Luahan Hati Sharifah Sakinah Isu Tunjuk Perut Di Laman Sosial
Pelakon Sharifah Sakinah menjelaskan tindakannya memuat naik gambar bahagian perutnya di laman Instagram bukan dilakukan secara sengaja untuk meraih publisiti.
Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar, 25, sebaliknya berkata, tujuannya itu adalah untuk menunjukkan perbezaan fizikalnya pada bahagian tersebut semenjak aktif melakukan senaman kecergasan sejak dua bulan lalu menerusi program Fitness Sharifah Sakinah.
"Sebelum mengadakan program kecergasan tersebut bentuk tubuh saya bukannya langsing seperti sekarang dan tujuan saya memuat naik gambar itu adalah semata-mata ingin menaikkan semangat para peserta lain yang turut mengikuti program tersebut.
"Tiada niat atau tujuan lain dan saya bukannya sengaja hendak tayang perut di laman sosial," katanya kepada mStar Online.
Sakinah ditemui pada majlis bacaan skrip filem Pekak di Sri Pentas di sini, Khamis.
Tambah Sakinah, dia tidak kisah dengan pandangan orang lain terhadapnya namun berharap pihak yang tidak berpuas hati dengannya berfikiran positif.
Dalam pada itu, Sakinah turut mengakui menggunakan popularitinya sebagai selebriti untuk menarik peminat dan orang ramai menyertai kelas kecergasannya itu.
Kata Sakinah, menerusi cara itu dia dapat menarik minat peminatnya dalam memberikan kesedaran tentang mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidpuan seharian.
"Populariti itu ada kebaikannya jika ia digunakan dengan cara betul seperti menggalakkan peminat untuk mengubah gaya hidup yang lebih sihat dan itu yang cuba saya lakukan.
"Alhamdulillah setakat ini sambutan yang diterima cukup menggalakkan dan ramai di antara mereka mula menunjukkan perubahan positif," jelasnya.
Tambahnya lagi, dia juga terkejut apabila beberapa selebriti terkenal lain seperti Fara Fauzana, Nad Zainal dan Tasha Shila turut hadir pada aktiviti yang dianjurkannya.
Sementara itu, Sakinah berkata, pada September depan dia akan berkolaborasi dengan sebuah pusat kecergasan bagi mengadakan program selama tiga bulan yang diberi nama 52 Hours with Sharifah Sakinah Fiesta Fitness.
Jelas Sakinah, dia menyasarkan seramai 5,000 peserta menyertai program istimewa itu dengan pelbagai aktiviti kecergasan dalam tempoh tiga bulan.
"Itu adalah antara projek terbesar saya setakat ini dan kepada yang ingin mendaftar boleh berbuat demikian malah bayaran yang dikenakan sangat istimewa," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Sakinah berkata, walaupun sibuk dengan program kecergasan anjurannya dia masih memberikan tumpuan kepada lakonan dan tidak bercadang untuk meninggalkan bidang tersebut.
"Seperti sekarang saya akan sibuk dilokasi penggambaran filem Pekak yang akan memulakan penggambaran minggu hadapan," katanya.
0 komentar:
Posting Komentar