Searching...
Rabu, 20 Februari 2013
04.55 0

Perceraian Tangguh, Jeslina Hashim Tidak Suci

Jeslina enggan mendedahkan punca keretakan rumah tangganya selama lapan tahun yang dibina bersama Dion.


Perceraian Tangguh, Jeslina Hashim Tidak Suci | KUALA LUMPUR: Hasrat pelakon dan penyanyi, Jeslina Hashim, untuk bercerai secara baik dengan suaminya, Dion Andrew Vercoe di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Rabu terpaksa ditangguhkan ekoran wanita itu dalam keadaan tidak suci (haid).

Hakim Syarie, Asrul Azlan Embong bagaimanapun mengarahkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi selepas peguam syarie yang mewakili Dion, 40, memberitahu pihaknya turut memfailkan hak penjagaan anak secara bersama yang dipersetujui kedua-dua belah pihak serta menyelesikan tuntutan mutaah RM150,000 dibuat Jeslina.

Dalam pada itu, ketika ditemui luar mahkamah, peguam syarie kepada plaintif, Mohd Hafiz Abdul Rashid dan Ashraff A. Rani berkata, kedua-dua pihak pada dasarnya telah bersetuju untuk berpisah secara baik di bawah Seksyen 47, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 (Kebenaran Penceraian Secara Baik).

Sehubungan itu, segala urusan perjanjian, kedudukan selepas penceraian dan terma penjagaan anak secara bersama akan diselesaikan di Mahkamah Tinggi dengan persetujuan kedua-dua belah pihak.

"Pihak kami telah melampirkan perjanjian kedudukan selepas penceraian mereka berhubung tuntutan mutaah, penjagaan anak secara bersama yang dipersetujui, nafkah dan sebagainya.


Dion kelihatan tenang ketika hadir ke mahkamah.
"Permohonan sebutan di Mahkamah Tinggi juga telah dibuat pada 18 Februari lalu dan masih menanti tarikh perbicaraan," jelasnya.

Mohd Hafiz turut memberitahu pasangan itu sudah tidak tinggal bersama sejak beberapa bulan lalu selain dua anak mereka kini dijaga oleh Dion.

Sementara itu, Jeslina yang ketika ditemui berkata, proses penceraian itu berjalan dengan baik namun enggan mendedahkan punca keretakan rumah tangganya.

"Punca kami mahu berpisah adalah disebabkan masalah peribadi"," katanya ringkas.

Jeslina dan Dion telah berkahwin pada 21 April 2005 dan mempunyai dua orang anak berusia tiga dan enam tahun.-mstar

0 komentar:

Posting Komentar