Searching...
Senin, 18 Februari 2013
21.00 0

Rita Rudaini Dan Aidil Akan Bercerai 25 Februari


Rita Rudaini Dan Aidil Akan Bercerai 25 Februari | 25 Februari ini adalah hari ulang tahun perkahwinan Rita Rudaini dan Aidil Zafuan yang kelima. Tarikh itu juga bakal menjadi detik penentuan buat hubungan mereka berdua. Aidil dijangkakan melafazkan cerai kepada Rita pada hari tersebut di Mahkamah Rendah Syariah Seremban.
Menerusi Berita Harian semalam, Rita Rudaini menerangkan yang dia menerima sebuah emel yang menyatakan suaminya, Aidil akan berkahwin dengan seorang wanita bernama Zarema Zainal selepas lafaz cerai dijalankan. Menurut Rita, kereta Aidil sudah pun menjadi hak milik Zarema dan mereka berdua sering keluar bersama. Kata Rita:-
Pada 25 Februari ini, Aidil ada failkan permohonan eai, jadi saya tak tahu apa akan jadi pada tarikh berkenaan. Dia nak cerai ke atau tarik balik permohonan itu. Namun, Aidil sengaja pilih tarikh ulang tahun perkahwinan kami yang kelima untuk kes permohonan cerai ini. Mungkin dia nak ceraikan saya sebab nak kahwin dengan Zarema. Saya tahu, Zarema adalah antara gadis yang pernah berkawan dengan Aidil. Tapi saya taknak bising, bukan jenis yang nak serang orang.
Malah menurut Rita, Zarema Zainal telah pun menutup akaun Twitter dan Facebook selepas hubungannya dengan Aidil telah berjaya dihidu. Kepada Aidil, lepaskanlah Rita kalau anda sudah tiada hati. Jangan dimainkan hati isteri anda. Kalau nak kahwin lain, kahwinlah dengan cara yang elok. Biar semua orang senang hati. Tak gitu?

0 komentar:

Posting Komentar