Searching...
Jumat, 25 Januari 2013
21.00 0

Sikap Ella Di Rumah



Sikap Ella Di Rumah
| Suami tak cemburu, faham sifat semula jadi Ella

Mengenali penyanyi rock wanita unggul ini, dia memang seorang yang sangat manja. Tanyalah kepada sesiapa yang pernah berdepan dengannya, pasti mereka akui sifat manja Norzilla Aminuddin atau nama pentasnya, Ella. 

Walaupun pernah suatu ketika sifatnya itu disalahertikan, namun lama-kelamaan ia bagaikan sudah sinonim dengannya. 

Ella ikut nasihat Datuk Dr Fadzilah Kamsah yang suami isteri kenalah selalu ucapkan perkataan cinta terhadap pasangan masing-masing. Macam Ella, dalam sehari beberapa kali jugalah Ella ucapkan kata sayang pada Azhar. Tapi biarlah ucapan itu dilafazkan dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan," Ella

Namun itu dulu, iaitu ketika dia masih bujang. Kini, selepas bergelar isteri kepada Azhar Ghazali, ramai yang tertanya-tanya apakah Ella masih mengekalkan sifat manjanya itu di rumah? Apakah si suami tidak cemburu apabila melihat isteri kesayangan masih menunjukkan sifat manjanya kepada lelaki lain di luar rumah?

Ketika diajukan pertanyaan itu kepada si empunya diri, Ella yang ditemui pada majlis sidang media Save Our Rainforest Race anjuran Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA) di Kuala Lumpur, kelmarin, ternyata lebih selesa meminta perkara itu dijawab oleh suaminya yang turut hadir.

Jawapan diberikan juruterbang sebuah syarikat penerbangan itu amat mengejutkan dan tidak disangka-sangka.

“Pada saya, Ella yang awak semua lihat sekarang lebih reserved berbanding di rumah. Dia lebih manja daripada itu di rumah. Soal cemburu melihat kemanjaannya dengan orang lain, saya tak kisah sangat kerana saya faham itu memang sifat semula jadinya. 

“Tapi selalunya kalau ada yang tak kena di mata saya, kami akan sama-sama bermuhasabah dan mana-mana perkara yang tidak manis, kami akan perbetulkan,” ujar Azhar sambil merenung Ella yang duduk berdepan dengannya.

Amal pesanan Fadzilah Kamsah

Terlanjur bercerita mengenai hal rumah tangga, Azhar turut ditanya mengenai kesahihan cerita kononnya dia terlalu memanjakan Ella sehingga penyanyi itu tidak dibenarkan membuat kerja rumah. Sambil menafikan perkara itu, dia berkata, dalam melayari bahtera kehidupan suami isteri, dia lebih selesa mengamalkan toleransi.

“Bukan memanjakan, cuma dalam hal seperti ini, saya tidak mahu membebankan Ella dengan kerja rumah. Mana yang saya boleh bantu, saya bantu,” terangnya.

Seronok sungguh melihat gelagat Ella ketika berbual dengan Azhar. Selain panggilan sayang, dia juga berkali-kali melafazkan perkataan ‘I love you’ kepada suaminya. Bukan sengaja dibuat-buat iaitu sekadar menunjukkan kemesraan di hadapan media, tetapi kata Ella, perkara itu memang menjadi amalan sejak mendirikan rumah tangga.

“Ella ikut nasihat Datuk Dr Fadzilah Kamsah yang suami isteri kenalah selalu ucapkan perkataan cinta terhadap pasangan masing-masing. Macam Ella, dalam sehari beberapa kali jugalah Ella ucapkan kata sayang pada Azhar. Tapi biarlah ucapan itu dilafazkan dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan,” dedah Ella sambil tertawa.


0 komentar:

Posting Komentar