Searching...
Minggu, 27 Januari 2013
19.49 0

Najwa Latif mahu ubah penampilan



Najwa Latif mahu ubah penampilan | Sejak penyanyi ini muncul di laman Youtube, bakatnya tidak perlu dipertikaikan lagi lebih-lebih lagi apabila nyanyianya berjaya menarik perhatian ramai peminat.

Namun, dalam meniti perjalanan sebagai anak seni, penampilannya serik dikritik berikutan dia dikatakan tidak pandai bergaya.

Malah, fesyen yang dibawakannya itu dikatakan seperti melebihi daripada usia sebenarnya yang mana dia baru saja menjangkau umur 18 tahun.

Melihat kepada perkara ini, Najwa Latif tidak sedikitpun berkecil hati dengan sesiapa sebaliknya dia berusaha untuk mengubah penampilannya.

“Saya akui tidak pandai berfesyen dan saya masih lagi belajar mengenai fesyen serta gaya yang sesuai dengan umur saya.

“Saya hargai segala kritikan yang diberikan peminat dan pihak tertentu kepada saya dan saya akan cuba ubah gaya pemakaian saya selepas ini,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian, hari ini.

Najwa berkata, buat masa ini, dia tidak merancang untuk mendapatkan khidmat nasihat atau mengupah pakar perunding imej kerana merasakan perkara itu tidak terlalu serius.

“Biasalah saya budak baru belajar dan saya akan cuba ubah sikit-sikit. Tapi sampai nak mengupah pakar, saya rasa tidak perlu.

“Tapi saya sentiasa merujuk pada majalah dan internet untuk mendapatkan imej lebih sesuai,” tambahnya.

Sementara itu, apabila menyentuh soal pembelajaraan, Najwa menjelaskan dia merancang untuk mengambil jurusan Pengajaran dalam Bahasa Inggeris (TESL).

“Saya mahu terus aktif dalam bidang seni selepas ini dan merancang mengambil kursus TESL.

“Namun belum buat keputusan lagi untuk belajar di mana,” akhirinya. – MyNewsHub

0 komentar:

Posting Komentar