Searching...
Rabu, 30 Januari 2013
01.41 0

Kenapa umatnya rosak jika Islam agama terbaik?


Kenapa umatnya tetap rosak jika Islam agama terbaik? |  Jika Islam adalah agama yang terbaik, mengapa ramai umat Islam tidak jujur, tidak boleh dipercayai, dan terlibat dalam aktiviti-aktiviti seperti menipu, merasuah, berurusan dengan dadah, dan sebagainya?

1. Media merendahkan Islam
Tidak diragukan lagi bahawa Islam merupakan agama yang terbaik, tetapi media dicengkam oleh dunia Barat yang takutkan Islam. Pihak media secara berterusan menyiar dan mencetak informasi yang bertentangan dengan ajaran Islam sebenar. Mereka sama ada memberi maklumat yang salah tentang Islam, menyalah tafsir Islam atau melontarkan sisi yang terpesong.

Apabila berlaku letupan bom di mana-mana, pihak pertama yang seringkali dituduh secara membabi buta ialah umat Islam. Perkara ini ditampilkan sebagai tajuk utama dalam berita. Kemudian, apabila mereka dapati pesalahnya ialah non-Muslim, perkara tersebut cuba disembunyikan.

Jika seorang Muslim berusia 50 tahun berkahwin dengan seorang gadis berusia 15 tahun selepas mendapat kebenarannya, ia muncul di muka depan media tetapi apabila seorang non-Muslim berusia 50 tahun merogol seorang gadis berumur 6 tahun, ia diselitkan sebagai ‘ringkasan berita’ sahaja. Secara purata, 2,713 kes rogol berlaku di Amerika setiap hari tetapi tidak dimaklumkan, kerana rogol telah menjadi satu cara hidup rakyat Amerika.

2. Kambing hitam dalam setiap komuniti
Saya sedar bahawa terdapat beberapa orang Islam yang tidak jujur, tidak boleh dipercayai, menipu, dan sebagainya. Tetapi media massa mengetengahkan perkara ini seolah-olah orang Islam sahaja yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti tersebut. Terdapat kambing hitam dalam setiap komuniti. Saya kenal orang Islam yang kaki botol dan yang boleh minum kebanyakan orang bukan Islam di bawah meja.

3. Kehebatan umat ​​Islam secara keseluruhannya
Meskipun dibayangi dengan semua kambing hitam dalam masyarakat Islam, namun umat Islam secara keseluruhannya masih lagi membentuk komuniti terbaik di dunia. Golongan Muslim adalah komuniti terbesar teetotaller secara keseluruhan, iaitu orang-orang yang tidak minum minuman keras. Secara kolektif, komuniti Muslim merupakan pihak yang memberi sedekah maksimum di dunia. Tiada seorang pun di dunia yang dapat menandingi umat Islam apabila melibatkan kesopanan, ketenangan, nilai-nilai dan etika kemanusiaan.

4. Jangan menilai sebuah kereta berdasarkan pemandu
Jika anda ingin menguji kehebatan model kereta “Mercedes” terbaru dan seorang yang tidak tahu memandu mengemudinya lalu kemalangan, siapa yang anda salahkan? Kereta atau pemandu? Tetapi secara semulajadinya, pemandu. Untuk menganalisis kehebatan sesebuah kereta, seseorang tidak sepatutnya menilai pemandu tetapi melihat keupayaan dan ciri-ciri kereta. Kelajuan, kadar penggunaan bahan api purata, langkah-langkah keselamatan, dan sebagainya. Meskipun saya setuju dengan hujah bahawa umat Islam adalah buruk, kita tidak boleh menilai Islam melalui pengikutnya. Jika anda tetap mahu menilai keindahan Islam, maka sebaiknya anda membuat penilaian berdasarkan sumbernya yang autentik, iaitu Al-Quran dan hadis sahih.

5. Hakimi Islam pada pengikutnya yang terbaik, iaitu Nabi Muhammad (saw)
Jika anda secara praktikal ingin meneliti kehebatan sesebuah kereta, letakkan pemandu pakar sebagai pengemudinya. Begitu juga dengan teladan dan pengikut terbaik agama Islam yang boleh anda perhatikan dalam menilai keindahan Islam, iaitu utusan terakhir Tuhan, Nabi Muhammad (saw). Selain golongan Muslim, terdapat segelintir sejarawan non-Muslim yang jujur dan tidak berat sebelah yang mengangkat Nabi Muhammad (saw) sebagai insan terbaik. Michael H. Hart yang menulis buku ’100 Manusia Paling Berpengaruh dalam Sejarah’ meletakkan nabi Muhammad (saw) di tempat teratas, iaitu di kedudukan nombor satu. Terdapat juga beberapa contoh lain non-Muslim yang memberi penghormatan besar kepada nabi Muhammad (saw), seperti Thomas Carlyle dan La-Martine.



sumber 

0 komentar:

Posting Komentar