Searching...
Tampilkan postingan dengan label sedih. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label sedih. Tampilkan semua postingan
Kamis, 27 Maret 2014
16.25 0

“Papa pergi work, tapi kapal terbang papa rosak,papa tak balik,papa di syurga,kalau nak papa kena baca doa selalu…”

“Papa pergi work, tapi kapal terbang papa rosak,papa tak balik,papa di syurga,kalau nak papa kena baca doa selalu…”


“Papa pergi work, tapi kapal terbang papa rosak,papa tak balik,papa di syurga,kalau nak papa kena baca doa selalu…”

Bait-bait ayat Intan Maizura Othman, isteri kepada pramugara Hazrin Mohamed Hasnan kepada anaknya, Iman ketika di tangga rumahnya benar-benar meruntun jiwa.

Iman yang berusia dalam lingkungan tiga tahun mengangguk-angguk seakan benar-benar faham keperitan ditanggung ibunya sejak hari pertama pesawat MH370 hilang 8 Mac lalu.

Sebelum itu anak kecil ini dilihat hanya berdiri di tangga dan tidak berkelip matanya memandang ramainya tetamu di rumahnya sepanjang semua membaca surah Yassin dan menunaikan solat hajat.

Kuatnya hati, jiwa dan semangat Intan yang mengandung anak ketiga yang bakal melihat dunia dalam masa kurang dua bulan lagi tidak dapat dizahirkan dengan apa-apa perkataan juga di dunia ini.

Semua yang menghadiri majlis bacaan Yassin dan solat hajat di kediamannya di Kota Kemuning kagum dengan ketabahan ditunjukkan Intan juga rakan-rakan Hazrin yang lebih senang dipanggil Rain.

Sepanjang majlis, Intan tidak lepas didakap rakan-rakan yang memberi semangat serta kata-kata menuntut ketabahan wanita ini berterusan.

Utuhnya kepercayaan wanita ini kepada realiti serta qada dan qadar yang ditentukan Allah.
“Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

“(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.” – Al-Hadid 22-23.

Esakan perlahan Intan yang duduk di bahagian belakang pada saat bacaan Yassin bergema di rumahnya masih dapat didengari. Allah maha mendengar permintaan hamba-Nya yang meminta dan seluruh negara memohon serta mengharapkan pengakhiran yang baik pada tragedi MH370 ini.

“Saya akan move on, saya redha apa yang terjadi, saya akan besarkan anak-anak dan jika benar dia (Hazrin) bersemadi di Lautan Hindi, tenanglah dia di sana.”

Duka Intan sama sedihnya dengan semua keluarga penumpang MH370 lain. Pilu Intan tidak ada bezanya dengan mereka yang terlibat dalam tragedi ini.

Menceritakan saat-saat akhir Intan menghantar Hazrin ke tempat kerja pada hari kejadian, katanya tidak ada sebarang kelainan yang ditunjukkan.

Seperti biasa bersalaman dan ungkapan “I love you” menjadi tiga perkataan terakhir sebelum berpisah seolah-olah masih terngiang-ngiang di telinganya.

Intan mengakui sejak malam sidang media khas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 berhenti di Lautan Hindi, fasa baru hidupnya bermula.

Melalui detik paling pedih dalam hidup, kehilangan suami yang juga `buddy’ (kawan baik) menjadikan Intan menjadi lebih tabah dalam membesarkan anak selain jauh di dalam hati, masih ada sekelumit harapan menanti kepulangan Hazrin.


Rentetan meluahkan sejujur-jujurnya apa yang dirasa di dalam media sosial termasuk impian menjadi ketua bidadari di syurga, itu sudah cukup meruntun hati jutaan rakyat negara ini yang tidak berhenti berdoa masih menyimpan ada harapan untuk sesuatu perkara positif di akhir kisah tragedi ini.

“Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) – berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.

“Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi..” – Yaasin 81-82.
Hanya kira-kira lima soalan yang dilontar pemberita pada malam solat hajat di kediaman Intan pada malam Khamis ini.

Soalan yang diaju lebih berkisar menuntut jawapan peribadi dan tabahnya Intan menjawab satu demi satu pertanyaan dengan cukup menyakinkan, wanita ini benar-benar sudah bersedia mengharung fasa demi fasa masa dan apa juga yang akan berlaku di hadapannya.

Cuma pada soalan keempat yang bertanya apa penjelasan diberi kepada anaknya terhadap kehilangan papa, tiba-tiba Iman datang dan duduk di pangkuan, pada saat dikatakan `aeroplane’ papa rosak dan papa tidak akan balik rumah, mata Intan mula berkaca kembali dengan jernih air mata kasih seorang mama.


06.55 0

Gambar Sayu Tiga Insan Kerdil Yang Berani Berhadapan Dengan Dunia (3 GAMBAR)

Gambar Sayu Tiga Insan Kerdil Yang Berani Berhadapan Dengan Dunia (3 GAMBAR)


Tiada berita yang paling menyedihkan apabila mengetahui pesawat MH370 telah berakhir di Lautan Hindi. Tidak dapat digambarkan perasaan ahli keluarga penumpang dan krew pesawat yang terlibat.

Namun, tanpa kita sedari tiga insan kerdil yang sungguh berani berhadapan dengan media pada setiap hari juga tidak dapat menahan kesedihan terhadap pengumuman itu.

Datuk Seri Hishamuddin tidak dapat menahan perasaan sedih meratapi nasib MH370.

Datuk Azharuddin turut merasa hiba ketika keluar dari dewan PWTC

CEO MAS, Ahmad Jauhari ditenangkan Timbalan Menteri Pendidikan di Dewan PWTC semalam

Tiga insan ini berdiri teguh bersama-sama menjawab segala soalan dan kritikan. Siapakah kita yang mahu mempersoalkan kredibiliti mereka bertiga? mampukah kita memegang tanggungjawab yang amat berat itu?

Terima kasih atas jasa, pengorbanan dan amanah yang diberikan:


  • Datuk Seri Hishamuddin Hussein (Menteri Pertahanan, Pemangku Menteri Pengangkutan)
  • Datuk Azharuddin Abdul Rahman (Ketua Pengarah DCA)
  • En Ahmad Jauhari Yahya (CEO MAS)


Anda adalah kebanggaan Malaysia!


Rabu, 26 Maret 2014
14.13 0

4 Catatan Luahan Ikhlas Dari Hati Ahli Keluarga Krew Pesawat MH370

4 Catatan Luahan Ikhlas Dari Hati Ahli Keluarga Krew Pesawat MH370


Seluruh dunia melahirkan rasa sedih dengan apa yang berlaku kepada MH370. Namun mereka juga tidak lupa untuk memberi semangat kepada ahli keluarga penumpang dan kru agar mereka tabah dan kuat untuk menempuhi dugaan ini.

Dalam pada itu, ahli keluarga kru MH370 turut meluahkan perasaan mereka menerusi laman sosial. Berikut yang sempat admin kongsikan 3 daripada catatan luahan hati mereka:

Menerusi laman Facebook ‘Friends of Captain Zaharie MH370′, anak kepada juruterbang, Kapten Zaharie iaitu Ahmad Idris berkongsi rasa terharu dengan sokongan dan kata-kata semangat dari sahabat serta kenalan bapanya. Beliau menulis:

“Terima kasih semua untuk sokongan yang diberikan. Aku bersyukur kepadamu Ya Allah kerana telah meminjamkan aku seorang ayah yang berdedikasi dan penyayang selama 31 tahun aku ini. Al-Fatihah.”

Anak perempuan kepada Ketua Pramugara, Andrew Nari, Maira Elizabeth Nari turut memuat naik gambar ayahnya dan menulis di laman Twitter;

“Rasa begitu kehilangan, begitu kosong. Saya amat penat. Selamat malam ayah. Bagaimana saya boleh kuat? Bagaimana saya boleh tersenyum? Satu jawapan untuk soalan anda kerana saya percaya pada tuhan dengan kekuatan dan kepercayaan.”

Dalam pada itu, catatan isteri krew MH370, Mohd. Hazrin Hasnan, Intan Maizura Othaman dalam laman sosial Facebooknya, amat menyentuh hati. Catatan beliau adalah seperti dibawah:

“Pada 8 Mac lalu memang mami dah jangka yang awak sudah berada di syurga tetapi pada keesokan harinya saya tetap berfikiran positif dan berharap awak masih hidup dan kembali pulang. Hari berlalu dan tiada berita sehingga malam semalam, 24 Mac, pada pukul 9.30 malam saya menerima berita yang awak dan penumpang lain sedang berehat di lautan yang sangat dalam, Lautan Hindi. Ia amat memeranjatkan tetapi Allah lebih menyayangi awak. Saya reda dengan pemergian awak, B. Apa yang berlaku sangat misteri tetapi siapalah kita untuk menyoal kuasa Allah. Allah pasti ada perancangan yang lebih baik untuk awak dan saya,” katanya.

Tambah Intan, bermula hari ini (semalam), beliau akan menjadi wanita bionik untuk berhadapan realiti.

“Saya akan memberitahu Iman bahawa anak kecil itu kehilangan papanya sementara Muhammad akan menjadi tiang untuknya teruskan hidup. Insya-Allah Iman dan Muhammad tidak akan mengecewakan awak,” jelasnya.

Jelasnya, cinta terhadap suaminya akan kekal sehingga ke syurga.

“Adakah awak ingat lagi semasa saya memberitahu untuk menjadi bidadari di syurga? Saya amat cemburu sekarang awak bersama mereka tetapi tidak mengapa, saya akan bersama awak kemudian. Kan Allah dah janji mati itu pasti. Awak adalah suami dan ayah yang terbaik. Allah maha besar kerana meminjamkan awak kepada saya walaupun sekadar untuk tempoh yang singkat. Kenangan itu sangat manis dan terbaik. Semoga Allah tempatkan awak di tempat orang-orang yang beriman. Saya cinta awak, B,” katanya.

Manakala anak sulung kepada Wan Swaid Wan Ismail, pramugara kanan kepada pesawat MH370 meluahkan perasaan rindu kepada ayahnya. Wan Amirul Haziq, 12, merindui saat bersama Wan Swaid.

“Kami rindukan ayah. Daddy pendiam. Tak banyak cakap. Dia tak suka marah-marah,” ujar Amirul ketika ditanya tentang ayahnya.

Sebagai anak sulung daripada tiga beradik, keutamaan Haziq selepas ini adalah sentiasa menyokong ibunya. Ahli  keluarga Wan Swaid yang lain terutama isterinya bagaimanapun pasrah dengan ketentuan Illahi. Nur Laila Ngah yang juga merupakan bekas pramugari Penerangan Malaysia (MAS) redha dengan apa yang berlaku.

“Orang yang pendiam kalau tak kenal tapi memang baik hati. Penyayang. Sebagai sahabat kepada saya jugak, dunia akhirat saya bersama dia dan dia bersama saya, “ luah Laila.




Minggu, 16 Maret 2014
20.07 0

Abang Tanamlah Sayang Bersebelahan Kubur Abang,Jika Sayang Mati

Abang Tanamlah Sayang Bersebelahan Kubur Abang,Jika Sayang Mati


Masih terngiang-ngiang wasiat yang kutitip buat sang suami tatkala berdepan tanda-tanda menghidap kanser payudara, setahun lalu.

Menyedari kehadiran benjol sebesar tiga sentimeter pada puting payudara kanan cukup-cukup membuat hidupku tidak keruan hingga berat badan mulai susut sedikit demi sedikit.

Hari pertama aku ke hospital untuk mendapatkan kepastian, doktor ambil sampel sel untuk dibuat kajian dan dalam tempoh dua bulan, aku perlu menunggu keputusannya.

Tempoh 40 hari yang begitu menyeksa batinku. Setiap malam aku menangisi diri. Terkenang nasib menghidap penyakit yang bakal menyentap nyawaku, sekali gus meninggalkan segala-galanya yang aku sayangi di dunia ini.

Beribu persoalan menerjah fikiran seolah-olah takut untuk berdepan takdir Tuhan. Setiap hari aku tertanya-tanya siapa yang akan menjaga putera dan puteriku andai aku pergi kelak.

Bagaimana pula dengan makan minum mereka, siapa akan menguruskan mereka jika ajal menjemputku pada usia 35 tahun ini.

Si abang yang mencecah usia 11 tahun menunjukkan keprihatinannya, namun si adik yang baharu berusia sembilan tahun berkata “tidak mengapa andai mama mati, adik boleh tinggal dengan Pak Ucu,” membuktikan anak kecil itu masih belum mengerti dugaan ini.


Habiskan masa menyendiri

Semakin difikirkan masa depan anak-anak, semakin aku dirundung pilu. Banyak masa aku habiskan dengan menyendiri, pekerjaan yang selama ini menjadi punca pendapatanku untuk membantu keluarga semakin aku tinggalkan.

Tanggungjawabku mula terabai. Tidurku terganggu, sekejap aku lena, sekejap lagi aku terjaga hingga berat badan 60 kilogram mula menyusut kepada 45 kilogram.

Kesetiaan suami yang tidak henti memberi dorongan dan sokongan, aku pandang kosong. Kata-kata suami, ramai lagi yang lebih malang seperti mangsa kemalangan yang kudung kaki, cacat pendengaran dan sebagai, umpama mencurah air ke daun keladi.

Suami dan anak-anak mula menyedari perubahanku. Mereka berasa tersisih, saudara mara juga apatah lagi. Aku lebih banyak mendiamkan diri, enggan bercakap atau berbual dengan mereka seperti waktu dulu, apatah lagi perihal penyakit ini.

Masa yang ditunggu berkunjung tiba. Ibarat penentuan hidup mati, aku gemuruh, takut dan gementar hingga hampir 10 kali aku berulang alik membuang air besar sebelum mampu bersua muka dengan doktor. Alhamdulillah! Syukur ke hadrat Ilahi. Ajalku bukan di ‘tangan’ kanser. ALLAH SWT masih memberi peluang dan ruang untuk aku menikmati keindahan dunia ini.

Oksigen yang tersekat di kerongkong sedikit masa dulu, mula dirasakan mengalir laju. Aku bernafas lebih lega, namun tidaklah sepenuhnya kerana rupa-rupanya benjolan itu adalah ketumbuhan jenis fibroadenoma tetapi boleh dirawat.

Disahkan bebas kanser

Selepas menjalani pembedahan, aku disahkan sihat sepenuhnya. Pengalaman melalui detik-detik menghampiri maut tidak dapat dipadamkan daripada kotak fikiran. Paling penting, semangat yang pudar mula pulih 100 peratus.

Jika dahulu pernah tercalit rasa ego di hati terhadap suami, kini tiada lagi. Dulu sering juga bergaduh, kini tidak langsung. Hubungan semakin baik dan aku rasakan diri ini lebih menghargai insan yang ada di sekeliling terutamanya si dia yang senantiasa ada di sisiku. Susah atau senang, gembira bahkan hiba. Semakin hari semakin sayang.

Aku belajar menghargai setiap saat hembusan nafas yang diberikan kepadaku. Anak-anak mendapat layanan baik. Rohaniku lebih terdidik, aku lebih dekat dengan Yang Maha Pencipta. Masaku terurus dengan teratur.

Kerjayaku sebagai tukang masak semakin berkembang. Masakanku dari hari ke hari bertambah hebat dan aku bercita-cita untuk menyertai pertandingan masakan bertaraf antarabangsa sedikit masa lagi. Terima kasih Tuhan, terima kasih abang, terima kasih anak-anakku dan kawan rapat yang tidak putus memberi harapan. Terima kasih.

Nora,
Kelantan