Aidil Zafuan Bakal Cerai Rita, Kahwin Zarema
Aidil Zafuan Bakal Cerai Rita, Kahwin Zarema | Masih lagi bercerita mengenai kes rumahtangga di antara pelakon cantik, Rita Rudaini dan suaminya pemain bola sepak Harimau Malaya, Aidil Zafuan.
Kali ini menerusi laporan Berita Harian, dikhabarkan Aidil Zafuan bakal memfailkan permohonan penceraian kepada Rita. Akhirnya!
Setelah dia menggantung Rita seperti ‘tidak bertali’ buat sekian lamanya, akhirnya kisah pergolakkan mereka bakal berakhir.
Tetapi menurut Rita, dia sendiri tidak pasti sama ada Aidil Zafuan akan melafazkan talak atau menarik balik permohonan cerai seperti sebelum ini.
Lebih memeranjatkan, Rita Rudaini memberitahu Aidil sengaja mahu memilih 25 Februari untuk membuat keputusan ini kerana ia adalah ulangtahun kelima perkahwinan mereka.
“Aidil (Zafuan) sengaja pilih tarikh ulangtahun perkahwinan kami yang kelima untuk kes permohonan cerai ini.
“Mungkin dia nak ceraikan saya sebab nak kahwin dengan Zarema,” jelas Rita.
Siapa pula Zarema ya?
Sebenarnya, aktres kepada dua orang cahaya mata ini ada menerima email daripada seseorang yang mendakwa Aidil Zafuan kini sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan seorang gadis bernama Zarema Zainal.
Menurut email tersebut, dia adalah jiran kepada Zarema di mana dia sering terlihat kereta milik Aidil berada di rumah keluarga wanita itu.
Malah, menerusi email itu juga, dia ada menyuruh Rita ke rumah Zarema untuk melihat sendiri kebenarannya.
Tetapi Rita tidak berbuat demikian kerana sudah lali dan pasrah dengan apa yang berlaku.
“Sebenarnya, saya dah tahu perkara ini sejak Aidil bermain dengan ATM lagi. Seperkara lagi, saya dah lama pasrah sejak Aidil keluar dari rumah.
“Apa saja keputusan Aidil selepas ini, saya sudah lama pasrah,” tambah Rita.-mynewshub.my via BHO
0 komentar:
Posting Komentar