Searching...
Sabtu, 05 Januari 2013
19.53 0

'Dia pukul saya dulu'


Thamilarasu menunjukkan matanya anaknya yang merah akibat ditumbuk.

JITRA - “Dia yang pukul saya dulu.” Itulah luahan seorang pemilik kedai, Thamilarasu Krishnan, 48, yang mengakui memukul seorang pemandu lori demi mempertahankan dirinya dari dipukul dalam kejadian di sekitar Taman Sri Aman, baru-baru ini.

Thamilarasu berkata, sebelum kejadian berlaku, dia sedang mengemas kawasan kedai runcitnya itu dan kemudian didatangi seorang lelaki menaiki motosikal.

“Secara tiba-tiba dia turun dari motosikalnya dan terjatuh menyebabkan tangan kanannya cedera. Dia kemudian terus bangun mencapai topi keledarnya dan bertindak memukul saya.


“Saya terpaksa mempertahankan diri dengan membalas balik serangan lelaki itu dan saya rasa tindakan yang saya lakukan adalah wajar,” katanya.

Thamilarasu berkata, mungkin lelaki terbabit tidak berpuas hati dengan anaknya, Ravivarna Thamilarasu, 20, kerana sebelum itu anak lelaki berkenaan datang ke kedai untuk membeli barang.

“Anaknya mengaku sudah membayar barang yang diambil selepas ditanya, sedangkan tiada bayaran dibuat dan meminta anak saya menulis barang yang diambil.

“Mungkin berlaku sedikit salah faham, lelaki terbabit datang ke kedai dalam keadaan mabuk dan bertindak menumbuk anak saya beberapa kali tanpa bertanya terlebih dahulu,” katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang pemandu lori  mendakwa dikasari seorang pemilik kedai runcit di sekitar kawasan itu dalam kejadian awal pagi, 3 Januari lalu.

Pemilik kedai itu dikatakan bertindak memukul pemandu lori terbabit, V Permal, 53, yang menunggang motosikalnya ketika melalui kedai runcit tersebut.

Difahamkan, kejadian berpunca daripada kes sebelum itu, yang mana anak pemilik kedai itu memukul anaknya kerana dituduh tidak membayar barangan dibeli.-sinar

0 komentar:

Posting Komentar