Searching...
Tampilkan postingan dengan label panas. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label panas. Tampilkan semua postingan
Kamis, 20 Maret 2014
05.23 0

Jangan Tanya Saya,Tanya Dia - Suami Sari Yanti

Jangan Tanya Saya,Tanya Dia - Suami Sari Yanti


Suami kepada pelakon dan peserta program Fear Factor Musim Kedua, Sari Yanti iaitu Mohd Edy Casmadi Che Hussin meminta pihak media tidak bertanya sebarang soalan mengenai keretakan rumah tangganya bersama wanita berkenaan kepadanya.

Mohd Edy, 34, ketika ditemui diperkarangan Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di sini pada Khamis berkata, dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk mengulas mengenai perkara itu memandangkan dia bukan seorang selebriti.

"Tanya dia, jangan tanya saya. Lebih baik dia (Sari Yanti) yang memberikan komen mengenai perkara ini kerana saya bukannya selebriti," katanya kepada mStar Online.

Pada 25 Februari lalu, Sari Yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari, 30, menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan.

Usaha untuk memperbaiki keadaan juga tidak berhasil apabila kedua-dua belah pihak tidak hadir untuk mengikuti proses sulh (berdamai) yang sepatutnya berlangsung di Kompleks Mahkamah Syariah Seremban, pada Rabu lalu.

Mengulas mengenai perkara berkenaan, Mohd Edy secara ringkas memberitahu; "Saya tidak bersetuju dengan penceraian".

Terdahulu, Mohd Edy hadir di mahkamah tersebut bagi sebutan permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkannya terhadap Sari Yanti selaku defendan pada 7 Mac lalu dihadapan Hakim Syarie, Abdul Halim Abu Samah.


Permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 60 (2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Pada prosiding berkenaan, Mohd Edy memberitahu mahkamah, isterinya telah pun dimaklumkan mengenai permohonan itu bagaimanapun dia sebagai plaintif gagal untuk menyerahkan surat saman kepada wanita berkenaan.

"Saya pertama kali cuba membuat penyerahan saman tersebut kepadanya di rumah beralamat di Petaling Jaya namun defendan tidak berada di rumah.

"Saya kemudiannya sekali lagi cuba menyerahkan saman sama di kediaman keluarga Sari Yanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan namun usaha itu juga gagal," katanya.

Mohd Edy bagaimanapun berkata, saman berkenaan hanya diserahkan kepada kakak kepada defendan.

Dalam pada itu, peguam syarie, Munirah A. Bakar yang mewakili Mohd Edy berkata, pihaknya menfailkan afidavit penyampaian saman berkenaan dan menyerahkan kepada mahkamah pada 19 Mac.

Munirah turut memohon kepada mahkamah supaya penyampaian surat saman berkenaan dapat dibuat secara tampalan di rumah defendan di Kuala Pilah.

Hakim Abdul Halim membenarkan permohonan berkenaan dan mengarahkan ia difailkan secara bertulis kepada mahkamah.

Kes ditangguh untuk sebutan semula pada 30 April depan.

Hasil perkongsian hidup dengan Mohd Edy Casmadi selama lima tahun, Sari dikurniakan dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2.- mStar Online
Minggu, 16 Maret 2014
19.18 0

PANAS!!! Peminat Tegur Aksi 'Melekat' Lana Nordin Di Mekah (3 GAMBAR)

PANAS!!! Peminat Tegur Aksi 'Melekat' Lana Nordin Di Mekah (3 GAMBAR)


Keterujaan Lana Nordin menunaikan umrah di Mekah bersama Fauzi Nawawi dan Lisdawati turut dikongsikannya kepada peminat dengan memuatnaik gambar-gambar menarik di Instagram.

Lana Nordin juga tidak lupa berkongsi sekeping gambar Fariq Abdul Hamid, pembantu juruterbang pesawat MH370 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu dan memberitahu dia ialah teman rapatnya serta meminta orang ramai mendoakan Fariq.

Bagaimanapun, keterujaan bekas kekasih Johan As'ari itu mungkin sedikit terganggu dengan beberapa komen negatif pengikutnya di akaun Instagram. Mereka dilihat tidak begitu senang dengan keintiman Lana bergambar di sisi Fauzi Nawawi.




sumber
Jumat, 14 Maret 2014
22.21 0

MH370 Sah Dirampas?

MH370 Sah Dirampas?


Pesawat Malaysia Airlines MH370 dirampas, menurut laporan agensi AP.

AP melaporkan seorang pegawai kerajaan Malaysia berkata, rampasan itu bukan setakat teori lagi tetapi ia mencapai tahap ‘konklusif’.

Pegawai berkenaan yang berada dalam pasukan penyiasatan itu, berkata mereka mendapati salah seorang juruterbang atau orang lain yang berpengalaman terbang merampas pesawat yang hilang sejak Sabtu minggu lalu.

Bagaimanapun, setakat ini, motifnya belum diketahui dan lokasi di mana pesawat itu berada belum diketahui dengan jelas.

Difahamkan, kerajaan Malaysia akan mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar dijangka diadakan pada 1 tengah hari ini. – 15 Mac, 2014.

MENYUSUL LAGI


sumber dipetik dari suarainsan
Rabu, 12 Maret 2014
16.14 0

Luahan Hati Dari Nora Danish Isu Sambut Hari Lahir Di Kelab Haram (VIDEO)

Luahan Hati Dari Nora Danish Isu Sambut Hari Lahir Di Kelab Haram (VIDEO)



Kecoh dunia hiburan tiba-tiba dengan berita yang dikeluarkan oleh salah sebuah rancangan penyiasatan terkenal kat Malaysia ni kononnya heroin paling laris masa kini, Nora Danish telah berjaya memboloskan diri dalam satu siasatan pihak berkuasa ke atas sebuah kelab malam eksklusif di ibu kota.


Menurut sumber-sumber yang diperolehi, semasa serbuan tersebut, pihak berkuasa telah menjumpai kad jemputan ke majlis sambutan aktres berkenaan di kelab itu. Pelbagai spekulasi yang timbul ekoran dari kes berkenaan. Bagi menjawab semua persoalan para peminat, MiG Online mendapatkan Nora Danish di set filem Hantu Bungkus Ikat Tepi bagi menjelaskan keadaan sebenar pada malam kejadian.

)


sumber : Migonline
Selasa, 11 Maret 2014
16.18 0

Hanez Suraya Mungkin Akan Buat Laporan Polis

Hanez Suraya Mungkin Akan Buat Laporan Polis


Dalam kehangatan negara dikejutkan dengan isu kehilangan misteri pesawat MAS MH370 sejak Sabtu lalu, radar hiburan tempatan juga tidak kurang panasnya dengan kisah percintaan pelakon Hanez Suraya dengan suami orang, Romie Razin Adilha.

Terbaharu, Hanez dilaporkan membuat pertimbangan mahu menyaman pengendali laman Facebook Kami Sokong Liyana Manan.

Ini kerana tindakan pengendalinya yang sering memuat naikkan gambar-gambar mesra Hanez dan kekasihnya itu yang tidak pernah dikongsikannya dengan mana-mana pihak media mahupun di laman sosial aktres tersebut.

Menerusi kenyataannya dalam Berita Harian, Hanez menyatakan, “jika perbuatan pihak terbabit sampai mengancam keselamatan dan membahayakan diri, saya akan membuat laporan polis. Saya memang tidak akan berdiam diri kalau tindakan mereka melampau, sampai memalukan diri dan keluarga saya. Semua orang boleh berkata apa saja yang mereka inginkan sebab mereka tidak tahu kebenarannya”.

Sebelum ini nama Hanez sudah tercalar di kalangan peminat dan pemerhati industri seni tempatan apabila tindakan yang mengganggu rumah tangga individu lain dianggap sebagai kesalahan moral yang sangat serius.

Yang lebih membenggangkan orang ramai di luar sana, apabila Hanez dengan angkuhnya menyuruh isteri Romie, Liyana Manan memohon maaf kepadanya kerana mendakwa Liyana telah memfitnahnya berhubung isu keruntuhan isu rumahtangga Liyana dan Romie.

Oleh: AUDREY LEE