Searching...
Selasa, 26 Februari 2013
18.05 0

Kejam : Budak Mati Dibasuh Dalam Mesin Basuh

Kejam : Bayangkan seorang budak 3 tahun dikunci di dalam mesin basuh yang bergerak.

Kejam : Budak Mati Dibasuh Dalam Mesin Basuh | Seorang budak 3 tahun didera kejam oleh ibu bapanya dengan dimasukkan ke dalam sebuah mesin basuh dan menghidupkannya. Kejam!


Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas bapanya memasukkannya ke mesin basuh dan menghidupkan suisnya sebagai hukuman. Christophe Champenois, 33, dituduh mengikat tubuh kanak-kanak itu, Bastien yang telanjang bulat dan dimasukkan ke mesin basuh di kediaman keluarga terbabit dekat Paris.

Champenois dikatakan ingin menghukum kanak-kanak itu selepas dia membuang lukisan rakan sekelasnya ke mangkuk tandas. Ibu Bastien, Charlene, 25, mengeluarkan anak lelakinya dan mendukung tubuh mangsa yang terkulai sebelum berkejar ke rumah jiran sambil memberitahu anak lelakinya itu jatuh tangga.

Jiran terbabit, Alice, menceritakan mengenai detik menyayat hati itu. “Saya mendukungnya dan berasa seperti boneka yang patah. Saya dapat rasakan degupan terakhir jantungnya. Charlene tidak bergerak dan mukanya merah padam. Dia tidak faham yang anak lelakinya sudah tidak bernafas lagi,” katanya.


Comel. Budak lelaki malang yang dibunuh bapanya.

Pasangan itu tetap mengatakan Bastien mengalami kemalangan dan jatuh tangga. Bagaimanapun, anak perempuan pasangan itu yang berusia lima tahun mendedahkan adik lelakinya dikunci dalam mesin basuh dan ia bukan kali pertama berlaku. Kadangkala dia dikunci dalam almari pakaian selama dua jam.

P/S – Anak itu adalah amanah dari Allah SWT. Lahirnya seperti kain putih yang suci bersih, ibu bapa lah yang mencorakkannya. Berbuat kebaikan kepada anak-anak kecil adalah satu sunnah yang sangat dituntut oleh Nabi. Janganlah berlaku kejam terhadap mereka. Peringatan untuk kita semua. Wallahualam.




0 komentar:

Posting Komentar