Terlalu melakukan siasatan- Kesalahan pertama yang wanita lakukan apabila merasakan pasangan lelaki mereka menipu adalah terlalu obses untuk melakukan siasatan. Anda sepatutnya tidak perlu terlalu paranaoid untuk melakukannya kerana anda hanya kelihatan seperti orang gila. Adalah lebih baik anda bertenang kerana kebenaran pasti akan menjadi milik anda.
Menyalahkan wanita lain- Apabila pasangan lelaki anda menipu, anda tidak perlu untuk menyalahkan wanita lain. Orang yang patut dipersalahkan adalah pasangan anda sendiri. Penipuan tidak akan berlaku sekiranya pasangan bersikap jujur terhadap anda.
Mudah menerima pujukan- Ini juga merupakan salah satu faktor mengapa anda ditipu berkali-kali. Penipuan adalah merupakan satu sikap atau tabiat yang sukar untuk dibuang. Sekiranya anda dengan begitu mudah untuk menerima pujukan, pasti pengorbanan yang anda lakukan langsung tidak akan dihargai.
ppsssttt…. kepada lelaki yang suka sangat menipu tu, sudah-sudah la ok. Jangan jadikan penipuan satu tabiat kerana ia akan menjadi kebiasaan dalam kehidupan anda. Segala penipuan pasti akan terbongkar
0 komentar:
Posting Komentar