Hanez Suraya Mungkin Akan Buat Laporan Polis
Dalam kehangatan negara dikejutkan dengan isu kehilangan misteri pesawat MAS MH370 sejak Sabtu lalu, radar hiburan tempatan juga tidak kurang panasnya dengan kisah percintaan pelakon Hanez Suraya dengan suami orang, Romie Razin Adilha.
Terbaharu, Hanez dilaporkan membuat pertimbangan mahu menyaman pengendali laman Facebook Kami Sokong Liyana Manan.
Ini kerana tindakan pengendalinya yang sering memuat naikkan gambar-gambar mesra Hanez dan kekasihnya itu yang tidak pernah dikongsikannya dengan mana-mana pihak media mahupun di laman sosial aktres tersebut.
Menerusi kenyataannya dalam Berita Harian, Hanez menyatakan, “jika perbuatan pihak terbabit sampai mengancam keselamatan dan membahayakan diri, saya akan membuat laporan polis. Saya memang tidak akan berdiam diri kalau tindakan mereka melampau, sampai memalukan diri dan keluarga saya. Semua orang boleh berkata apa saja yang mereka inginkan sebab mereka tidak tahu kebenarannya”.
Sebelum ini nama Hanez sudah tercalar di kalangan peminat dan pemerhati industri seni tempatan apabila tindakan yang mengganggu rumah tangga individu lain dianggap sebagai kesalahan moral yang sangat serius.
Yang lebih membenggangkan orang ramai di luar sana, apabila Hanez dengan angkuhnya menyuruh isteri Romie, Liyana Manan memohon maaf kepadanya kerana mendakwa Liyana telah memfitnahnya berhubung isu keruntuhan isu rumahtangga Liyana dan Romie.
Oleh: AUDREY LEE
0 komentar:
Posting Komentar