Fauzi Nawawi Suka Dikaitkan Dengan Ramai Wanita | AMPANG: Sebagai seorang lelaki tulen, pelakon Fauzi Nawawi berkata adalah menjadi kebanggaannya apabila dia sering dikaitkan mempunyai hubungan ataupun skandal dengan ramai wanita.
Menurut Fauzi, hal itu membuktikan lelaki sepertinya yang sudah mencecah usia 40 tahun serta mempunyai enam orang anak masih lagi “laris” dan mendapat perhatian
"Ya... saya begitu berbangga apabila dikaitkan dengan ramai wanita walaupun saya sudah berkahwin dan mempunyai anak.
"Walaupun saya agak bosan dengan kontroversi itu, ia bermakna sebagai seorang lelaki, saya sebenarnya masih lagi laku,” katanya kepada mStar Online semasa ditemui pada pelancaran koleksi barang kemas Pandora keluaran Habib Jewels di Ampang Point di sini pada Rabu.
Sebelum ini, Fauzi sering dikaitkan dengan beberapa orang wanita termasuklah pelakon Ida Nerina serta Zarina An-Joulie dan pelbagai kontroversi lain yang dinafikannya.
Isu mengenai pergaduhan isterinya iaitu pelakon Lisdawati dengan Rita Rudaini tujuh tahun lalu juga dipercayai berpunca apabila Lisda dikatakan cemburu dengan hubungan baik Fauzi dan aktres itu.
Sementara itu ditanya benarkan Fauzi pernah mengurat Rita Rudaini seperti dakwaan tersebut sehingga membuatkan Rita enggan dia berada bersama di mana-mana set penggambaran drama, kata Fauzi, tuduhan itu tidak benar sama sekali.
"Saya tak pernah kacau, bercinta mahupun menjalinkan hubungan cinta tiga segi dengan Rita semasa dia belum kahwin dulu.
“Selepas insiden pergaduhan mereka (Rita dan Lisdawati), saya berkahwin dengan Lisda dan kami bahagia sehingga sekarang dan bagaimana pula dengan rumah tangga Rita?” soalnya.
0 komentar:
Posting Komentar