Searching...
Rabu, 26 Maret 2014
14.13 0

4 Catatan Luahan Ikhlas Dari Hati Ahli Keluarga Krew Pesawat MH370

4 Catatan Luahan Ikhlas Dari Hati Ahli Keluarga Krew Pesawat MH370


Seluruh dunia melahirkan rasa sedih dengan apa yang berlaku kepada MH370. Namun mereka juga tidak lupa untuk memberi semangat kepada ahli keluarga penumpang dan kru agar mereka tabah dan kuat untuk menempuhi dugaan ini.

Dalam pada itu, ahli keluarga kru MH370 turut meluahkan perasaan mereka menerusi laman sosial. Berikut yang sempat admin kongsikan 3 daripada catatan luahan hati mereka:

Menerusi laman Facebook ‘Friends of Captain Zaharie MH370′, anak kepada juruterbang, Kapten Zaharie iaitu Ahmad Idris berkongsi rasa terharu dengan sokongan dan kata-kata semangat dari sahabat serta kenalan bapanya. Beliau menulis:

“Terima kasih semua untuk sokongan yang diberikan. Aku bersyukur kepadamu Ya Allah kerana telah meminjamkan aku seorang ayah yang berdedikasi dan penyayang selama 31 tahun aku ini. Al-Fatihah.”

Anak perempuan kepada Ketua Pramugara, Andrew Nari, Maira Elizabeth Nari turut memuat naik gambar ayahnya dan menulis di laman Twitter;

“Rasa begitu kehilangan, begitu kosong. Saya amat penat. Selamat malam ayah. Bagaimana saya boleh kuat? Bagaimana saya boleh tersenyum? Satu jawapan untuk soalan anda kerana saya percaya pada tuhan dengan kekuatan dan kepercayaan.”

Dalam pada itu, catatan isteri krew MH370, Mohd. Hazrin Hasnan, Intan Maizura Othaman dalam laman sosial Facebooknya, amat menyentuh hati. Catatan beliau adalah seperti dibawah:

“Pada 8 Mac lalu memang mami dah jangka yang awak sudah berada di syurga tetapi pada keesokan harinya saya tetap berfikiran positif dan berharap awak masih hidup dan kembali pulang. Hari berlalu dan tiada berita sehingga malam semalam, 24 Mac, pada pukul 9.30 malam saya menerima berita yang awak dan penumpang lain sedang berehat di lautan yang sangat dalam, Lautan Hindi. Ia amat memeranjatkan tetapi Allah lebih menyayangi awak. Saya reda dengan pemergian awak, B. Apa yang berlaku sangat misteri tetapi siapalah kita untuk menyoal kuasa Allah. Allah pasti ada perancangan yang lebih baik untuk awak dan saya,” katanya.

Tambah Intan, bermula hari ini (semalam), beliau akan menjadi wanita bionik untuk berhadapan realiti.

“Saya akan memberitahu Iman bahawa anak kecil itu kehilangan papanya sementara Muhammad akan menjadi tiang untuknya teruskan hidup. Insya-Allah Iman dan Muhammad tidak akan mengecewakan awak,” jelasnya.

Jelasnya, cinta terhadap suaminya akan kekal sehingga ke syurga.

“Adakah awak ingat lagi semasa saya memberitahu untuk menjadi bidadari di syurga? Saya amat cemburu sekarang awak bersama mereka tetapi tidak mengapa, saya akan bersama awak kemudian. Kan Allah dah janji mati itu pasti. Awak adalah suami dan ayah yang terbaik. Allah maha besar kerana meminjamkan awak kepada saya walaupun sekadar untuk tempoh yang singkat. Kenangan itu sangat manis dan terbaik. Semoga Allah tempatkan awak di tempat orang-orang yang beriman. Saya cinta awak, B,” katanya.

Manakala anak sulung kepada Wan Swaid Wan Ismail, pramugara kanan kepada pesawat MH370 meluahkan perasaan rindu kepada ayahnya. Wan Amirul Haziq, 12, merindui saat bersama Wan Swaid.

“Kami rindukan ayah. Daddy pendiam. Tak banyak cakap. Dia tak suka marah-marah,” ujar Amirul ketika ditanya tentang ayahnya.

Sebagai anak sulung daripada tiga beradik, keutamaan Haziq selepas ini adalah sentiasa menyokong ibunya. Ahli  keluarga Wan Swaid yang lain terutama isterinya bagaimanapun pasrah dengan ketentuan Illahi. Nur Laila Ngah yang juga merupakan bekas pramugari Penerangan Malaysia (MAS) redha dengan apa yang berlaku.

“Orang yang pendiam kalau tak kenal tapi memang baik hati. Penyayang. Sebagai sahabat kepada saya jugak, dunia akhirat saya bersama dia dan dia bersama saya, “ luah Laila.




0 komentar:

Posting Komentar