Searching...
Senin, 28 Januari 2013
02.00 0

Pakai Tudung VS Tutup Aurat



Pakai Tudung VS Tutup Aurat | Di zaman70an, cukup sukar untuk melihat wanita Muslim pakai tudung. Nisbahnya sekitar 1:50. Satu pakai, 50 tak pakai. Di pertengahan zaman 80an, sudah ada kelihatan ramai wanita Muslim pakai tudung. Nisbahnya 1:10. Satu pakai, sepuluh tak pakai. Zaman 90an menyaksikan lebih ramai pakai tudung, dan yang tak pakai tudung sudah berkurangan. Nisbah 10:3. 10 pakai tudung, 3 tak pakai. Di zaman 2000 ke atas, 10 pakai tudung, 1 orang tak pakai tudung.
Tetapi yang pakai tudung ada bermacam ragam dan ada yang pakai tudung kerana pelbagai tujuan.
  • Ada yang pakai sebab ikut-ikut
  • Ada yang pakai sebab malu kalau tak pakai
  • Ada yang pakai sebab trend wanita Muslim pakai tudung
  • Ada yang pakai sebab ia adalah uniform sekolah atau sebahagian dari pakaian tempat kerja
  • Ada yang pakaia sebab ada perturan suruh pakai seperti di dalam masjid atau di pasar Kadijah
  • Ada yang pakai sebab takut pada mak ayah
  • Ada yang pakai kerana iman dan taqwa
Apa pun, menutup kepala adalah sebahagian daripada ajaran Islam dalam  menutup aurat bagi wanita. Tetapi tutut rambut sahaja tidak cukup kalau tidak tutup aurat dengan cara yang betul.
  • Ada yang pakai tudung, tetapi nampak jambul; rambut masih terurai di depan dan di belakang
  • Ada yang pakai tudung, tetapi tidak tutup dada
  • Ada yang pakai tudung, tetapi masih nampak bayangan rambutnya kerana kain tudung yang nipis.
  • Ada yang pakai tudung, tetapi pakai T-shirt hingga nampak bentuk rupa ketulan badan dan kulit tangan
  • Ada yang pakai tudung, tetapi memakai seluar hingga menampakkan lingkaran tubuh bahagian bawah pusat hingga ke lutut
  • Ada yang pakai tudung, tetapi memakai skirt hingga menampakkan betis
  • Ada yang pakai tudung, tetapi masih nampak leher
  • Ada yang memakai tudung, tetapi masih pakai pakaian yang ketat atau transparent
Kalau begitulah keadaannya, sebenarnya wanita Muslim itu belum lagi menutup aurat yang sempurna. Dia baru nak berjinak-jinak dengan agama sepertimana muallaf yang berjinak dengan agama.  Setengah orang kata, dia tidak serius, dia tidak ikhlas, dia tidak jujur, atau dia tidak faham cara memakai tudung dan menutup aurat yang betul dalam Islam. Ringkasnya ia masih jahil dalam bab menutup aurat. Bagi yang sudah tahu tetapi masih berkeras tidak mahu memakai tudung dengan cara yang betul, maka ia masih engkar pada Allah.
Hari ini apabila ramai wanita mahu memakai tudung, maka pereka fesyen dan peniaga mengambil kesempatan merekabentuk fesyen supaya pemakainya boleh memilih pelbagai rupa bentuk fesyen tudung.  Pereka fesyen dan peniaga mencari keuntungan di atas permintaan dan trend wanita Islam memakai tudung tanpa mengira samada rekaan fesyennya atau jualan tudung itu memenuhi syarat pakaian tudung dalam Islam.
Akhirnya direka dan dijuallah tudung tiga segi yang pendek dan kontot hingga tidak dapat menutup dada dan ketulan daging tubuh wanita. Adakah pereka dan penjual akan terlepas dari hukum Tuhan kerana menyedia dan menjual tudung seperti itu?
Akhirnya direka dan dijuallah tudung yang kain yang mahal dan rupa yang menarik sehingga pemakainya berlumba-lumba menunjuk kemewahan dan menunjuk lagak kain siapa yang lebih mahal dan lebih cantik? Timbullah riak dan iri hati.
Salahkah bermewah? Salahkah beli kain tudung yang mahal kalau kita mampu? Salahkah berfesyen bila memakai tudung? Tidak salah, asalkan
  • tutup rambut selengkapnya
  • melabuh tudung hingga menutup dada
  • bahagian lain pada tubuh badan wanita juga ditutup dengan dengan pakaian longgar, termasuk melabuh kain baju ke paras peha dan pinggul jika memakai seluar
  • memakai tudung dengan iman dan taqwa
Apa pun, manusia ada nafsu. Kadang nafsu mengatasi iman dan akal. Itu urusan dia dengan Allah.
Kalau iman dan taqwa tinggi, ia akan tunduk pada peraturan cara memakai tudung yang betul dan menutup aurat dengan sempurna.
Kalau tepuk dada tanya selera, maka ia akan utamakan nafsu. Kalau tepuk dada tanya iman, dia tidak banyak cakap, tidak banyak berkira, tidak banyak kompromi lagi. Dia tahu dia hanyalah salah satu ciptaan Allah, dan dia akan kembali kepada Allah dan berhadapan dengan Allah serta menjawab pelbagai soalan mengenai auratnya.

0 komentar:

Posting Komentar