Searching...
Selasa, 29 Januari 2013
23.00 0

Irwansyah & Isteri Akhirnya Dibebaskan



Irwansyah & Isteri Akhirnya DibebaskanJAKARTA: Selepas kira-kira dua hari ditahan, akhirnya pasangan artis iaitu penyanyi Irwansyah dan Zaskia Sungkar (gambar) dibebaskan apabila Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia mendapati kedua-dua mereka tidak mengambil dadah.
Pihak BNN, Sumirat menyatakan pasangan suami-isteri itu secara rasmi dibebaskan pada Selasa di pejabat Cawangan Jakarta Timur, di sini dan kedua-dua pasangan itu dilihat gembira dengan keputusan berkenaan.
"Alhamdulillahlah saya ingin memberitahu yang saya dan suami bebas dadah. Kami tidak mengetahui apa-apa mengenai pesta dadah itu. Apabila tiba di rumah Raffi Ahmad, sudah ada orang BNN,” kata Zaskia kepada inilah.com sejurus dibenarkan keluar selepas pihak penguat kuasa berpuas hati dengan ujian urin yang dilakukan.
Dalam kejadian pada malam Ahad lalu, seramai 17 orang telah ditangkap selepas BNN membuat serbuan di rumah pengacara rancangan Dahsyat iaitu Raffi Ahmad yang menganjurkan majlis keramaian.
Selain ketiga-tiga selebriti tersebut, turut ditahan ialah pelakon Wanda Hamidah serta rakan-rakan mereka.
Pemeriksaan awal polis menemui sejumlah dadah jenis ekstasi dan juga ganja di kediaman berkenaan yang terletak di Lebak Bulus, Jakarta Selatan dekat sini.Setakat ini tujuh orang telah dibebaskan selepas BNN mendapati hasil ujian urin mereka adalah negatif.
Sementara itu kapanlagi.com, melaporkan Irwansyah dan Zaskia mengakui mendapat layanan baik daripada anggota keselamatan yang melakukan pemeriksaan terhadap mereka.
Malah mereka juga sudah mendapat surat pelepasan daripada pihak berkenaan.
"Surat sudah kami terima dari BNN. Alhamdulillah bahawa kami tidak akan didakwa. Kami di situ (BNN) bukan di penjara, makan-makanannya juga enak. Semua petugas BNN di sini baik-baik," tambah Irwansyah.

0 komentar:

Posting Komentar