instagram miliknya.

Foto tersebut mendapat pelbagai respon dari pengikutnya sehingga mula tersebar awal pagi tadi. Motif Haji Amiruddin membuat pendedahan itu tidak pula diketahui namun beliau mungkin mahu membuktikan bahawa Adi Putra memang pernah menghantar gambar separuh lucah kepada bekas isterinya.



Jumat, 28 Maret 2014
05.57 0

Ummi Nazeera Dakwa Ibunya Dianiaya Kes Palsukan Sijil Nikah

Ummi Nazeera Dakwa Ibunya Dianiaya Kes Palsukan Sijil Nikah


Heroin filem 'Hikayat Merong Mahawangsa', Ummi Nazeera mendakwa ibunya usahawati Dato Maziah Musa dianiaya oleh bapanya iaitu usahawan Dato' Zainul Abadin yang mendakwa bekas isterinya itu memalsukan sijil nikah mereka.

Ummi hadir menemani ibunya pada sebutan kes tersebut yang berlangsung di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada pagi Jumaat (hari ini).

Malah aktres berkulit hitam manis ini dengan yakin berkata ibunya tidak bersalah dan mempunyai bukti-bukti yang kukuh.

"Saya yakin ibu saya berada di pihak yang benar. Beliau ada bukti-bukti yang kukuh. Malah ibu saya telah merujuk surat nikah beliau itu kepada Majlis Narathiwat dan sijil itu diperakui oleh pihak disana.

"Selain tu saksi yang tampil hari ini tidak relevan. Sebab itu peguam bela kami tidak bertanyakan apa-apa soalan kepada saksi itu tadi", katanya dengan nada tegas.

Laporan sebelum ini menyebut, Dato Maziah telah dituduh pada 20.05.2013 di Mahkamah Majistret Jalan Duta Kuala Lumpur dengan sengaja memberikan keterangan palsu pada perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 16.10.2009.

Berdasarkan kepada pertuduhan, beliau dituduh melakukan kesalahan tersebut semasa perbicaraan di Mahkamah Syariah tersebut dengan menggunakan sijil nikah palsu bertarikh 25.12.1997 yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Narathiwat Thailand sebagai benar.

Pertuduhan dibuat di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen 193 Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih tiga tahun dan denda jika didapati bersalah.

Dato Marziah diwakili peguam bela, Datuk Zainul Rijal Zainal Abidin.

Dalam pada itu, Ummi mengakui terkejut mengenai tuduhan terhadap ibunya itu. Bahkan kes yang berlanjutan itu sikit sebanyak mengganggu pelajaran sewaktu dia melanjutkan pengajian dalam jurusan perniagaan di University of Melbourne, Australia.

"Saya terkejut bila berlaku tuduhan terhadap ibu saya. Sebenarnya perkara ni dari tahun lepas lagi tapi dipanjang-panjangkan dan masih tidak selesai lagi. Bapa saya sengaja mahu panjang-panjangkan kes ni sebab mahu menyusahkan ibu saya. Saya akui kes ibu saya ni sikit sebanyak menganggu pembelajaran saya sewaktu di Melbourne.

"Jadi hari ini saya tampil untuk menjelas memperbetulkan beberapa laporan media sebelum ini yang kurang tepat mengenai ibu saya",katanya yang turut mengesahkan yang kini sudah tamat pengajian di sana sejak Disember tahun lalu.

Sementara itu abang Ummi, Nazreem Musa yang juga ditemui diluar mahkamah berkata mereka adik-beradik akan tetap menyokong ibu mereka.

"Sebagai anak-anak kami percaya ibu kami dan sentiasa berada dibelakang ibu kami menyokong beliau", kata Nazreem.

Mahkamah memutuskan perbicaraan kes ini akan bersambung di pada 14 dan 5 Mei depan.


Kamis, 27 Maret 2014
16.49 0

Nur Fazura Ghairah Bercumbu Di KLIA?

Nur Fazura Ghairah Bercumbu Di KLIA?


Ini khabar yang datangnya dari wartawan yang sedang membuat liputan tragedi kehilangan pesawar MH370 yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru baru dan menyaksikan satu adegan drama seorang selebriti tempatan.

Bukan drama apa, menurut wartawan Malaysia Gazette ini beliau dan ramai petugas media lain ternampak seorang selebriti yang sakan melakukan adegan mesra bersama seorang lelaki persis sepasang kekasih yang sedang dilamun cinta.

“Sekali pandang persis aktres popular Nur Fazura bersama dengan seorang lelaki berkepala botak yang juga deejay popular dari Amerika Syarikat yang sebelum ini mereka mengakui sedang berkawan rapat,” tulis wartawan itu.

Wartawna itu turut menulis mengatakan yang pihak media tidak kisah jika sekadar melihat aksi orang bercinta namun apa yang dipaparkan mereka sedikit keterlaluan dan seakan tidak sensitif dengan orang sekeliling.

“Yang tidak faham kenapa mereka hingga suka sangat buat aksi over di khalayak ramai. Orang lain bercinta juga. Kalau setakat suap-suap makan, tak hairan pun”

“Tapi bila dah mesra lain macam sampai bercium, tangan masuk dalam baju, urut-urut belakang, lentuk kepala di bahu hingga malu pula nak tengok,” dedah wartawan itu lagi hari ini.

Menariknya, wartawan ini mendakwa para jurugambar sempat merakamkan aksi pasangan ini bermesra dan ianya menjadi rebutan untuk dilihat — bukan untuk disebarkan, tetapi untuk menghilangkan bosan buat sementara waktu.

Wait, challenge accepted!


15.01 0

Kenapa Saya Perlu Menangis? - Rita Rudaini

Kenapa Saya Perlu Menangis? - Rita Rudaini


Sudah tentu ramai yang ingin tahu apa perasaan Rita Rudaini apabila bekas suaminya Aidil Zafuan bernikah dengan Zarema Zainal. Biasalah, sengketa antara mereka berlarutan begitu lama sebelum sah bercerai. Menerusi laporan Utusan, Rita akhirnya akur untuk ditemubual oleh wartawan berkenaan.

Awalnya, Rita yang menghabiskan tempoh edahnya pada November 2013, menolak untuk dipotretkan dengan anak-anak. Menurut Rita, dia tidak mahu dikatakan mengambil kesempatan atas kebahagiaan orang lain ketika ini. Pun, beberapa kali dipujuk, dia akhirnya akur.

Mungkin ramai yang akan terharu membaca penjelasan Rita Rudaini. Bagi admin, wanita ini begitu cekal. Rita mungkin boleh dijadikan pembakar semangat kepada wanita diluar sana yang merasakan diri mereka mengalami masalah sama dengan aktres itu.

Antara soalan yang ditanya wartawan adalah:

Bagaimana sebenarnya perasaan Rita pada hari bekas suami akhiri zaman duda minggu lepas?

Perasaan saya dah tak penting sebenarnya. Saya pernah lalui peristiwa yang lebih ‘dahsyat’ daripada itu. Ditinggalkan pada ketika Rayyan masih kecil, dalam keadaan mengandungkan Arjuna lagi. Apakah ada lagi kesedihan yang lebih teruk daripada itu? Hanya wanita yang pernah mengalaminya sahaja akan tahu bagaimana ‘kesakitan’ saya pada waktu itu. Perkahwinan dia, soal yang sudah agak ‘kecil’ bagi saya. Lagipun, ia sudah dijangka, tidak terkejut pun. Insya Allah, ia tidak akan menjejaskan apa-apa bagi saya. Seronok tengok dia (Aidil) sudah bahagia sekarang ini.

Hari Aidil bernikah, hanya berteman anak-anak?

Ya. Saya kebetulan cuti, tak buat apa-apa pun. Layan anak-anak macam biasa. Saya tak fikir sangat pun dia hendak kahwin ke apa. Kisah dia sudah berakhir, yang ada hanya kisah dia dengan anak-anak sahaja. Perasaan anak-anak lebih penting buat saya ketika ini.

Sedikitpun Rita tidak menangis?

Kenapa saya perlu menangis? Saya sudah puas menangis sebelum ini. Airmata saya pun sudah tidak ada lagi. (Ketawa).

Sebelum berkahwin, Aidil ada berjumpa dengan anak-anak?

Ada, dia datang, jumpa anak-anak. Dia mesej saya mahu datang. Mulanya memang saya terkejut sebab setelah sekian lama, akhirnya dia datang juga untuk jumpa anak-anak. Saya pun tak ada masalah sebab dia sudah lebih sembilan bulan tak jumpa anak. Saya faham perasaan dia sebab dulu dia dan Rayyan memang terlalu rapat. Hati saya pun jadi semakin terbuka. Sebab itu saya menerima kehadiran dia kerana anak-anak sudah lama tidak melihat bapa sendiri.

Bila tu?

Sekitar dua minggu sebelum dia berkahwin. Hampir setiap hari dia habiskan masa dengan anak-anak. Mereka tidur bersama, makan bersama, buat macam-macam aktiviti bersama-sama. Punyalah anak-anak seronok. Melihat keakraban mereka semula, saya sebagai ibu merasa sangat gembira. Saya merasa sebak sangat sebab sebelum ini anak kami, terutamanya Arjuna tak pernah tahu apa itu makna Daddy. Baru sekarang Arjuna tahu yang Daddy tu ayah dan dia ada ayah.

Anak-anak masih kenal Aidil?

Hmmm, masa mula-mula mereka bertemu, Rayyan boleh tanya “Siapa ni Mommy?” Kasihan juga pada Aidil, saya nampak dia sedih. Tetapi dia pun faham sebab sudah lebih sembilan bulan dia tidak berjumpa dengan anak-anak, budak-budak cepat lupa. Dik Mok (Arjuna) pula, langsung tak kenal dia, tidak mahu dekat dengan Aidil dan awalnya buat tak peduli sahaja. Tetapi setelah beberapa jam, akhirnya dia okey dan boleh bermain bersama-sama. Sekarang Dik Mok pun sudah pandai panggil Daddy. Cuma sekarang ni saya susah pula nak menjawab bila anak anak tanya: “Kenapa daddy sudah lama tak datang? Kenapa Daddy tinggalkan Dik Mok semula?”

Apa Rita jawab?

Apa lagi? Saya beritahu, daddy sibuk di padang bola! (Ketawa).

Kononnya Rita menghalang anak-anak daripada bertemu Aidil sebelum ini? Kenapa?

Tidaklah! Itu hanya fitnah. Selama ini saya tidak pernah menghalang Aidil untuk bertemu anak-anak.Sebagai ibu, saya selalu fikir, biarlah anak-anak mendapat kasih sayang daripada seorang bapa sepenuhnya, saya cuba dekatkan mereka. Saya fikir, walaupun ibu bapa telah bercerai, anak-anak ada hak untuk mendapat sepenuh kasih sayang kami berdua. Cuma perkara begini kena buat bersama-sama, kalau saya seorang saja usaha tidak akan menjadi. Mungkin kerana keadaan, ada halangan lain, dia tidak dapat datang jumpa anak-anak sebelum ini.

Apa yang Rita harapkan daripada ‘penyatuan’ semula anak-anak dan bapa ini?

Saya harap, dia akan terus bersama-sama membantu saya demi kebahagiaan anak-anak. Itu juga yang dia janji sebelum dia berkahwin. Dia kata mahu memberikan semula kasih-sayang yang sempurna kepada anak-anak yang selama ini diabaikan. Saya harap dia tunaikan kerana anak-anak sudah faham dan tahu yang mereka juga ada Daddy. Jika kita sudah lama hidup, anak-anak pula baharu hendak kenal dunia. Jadi, dahulukan anak-anak dalam apa juga perkara. Jangan pinggirkan anak-anak lagi, walau apa sekalipun berlaku.

Aidil sudah berkahwin semula, Rita bila lagi? Selagi Rita belum ada pengganti, orang akan bertanya, sampai bila mahu sendiri?

Hmmm… sampai berapa lama boleh hidup sendiri, saya pun tak tahu. Jujur saya katakan, ketika ini tiada hati untuk menjalin hubungan dengan sesiapa pun. Langsung tak ada rasa untuk kembali bercinta. Mungkin sibuk dengan anak-anak, aktiviti harian saya penuh. Walaupun dunia saya hanya di rumah dan di lokasi, ia memang memenatkan. Jadi, saya mahu enjoy menikmati tanggungjawab membesarkan anak-anak ini dengan sebaik-baiknya, tanpa gangguan pihak lain. Solo pun boleh bahagia juga, kan?

Tidak risau orang akan cakap, seolah-olah Rita tidak boleh lupakan dia?

Tak boleh lupakan dia? (Beberapa saat terdiam, mengambil nafas panjang). Beginilah, kisah kami sudah lama berlalu. Kalau orang kata saya tak mahu kahwin lagi sebab tidak boleh lupakan Aidil, itu salah sama sekali. Salah! Untuk menjalin hubungan baharu, kena ada rasa suka, ada keinginan untuk bercinta lagi. Tetapi buat masa sekarang, hati saya masih kosong, tanpa rasa. Kalau kahwin lagi pun, saya selalu fikir, ada ke lelaki yang boleh sayangkan anak aku? Atau dia hanya suka aku? Saya takkan cari ‘lelaki’ lain hanya kerana tanggapan orang yang sebegitu.

Kasih sayang boleh dipupuk, kenapa mahu lari daripada cinta baharu?

Saya fikir anak orang tetap anak orang, berbeza dengan anak sendiri. Ada ke orang hendak sayangkan anak kita, sama macam kasih sayang ibu bapanya sendiri? Saya pasrah dan reda kalau saya akan jadi ibu tunggal sampai ke usia tua. Bukan cakap takbur, tetapi jujur saya katakan ruang sunyi sedikit pun tak ada dalam diri saya ketika ini. Sebab itu saya tak pernah fikir soal lelaki. Kalau hendak kata perempuan tak boleh hidup tanpa suami tu, tak semestinya. Sekarang pun anak-anak sudah semakin membesar, kesusahan sudah hampir berlalu. Masalah pun sudah tak banyak. Jadi, saya tak perlu risau kalau hidup sendirian.

Jangan bohong, tidakkah ada waktu ‘lemah’ seorang Rita Rudaini?

Ada, memang ada. Waktu paling lemah bila malam menjelang, anak-anak sudah tidur, suasana sunyi sepi. Waktu itu saya selalu akan menangis. Saya jadi tak kuat apabila tengok anak tidur, saya sendiri. Rasa bersalah kepada anak-anak datang tiba-tiba. Selalu terfikir, kenapa orang buat kami sampai jadi macam ni? Pernah juga terfikir, kenapa dulu kami tak boleh korbankan perasaan sendiri, tolak ego, berkorban perasaan untuk anak-anak sendiri? Kenapa juga orang di sekeliling hidup kami lebih pentingkan untuk menjaga perasaan mereka sendiri daripada pentingkan kehidupan kami anak-beranak? Sekarang adalah masa untuk kami tebus dosa pada anak-anak.Kesilapan saya, saya akui, kesilapan orang lain saya tak nak ambil tahu lagi.

Apa rancangan untuk anak-anak selepas ini?

Banyak yang saya rancang untuk anak-anak. Memandangkan mereka hanya ada saya sebagai ibu dan bapa seharian, saya fikir perlu kurangkan aktiviti seni. Mereka tidak mempunyai pengasuh atau penghibur hati yang lain.Jadi, dunia saya sepenuhnya untuk mereka. Sekarang saya pun sudah ada perniagaan sendiri, lebih mudah untuk uruskan soal hidup termasuk soal kewangan dan waktu kerja. Saya juga lebih banyak menyimpan untuk anak-anak berbanding diri sendiri, itu pun tujuan saya berniaga. Saya selalu katakan kepada diri sendiri, seorang lelaki pergi, diberikan-Nya kepada saya dua lagi lelaki. Lelaki-lelaki kecil ini adalah dunia yang membuatkan saya mampu terus hidup.

Itulah antara petikan temubual Rita Rudaini dan wartawan Utusan berkenaan. Penjelasan yang cukup padat dan hebat bagi seorang wanita yang pernah dilanda pergolakan rumah tangga yang cukup hebat. Tidak lupa juga pujian untuk Aidil. Sudah tentu beliau tidak akan melupakan anak-anaknya.

Semoga Aidil berbahagia dengan Zarema. Semoga suatu hari nanti juga, hadir seorang lelaki yang baik dalam kehidupan Rita Rudaini…Amin!


Rabu, 26 Maret 2014
14.10 0

Anzalna Dan Izzue Islam Berselisih Faham Dan Bergaduh?

Anzalna Dan Izzue Islam Berselisih Faham Dan Bergaduh?


Baru-baru ini arena hiburan kecoh apabila tersebarnya khabar angin bahawa pelakon Anzalna Nasir dan Izzue Islam berselisih faham. Apabila ditanya pihak media, Anzalna tidak menafikannya. Jelasnyq, memang wujud masalah di antaranya dengan Izzue sepanjang mereka terlibat dalam penggambaran drama bersiri Aku Isterinya.

Anzalna, 26, bagaimanapun berkata, dia enggan memanjangkan isu berkenaan kerana menyifatkan kontroversi itu sebagai remeh dan bersifat kebudak-budakkan.

“Apa yang diperkatakan atau dilaporkan sebelum ini benar tetapi ingin saya tegaskan ia bukan berpunca daripada saya. Saya juga pelik dengan apa yang berlaku kerana tidak pernah menggangu sesiapa atau mahu menimbulkan kemarahan pihak dan hanya menjalankan tugas sebagai pelakon,” katanya.

Anzalna ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri berkenaan di Sri Pentas. Pelakon itu mengulas laporan kononnya kedua-dua pelakon itu dilaporkan bermasam muka gara-gara Izzue dikatakan kurang selesa dengan Anzalna yang dikatakan berlebih-lebihan dalam menghayati watak dalam drama tersebut sehingga menyebabkan isterinya cemburu.

Selain Anzalna dan Izzue, Aku Isterinya turut dijayakan oleh Syazwan Zulkifly, Shakilla Khoriri, Marissa Yasmin dan Syatila Melvin. Ia bakal bersiaran menerusi slot Akasia di TV3 bermula 31 Mac ini pada setiap hari Isnin hingga Khamis, 7 malam. Izzue bagaimanapun tidak hadir pada majlis pelancaran tersebut.

Dalam pada itu, Anzalna menjelaskan dia tidak berhasrat untuk bersemuka dengan Izzue atau isteri pelakon itu ekoran perselisihan faham tersebut. Ini kerana katanya, dia tidak mempunyai sebab untuk berbuat demikian tambahan pula insiden itu bukan ditimbulkan olehnya.

“Tiada sebab untuk saya berbuat demikian dan melayan perkara yang kebudak-budakkan tambahan pula ia isu kecil dan telah pun selesai,” jelasnya.

Sementara itu, Anzalna berkata, walaupun tohmahan yang dilemparkan cukup berat untuk dipikul namun dia sentiasa bersikap positif dalam menangani isu tersebut. Kata Anzalna, dia juga enggan melibatkan pihak lain dalam masalah tersebut terutama kekasihnya namun bersyukur lelaki berkenaan adalah penyokong setianya.

“Biarlah apa pun orang hendak kata kerana saya lebih mengetahui apa yang sebenarnya berlaku dan kejadian sebegini tidak melemahkan semangat saya,” katanya.- mStar Online
06.23 0

Kisah Sebenar Suhada AF10 Ditangkap Curi Basikal Akhirnya Terbongkar

Kisah Sebenar Suhada AF10 Ditangkap Curi Basikal Akhirnya Terbongkar


Pada 12 Februari lalu, bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-10, Suhada atau nama sebenarnya Abdul Suhadah Unding, 22, bersama tiga lagi rakannya ditahan oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah kerana didakwa mencuri sebuah basikal.

Kejadian itu berlaku sekitar pukul 2.30 petang. Menceritakan detik-detik memalukan tersebut, Suhada yang juga adik kepada KJ Mentor 6 menafikan dia terbabit dalam kegiatan jenayah itu, sekaligus mahu membersihkan tohmahan yang dilemparkan kepadanya.

“"Ketika itu, saya turut membawa seorang lagi rakan lain. Bermaksud, kami semua berempat. Apabila tiba di kedai basikal yang dituju, tiba-tiba kami dikepung oleh polis dan terus menahan kami atas tuduhan menjual basikal yang dilaporkan telah dicuri.

“Saya benar-benar terkejut kerana tidak tahu-menahu bahawa basikal yang berharga ribuan ringgit itu sebenarnya adalah basikal curi. Niat saya hanya mahu membantu dua rakan tersebut atas dasar persahabatan yang telah lama terjalin sejak kecil lagi. Apatah lagi, antara kami hanya saya seorang sahaja yang memiliki kereta.

“Tidak sangka pula insiden ini akan berlaku dan sejujurnya, ketika ditahan polis, ramai yang memerhati dan ia amat memalukan."

Rentetan tangkapan itu, Suhada bersama tiga rakannya dibawa ke balai polis berhampiran dan segala keterangan telah diambil. Menurutnya, pihak polis berpuas hati dengan penjelasan Suhada serta seorang lagi rakannya, lalu membebaskan mereka berdua.

Tambah Suhada, ketika itu, dua lagi rakannya masih ditahan untuk siasatan lanjut, tetapi kini mereka telah dibebaskan setelah perbincangan dilakukan dengan pemilik basikal berkenaan yang baik hati menggugurkan dakwaan.

“"Alhamdulillah, kes ini telah selesai sepenuhnya. Jika tidak, saya amat simpati dengan nasib dua rakan yang telah lama saya kenal. Saya tidak tahu punca mereka boleh melakukan kegiatan itu.

“Selepas ini, saya akan lebih berhati-hati memandangkan kontrak bersama Astro masih lagi berjalan. Saya juga mahu menjaga maruah keluarga serta perjalanan karier seni saya."



06.20 0

PANAS!!! Isteri Izzue Islam Hasut Peminat Agar Tidak Undi Kumpulan Forteen Dalam ABPBH 2013?

PANAS!!! Isteri Izzue Islam Hasut Peminat Agar Tidak Undi Kumpulan Forteen Dalam ABPBH 2013? (3 GAMBAR)


Nampaknya, kontroversi yang melanda Izzue Islam dan isterinya, Awin Nurin bukan semakin reda malah bertambah-tambah sejak dua minggu kebelakangan ini.

Jika semalam, Anzalna Nasir mendakwa tidak begitu selesa berlakon dengan Izzue kerana sering diperhatikan isterinya di lokasi penggambaran, kini timbul pula dakwaan yang mengatakan Awin Nurin cuba menghasut peminat agar tidak mengundi kumpulan Forteen di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 (ABPBH 2013).

Benarkah dakwaan terbaru ini? Atau mungkinkah Awin kini mempunyai musuh dalam selimut yang sengaja melemparkan tuduhan tersebut dengan niat untuk menjatuhkan nama Izzue di industri hiburan tanah air?



Sukar untuk meneka kebenaran dakwaan peminat ini namun pada penulis, adalah lebih baik kalau kita dengar pula apa respon dan penjelasan dari Awin Nurin dan Izzue Islam. Tiada ribut, tiada angin, takkan pokok bergoyang pula?


01.53 0

Pelakon Ariana Rose Dituduh Jual Anak Melalui FB?

Pelakon Ariana Rose Dituduh Jual Anak Melalui FB?


Pelakon drama Sharisa Haris Chong meminta bekas pembantu jurusolek dan penjaga pakaian sebuah syarikat produksi yang telah menyalahgunakan gambar dan maklumat peribadinya melalui laman sosial Facebook palsu agar berhenti daripada menjalankan kegiatan bagi tujuan menipu pengikut laman sosial itu.

Sharisa, 25, berkata, kegiatan jual beli dalam talian yang dilakukan oleh wanita itu bukan sahaja membabitkan penjualan barangan tertentu malah dia turut menawarkan perkhidmatan menjual bayi.

"Pada mulanya saya anggap ia perkara biasa apabila ada individu membuat akaun palsu menggunakan gambar-gambar dan maklumat peribadi saya, namun saya terkejut apabila dia melakukan urusan jual beli yang salah di sisi undang-undang.

"Saya sedar perkara ini apabila ramai mangsa yang terpedaya menghubungi dan menghentam saya di laman sosial peribadi milik saya yang sebenar.

"Apabila saya siasat melalui nombor akaun bank yang diberikan kepada mangsa dan mendapati wanita tersebut merupakan seorang yang penah bekerja dengan saya dua tahun lalu," katanya pada sidang media bersama Persatuan Karyawan Malaysia, di Plaza Damansara, di sini, Selasa.

Tambah Sharisa, selepas mendapat tahu perkara tersebut, dia cuba menghubungi wanita berkenaan, namun gagal.

Lebih dahsyat lagi, wanita itu telah menyamar kononnya anak Sharisa Haris meninggal dunia untuk meraih simpati orang ramai dengan niat jahat.

"Dia ambil gambar saya bersama seorang anak saudara saya dan memberitahu bahawa kanak-kanak itu adalah anak saya dan baru sahaja meninggal dunia.

"Oleh itu dia minta sesiapa yang simpati agar memberi sumbangan atau sudi untuk mengambil anak-anak saya yang lain sebagai anak angkat dengan bayaran tertentu," katanya.

Dalam pada itu, Sharisa Haris juga telah membuat satu laporan  di Balai Polis Petaling pada 17 Mac lalu.

Sementara itu, pelakon yang membintangi drama Ariana Rose dan Teduhan Kasih ini juga mengakui, perkara tersebut turut menjejaskan reputasinya sebagai pelakon baharu.

"Di sebabkan perkara ini ramai yang memboikot dan tidak mahu menonton lakonan saya dalam drama Ariana Rose baru-baru ini.

"Ada juga yang marah dan maki saya di laman sosial dengan melemparkan kata-kata kesat," ujarnya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez berkata, pihaknya akan melaporkan perkara ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)  tindakan segera dapat diambil.  -mStar Online
Jumat, 21 Maret 2014
06.32 0

Tahniah ! Hanez Suraya Dan Romie Dijangka Berkahwin Ogos Ini

Tahniah ! Hanez Suraya Dan Romie Dijangka Berkahwin Ogos Ini


Walaupun teruk dikecam oleh segelintir peminat industri hiburan tempatan gara-gara didakwa menjadi penyebab keruntuhan rumah tangga kekasihnya, pelakon Hanez Suraya tetap tidak mengambil pusing kata-kata kurang enak yang dilemparkan kepadanya.

Kontroversi tersebut turut menyebabkan kontraknya sebagai duta produk kecantikan, Aura White telah ditarik balik, baru-baru ini.

Hanez malah menyifatkan dirinya langsung tidak tertekan dengan perkara tersebut malah sentiasa berfikiran positif.

“Saya macam biasa sahaja, untuk apa rasa tertekan sangat? Lagipun semua orang pastinya ada masalah, terpulang kepada kita bagaimana caranya untuk menyelesaikan kekusutan itu,” ujarnya.

Hanez, 30, turut mengakui kedua-dua ibu bapanya memberi sepenuh restu terhadap hubungannya dan teman lelaki, Romie Razin Adilha.

“Sejak daripada awal lagi mereka sudah pun tahu dan merestui hubungan saya bersama Romie. Memandangkan kami sudah dapat restu daripada keluarga, saya berani meneruskan hubungan ini. Apa sekalipun, bagi saya restu keluarga terlalu penting.

“Biarlah seribu orang mendesak saya putuskan hubungan dengan Romie tetapi selagi keluarga menyokong hubungan kami, saya tidak akan dengar pendapat orang lain. Bukan mereka di luar yang memberi saya makan dan berada di sisi tatkala saya susah,” ulasnya yang dipetik menerusi sebuah akhbar harian.

Dengar-dengarnya juga, Hanez dan Romie bakal melangsungkan pernikahan pada Ogos ini.

Betul ke?



Kamis, 20 Maret 2014
17.58 0

Luahan Hati Sharifah Sakinah Isu Tunjuk Perut Di Laman Sosial

Luahan Hati Sharifah Sakinah Isu Tunjuk Perut Di Laman Sosial


Pelakon Sharifah Sakinah menjelaskan tindakannya memuat naik gambar bahagian perutnya di laman Instagram bukan dilakukan secara sengaja untuk meraih publisiti.

Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 25, sebaliknya berkata, tujuannya itu adalah untuk menunjukkan perbezaan fizikalnya pada bahagian tersebut semenjak aktif melakukan senaman kecergasan sejak dua bulan lalu menerusi program Fitness Sharifah Sakinah.

"Sebelum mengadakan program kecergasan tersebut bentuk tubuh saya bukannya langsing seperti sekarang dan tujuan saya memuat naik gambar itu adalah semata-mata ingin menaikkan semangat para peserta lain yang turut mengikuti program tersebut.

"Tiada niat atau tujuan lain dan saya bukannya sengaja hendak tayang perut di laman sosial," katanya kepada mStar Online.

Sakinah ditemui pada majlis bacaan skrip filem Pekak di Sri Pentas di sini, Khamis.


Tambah Sakinah, dia tidak kisah dengan pandangan orang lain terhadapnya namun berharap pihak yang tidak berpuas hati dengannya berfikiran positif.

Dalam pada itu, Sakinah turut mengakui menggunakan popularitinya sebagai selebriti untuk menarik peminat dan orang ramai menyertai kelas kecergasannya itu.

Kata Sakinah, menerusi cara itu dia dapat menarik minat peminatnya dalam memberikan kesedaran tentang mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidpuan seharian.

"Populariti itu ada kebaikannya jika ia digunakan dengan cara betul seperti menggalakkan peminat untuk mengubah gaya hidup yang lebih sihat dan itu yang cuba saya lakukan.

"Alhamdulillah setakat ini sambutan yang diterima cukup menggalakkan dan ramai di antara mereka mula menunjukkan perubahan positif," jelasnya.

Tambahnya lagi, dia juga terkejut apabila beberapa selebriti terkenal lain seperti Fara Fauzana, Nad Zainal dan Tasha Shila turut hadir pada aktiviti yang dianjurkannya.

Sementara itu, Sakinah berkata, pada September depan dia akan berkolaborasi dengan sebuah pusat kecergasan bagi mengadakan program selama tiga bulan yang diberi nama 52 Hours with Sharifah Sakinah Fiesta Fitness.

Jelas Sakinah, dia menyasarkan seramai 5,000 peserta menyertai program istimewa itu dengan pelbagai aktiviti kecergasan dalam tempoh tiga bulan.

"Itu adalah antara projek terbesar saya setakat ini dan kepada yang ingin mendaftar boleh berbuat demikian malah bayaran yang dikenakan sangat istimewa," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Sakinah berkata, walaupun sibuk dengan program kecergasan anjurannya dia masih memberikan tumpuan kepada lakonan dan tidak bercadang untuk meninggalkan bidang tersebut.


"Seperti sekarang saya akan sibuk dilokasi penggambaran filem Pekak yang akan memulakan penggambaran minggu hadapan," katanya.
05.23 0

Jangan Tanya Saya,Tanya Dia - Suami Sari Yanti

Jangan Tanya Saya,Tanya Dia - Suami Sari Yanti


Suami kepada pelakon dan peserta program Fear Factor Musim Kedua, Sari Yanti iaitu Mohd Edy Casmadi Che Hussin meminta pihak media tidak bertanya sebarang soalan mengenai keretakan rumah tangganya bersama wanita berkenaan kepadanya.

Mohd Edy, 34, ketika ditemui diperkarangan Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di sini pada Khamis berkata, dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk mengulas mengenai perkara itu memandangkan dia bukan seorang selebriti.

"Tanya dia, jangan tanya saya. Lebih baik dia (Sari Yanti) yang memberikan komen mengenai perkara ini kerana saya bukannya selebriti," katanya kepada mStar Online.

Pada 25 Februari lalu, Sari Yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari, 30, menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan.

Usaha untuk memperbaiki keadaan juga tidak berhasil apabila kedua-dua belah pihak tidak hadir untuk mengikuti proses sulh (berdamai) yang sepatutnya berlangsung di Kompleks Mahkamah Syariah Seremban, pada Rabu lalu.

Mengulas mengenai perkara berkenaan, Mohd Edy secara ringkas memberitahu; "Saya tidak bersetuju dengan penceraian".

Terdahulu, Mohd Edy hadir di mahkamah tersebut bagi sebutan permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkannya terhadap Sari Yanti selaku defendan pada 7 Mac lalu dihadapan Hakim Syarie, Abdul Halim Abu Samah.


Permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 60 (2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Pada prosiding berkenaan, Mohd Edy memberitahu mahkamah, isterinya telah pun dimaklumkan mengenai permohonan itu bagaimanapun dia sebagai plaintif gagal untuk menyerahkan surat saman kepada wanita berkenaan.

"Saya pertama kali cuba membuat penyerahan saman tersebut kepadanya di rumah beralamat di Petaling Jaya namun defendan tidak berada di rumah.

"Saya kemudiannya sekali lagi cuba menyerahkan saman sama di kediaman keluarga Sari Yanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan namun usaha itu juga gagal," katanya.

Mohd Edy bagaimanapun berkata, saman berkenaan hanya diserahkan kepada kakak kepada defendan.

Dalam pada itu, peguam syarie, Munirah A. Bakar yang mewakili Mohd Edy berkata, pihaknya menfailkan afidavit penyampaian saman berkenaan dan menyerahkan kepada mahkamah pada 19 Mac.

Munirah turut memohon kepada mahkamah supaya penyampaian surat saman berkenaan dapat dibuat secara tampalan di rumah defendan di Kuala Pilah.

Hakim Abdul Halim membenarkan permohonan berkenaan dan mengarahkan ia difailkan secara bertulis kepada mahkamah.

Kes ditangguh untuk sebutan semula pada 30 April depan.

Hasil perkongsian hidup dengan Mohd Edy Casmadi selama lima tahun, Sari dikurniakan dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2.- mStar Online
Rabu, 19 Maret 2014
02.44 0

Fasha Sandha Bengang Dan Tinggalkan Lokasi Penggambaran?

Fasha Sandha Bengang Dan Tinggalkan Lokasi Penggambaran?


Rasanya ramai yang sudah maklum akan displin kerja aktres Fasha Sandha yang sering kali dipuji tip top oleh pengarah dan rakan artis yang lain. Terbaharu dikhabarkan Fasha telah meninggalkan lokasi penggambaran selepas tiga hari berturut-turut menunggu berjam-jam ketibaan pelakon lain yang turut digandingkan bersamanya dalam telefilem untuk siaran Aidilfitri kelak.

Menerusi laporan Berita Minggu, Fasha dikatakan benggang dengan sikap Amyra Rosli yang tidak menepati masa, bukan sehari tetapi tiga hari lamanya sehingga membuatkan pelakon senior itu naik angin.

Menerusi kiriman SMS, Fasha menyatakan, “hari-hari menunggu macam ni. Penat laa… Tolonglah hormat masa, hormat pengarah!. Saya memang tegas dalam soal displin dan displin juga penting dalam apa jua keadaan. Nak kerja dengan saya, kenalah ikut cara saya. Tapi, saya tunggu tiga jam di atas kelewatan setiap hari. Ini sudah melampau”!


Sebelum ini pun, Fasha pernah mempersoalkan masalah displin yang turut dihadapi Dazrin Kamaruddin ketika bersama-sama menjayakan drama bersiri Miranda.

Sementara itu, Fasha juga dilaporkan sedang hamil anak kedua hasil perkahwinannya dengan Rizal Ashram Ramli. Sebelum ini, pasangan itu telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Putra Rayfal Ramli yang dilahirkan pada 15 April tahun lalu.

p/s: Amyra ni tunang Dazrin kan…? Mmmm…



02.38 0

Amyra Rosli Jawab Tuduhan Tidak Berdisiplin

Amyra Rosli Jawab Tuduhan Tidak Berdisiplin


Tiba-tiba nama pelakon baru, Amyra Rosli menjadi perhatian. Ini kerana dalam laporan media sebelum ini, pelakon popular, Fasha Sandha dikatakan naik angin dan meninggalkan lokasi penggambaran drama Baju Raya Yaya kerana terpaksa menunggu selama tiga jam selama tiga hari atas kelewatan Amyra.

Fasha yang terkenal sebagai pelakon berdisiplin dan menepati waktu itu juga dikatakan meminta pelakon itu menepati masa dan menghormati pengarah. Sebelum Amyra, Fasha juga pernah menyelar tunang Amyra, pelakon, Dazrin Kamaruddin kerana masalah disiplin ketika sama-sama berlakon dalam drama bersiri Miranda.

Bagai terkena badi tunang sendiri, masalah yang sama datang kepada Amyra ketika namanya sedang meningkat naik. Enggan memperbesarkan isu ini, Amyra bagaimanapun menafikan dirinya mempunyai masalah disiplin kerana sepanjang bergelar pelakon dalam tempoh setahun lebih, tidak pernah namanya dihambat kontroversi kerana isu disiplin.

Bagi mendapatkan penjelasan lanjut, ikuti penjelasan Amyra dibawah:

Adakah benar anda mempunyai masalah disiplin sehingga menyebabkan Fasha Sandha meninggalkan lokasi penggambaran?

AMYRA: Sejujurnya saya tidak mahu lagi bercakap tentang hal ini kerana semuanya sudah selesai. Pihak produksi tahu hal yang sebenarnya cuma saya sedih dituduh tidak berdisiplin sedangkan saya tidak pernah menimbulkan sebarang masalah sepanjang bergelar pelakon. Saya ada ramai yang saksi yang tahu cara kerja saya.

Maknanya anda menafikan kontroversi artis tidak berdisiplin itu?

Sebenarnya, ada yang salah dalam artikel yang dikeluarkan oleh akhbar tersebut pada Ahad lepas. Kesalahan yang dikatakan itu tidak benar kerana sepanjang lapan hari penggambaran drama Baju Raya Yaya, saya tidak pernah lewat. Saya berurusan dengan penolong pengarah tentang call time, mereka akan memberitahu bila saya harus berada di lokasi penggambaran kerana saya tidak perlu menunggu lama. Bila isu ini keluar saya rasa kelakar.

Bagaimanakah isu ini boleh timbul jika tiada sebarang masalah?

Saya tidak tahu di mana kesalahan saya apabila dikatakan lewat berkali-kali. Sedangkan setiap kali saya tiba di set penggambaran, pengarah tidak memerlukan saya dalam keadaan tergesa-gesa. Kenyataan saya sering datang lambat seperti ingin menjatuhkan saya. Jika pelakon senior lambat tidak pula dihebohkan, apabila terkena kepada saya tiba-tiba ia meletup seperti masalah dunia.

Apakah perasaan anda apabila dikaitkan kontroversi yang sama seperti tunang anda Dazrin?

Sedih memanglah sedih sebab persepsi orang terhadap saya terus berubah sedangkan mereka tidak mengenali saya secara dekat. Tunang saya (Dazrin) pun pernah kena perkara yang sama dengan Fasha dan saya ambil apa yang berlaku sebagai pengajaran, tidak mungkin saya mengulangi perkara yang sama. Sebagai orang baharu, saya terima sahaja dan tidak simpan dalam hati.

Bagaimanakah hubungan anda dengan Fasha selepas isu ini ditimbulkan?

Dalam drama itu, kami bergandingan sebagai adik-beradik dan hubungan saya dengan dia sepanjang penggambaran sangat baik. Sebab itu bila isu ini timbul, saya rasa pelik dan agak terkejut.

Adakah kerjaya lakonan anda terjejas kerana kontroversi ini?

Alhamdulillah, setakat ini kerjaya saya masih berjalan seperti biasa tidak ada apa yang menganggu. Cuma saya yakin, jika kontroversi ini terus diperkatakan ia akan menggugat kerjaya saya pada masa hadapan. Apa yang saya harapkan, jika anda tidak mengenali saya janganlah terus menghukum. Sebagai pelakon saya tidak mahu dikenali dengan kontroversi sebaliknya mahu dikenali dengan mutu kerja yang baik.

Bilakah anda dan Dazrin akan berkahwin?

Kami bertunang pada bulan Ogos tahun lalu, perancangan tentang perkahwinan saya tidak boleh beritahu kerana kami belum ada tarikh lagi. Buat masa sekarang, kami hormati kerjaya masing-masing terlebih dahulu, jika ada jodoh kami tetap akan berkahwin.

Sumber: Kosmo!
02.35 0

Hanez Suraya Perjelas Punca Tarik Diri Jadi Penyampai Trofi ABPBH 2013

Hanez Suraya Perjelas Punca Tarik Diri Jadi Penyampai Trofi ABPBH 2013


Sudah tentu banyak perkara dibimbangkan oleh Hanez. Apatah lagi kalau semasa dia muncul di pentas untuk menyampaikan trofi, tiba-tiba dia di ‘boo’ atau dihambur kata kesat. Sudah tentu jika perkara itu benar-benar berlaku ianya amat memalukan.

“Berat untuk saya membuat keputusan ini, tetapi demi kebaikan semua, saya nekad melakukannya. Saya yakin semua yang berlaku ada hikmahnya.”

Selain itu, Hanez juga berkata dia mahu semua cerita panas berkaitan hubungannya bersama lelaki yang masih bergelar suami orang, Romie Razin Adilha, 34, reda daripada terus diperkatakan. Atas alasan itu juga membuat keputusan menarik diri.


Senin, 17 Maret 2014
20.06 0

Berdarah Hidung! Apabila Eyka Farhana Bersosial (5 Gambar)

Berdarah Hidung! Apabila Eyka Farhana Bersosial (5 Gambar)


Eyka Farhana atau nama penuhnya Farhana Sarmizi adalah salah seorang pelakon muda berbakat yang kerap kali menghiasi rancangan di astro ceria.Jika dilihat pada lakonannya beliau mempunyai bakat yang sangat besar dan apabila melakonkan sesuatu watak,memang terserlah dan watak yang dibawanya hidup.

Baru-baru ini dimaklumkan,pelakon cilik ini dikatakan bersosial di sebuah kelab.Sebenarnya ramai yang risaukan Eyka kerana usianya yang masih muda.Jika tidak pandai mengawal diri,terikut-ikut dengan arus pemodenan dibimbangi karier lakonannya akan terjejas.Menurut pengirim kepada gambar ini,Eyka dilihat sudah pandai ke kelab.






18.39 0

Biarkan Mereka Terus 'Melalak'!

Biarkan Mereka Terus 'Melalak'!


KONTROVERSI melibatkan Hanez Suraya nampak semakin besar apabila aktres yang terkenal dengan watak antagonis ini digugurkan sebagai duta AuraWhite.

Laporan sebuah akhbar tempatan menyebut, pihak pengurusan jenama tersebut berasa tidak senang duduk dengan imej yang menimpa diri duta produk mereka itu.

Lalu, khabarnya kontrak Hanez sebagai duta produk pemutihan kulit jenama Aura White sudah ditarik balik, gara-gara kontroversi melandanya.

Biarpun sudah memberikan penjelasan dalam satu sidang media, namun Hanez bagai tidak mendapat pembelaan apabila ramai pihak semakin menghentamnya. Bahkan, Hanez sendiri mengakui selepas sidang media tersebut, dia merasakan peminatnya sudah tinggal dua peratus sahaja.

Ditanya kesahihan mengenai pembatalan kontrak itu, Hanez dalam temu bual menerusi aplikasi WhatsApp enggan memberi sebarang kenyataan mengenai isu tersebut.
"Pasal AuraWhite tiada komen," ujar ringkas.

Namun di sebalik kebencian orang terhadap Hanez, masih ada pihak yang bersimpati dan menyebelahinya.

Antaranya adalah Penerbit Teater Projek Kahwin, Mohd Amir Syafiq Khalip yang enggan memanjang isu tersebut kerana ia dilihat memberi publisiti murahan kepada individu atau pihak yang menghentam Hanez.

Malah tegas Amer, dia tetap mahu mengekalkan Hanez sebagai pelakon utama dalam teater arahannya itu.

"Cukup-cukuplah beri publisiti kepada mereka yang komen negatif pasal Hanez. Biarkan mereka terus 'melalak'!

"Saya cukup kesian pada Hanez, dia sudah cukup tertekan dengan apa yang berlaku. Tolonglah saya tidak mahu isu ini diperbesarkan lagi. Paling penting saya mahu tumpukan pada pementasan teater ini sahaja," tegasnya.

Tambahnya, dia berharap penonton dapat memberi sokongan kepada naskhah yang ingin dipentaskan kerana ianya juga membabitkan ramai pelakon lain.

Tegas Amer, isu Hanez itu harus ditolak ke tepi kerana pelakon itu tidak memberi sebarang masalah kepada pihak produksi.

Bagi Hanez pula, dia tidak mempunyai masalah dengan pihak penerbit kerana masing-masing bersikap profesional.

"Setakat ini, saya tidak ada masalah dengan pihak penerbit. Kami profesional dengan semua pihak. Di luar juga, hubungan sebagai kawan juga baik.

"Semuanya berjalan dengan lancar, kalau ada apa-apa pihak saya dan produksi akan memaklumkan kepada media," katanya.

Ditebak dengan pendekatannya yang enggan memberi komen panjang berkaitan dirinya, Hanez berkata: "Berdiam pun orang kata, bercakap pun orang mengata," katanya yang enggan mengeruhkan lagi keadaan.-sinar harian
17.41 0

PANAS!!! Zarina Anjoulie Disaman Oleh Ahli Perniagaan Kerana Kereta Mewah

PANAS!!! Zarina Anjoulie Disaman Oleh Ahli Perniagaan Kerana Kereta Mewah


Seorang ahli perniagaan memfailkan saman terhadap pelakon Zarina Anjoulie, kerajaan dan empat lagi atas dakwaan berlaku kecuaian serta penipuan membabitkan sebuah kereta mewah milik arwah bapanya.

Kevin Shah Kadar Shah, 33, memfailkan saman itu menerusi Tetuan Jeev Anand & Partners di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 13 Nov tahun lepas.

Beliau turut menamakan pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor, Kementerian Pengangkutan Malaysia, kerani penghantar surat Salleh Idris dan Public Islamic Bank Berhad sebagai defendan.

Pada prosiding, Isnin, Hakim Hue Siew Kheng yang mendengar kes itu dalam kamar, menetapkan 7 April depan untuk mendengar permohonan plaintif bagi meminda penyataan tuntutan dan permohonan Salleh bagi membatalkan saman terhadapnya.

Peguam J.Jev Anand mewakili Kevin Shah, peguam YK Leong mewakili Salleh manakala Peguam Persekutuan Nur Aqilah Ishak bagi pihak kerajaan, JPJ Negeri Selangor dan Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Penyataan tuntutan Kevin Shah mendakwa arwah bapanya, Kadar Shah Sulaiman membeli sebuah kereta terpakai jenis BMW dengan nombor pendaftaran WTN 8850 yang didaftarkan atas nama bapanya pada 17 Mei 2010 dan menandatangani perjanjian sewa beli dengan Public Islamic Bank pada 11 Mei, tahun sama.

Beliau mendakwa bapanya meminjamkan kereta itu kepada Zarina, yang merupakan rakan Kadar Shah, sekitar Jun 2010 untuk kegunaan harian dan kereta itu masih dalam milikan pelakon berkenaan sehingga bapanya meninggal dunia pada 19 Nov 2011.

Kevin Shah mendakwa selepas kematian bapanya, Zarina tidak pernah memulangkan kereta itu dan sebelum beliau sempat menghubunginya untuk berbincang, pihak bank menarik kereta berkenaan selepas ansuran bulanan gagal dilunas mengikut perjanjian.

Ahli perniagaan itu mendakwa Public Islamic Bank memulangkan kereta berkenaan kepadanya pada 21 Feb tahun lepas setelah beliau melunaskan segala tunggakan ansuran bulanan.

Bagaimanapun, Kevin Shah berkata beliau terkejut apabila mendapati kereta itu didaftarkan dengan nombor pendaftaran BLP 8858 sedangkan bapanya tidak pernah membuat sebarang permohonan kepada JPJ untuk mendaftarkan kenderaan miliknya dengan nombor BLP 8858.

Kevin Shah juga mendakwa Kementerian Pengangkutan, melalui surat bertarikh 18 Mac 2013, memaklumkan bahawa nombor WTN 8850 telahpun didaftarkan ke atas kenderaan lain, iaitu sebuah motosikal atas nama bapanya, manakala nombor BLP 8858 didaftarkan bagi kereta BMW itu.

Beliau berkata JPJ, melalui surat bertarikh 3 Jun 2013, menyatakan pertukaran nombor pendaftaran antara kereta dan motosikal itu dibuat pada 14 Feb 2012 namun perkara berkenaan adalah mustahil kerana bapanya telah meninggal dunia sebelum tarikh pertukaran.

Oleh itu, Kevin Shah mendakwa sebarang permohonan yang diterima JPJ tidak pernah ditandatangani bapanya dan mendakwa jabatan berkenaan gagal mengesan tandatangan yang terkandung dalam permohonan untuk pertukaran nombor WTN 8850 dari kereta kepada motosikal dan juga pertukaran nombor BLP 8858 dari motosikal kepada kereta.

Beliau juga mendakwa Zarina, Salleh dan Public Islamic Bank berkomplot melakukan penipuan ke atas bapanya bagi penukaran nombor kereta dan motosikal itu bagi tujuan melenyapkan kereta berkenaan daripada milikan Kadar Shah.

Kevin Shah menuntut ganti rugi am, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, selain memohon deklarasi bahawa pertukaran nombor pendaftaran kereta dan motosikal itu adalah tidak sah dan terbatal.- mstar online