Searching...
Tampilkan postingan dengan label motivasi. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label motivasi. Tampilkan semua postingan
Selasa, 26 Februari 2013
03.00 0

Antara Cinta Dan Nafsu


Antara Cinta Dan Nafsu

1. Cinta itu membahagiakan, Nafsu itu Membahayakan
Cinta yang sebenarnya selalu menunjukkan jalan atau arah menuju kebahagiaan untuk orang-orang yang menjalaninya. Seorang pecinta yang sudah menemui dan memahami makna cinta sejati dalam dirinya akan berada pada keadaan yang membahagiakan.

Sebaliknya, orang-orang yang tertipu dengan nafsu dan menganggap nafsu adalah cinta akan berada dalam situasi yang membahayakan. Kita tidak boleh mempertikalkan bahawa di mana ada kebaikan, di situlah syaitan menggoda manusia agar terjerumus ke dalam keburukan dan dosa.

Seseorang yang mencintai pasangannya dengan sebenar-benar cinta akan menjadikan hubungannya menuju kebahagiaan sejati dengan cara menjaga dan menyayangi pasangannya. Tanpa merosak dan menyakiti, serta membawanya jauh dari kemaksiatan. Sebaliknya,  orang-orang yang menjalin hubungan dengan landasan nafsu, mereka akan membawa hubungannya kearah kebahagiaan yang palsu dan hanya berorientasi pada fizikal, dalam hal ini adalah seks. 

2. Cinta buat kita ketawa, Nafsu buat kita Kecewa
Kalau diibaratkan hubungan seperti sawah, maka cinta adalah padi dan nafsu adalah rumput liar. Ketika seseorang menanam padi (cinta) di sawah (hubungan) maka secara automatik akan tumbuh juga rumput liar (nafsu). Kalau orang itu sudah mengetahui dan memahami apa itu padi (apa itu cinta), maka dia akan segera memangkas rumput liar itu (nafsu) yang tumbuh di sawahnya (hubungan). Ketika tiba masa menuai, orang ini akan menuai hasil sawahnya (hubungan) yang ditanam padi (cinta) itu tadi berupa beras (kebahagiaan). Lain pula dengan orang-orang yang tertipu yang menyangka rumput liar (nafsu) sebagai padi (cinta). Mereka akan memelihara rumput liar (nafsu) dan tanaman padinya (cinta) akan mati. Pada musim menuai, tentu yang mereka dapat hanyalah sekarung rumput liar (nafsu) yang tidak dapat dimakan (kekecewaan).

3. Cinta selalu ingin memberi, Nafsu hanya ingin Diberi
Saya rasa maksud dari point ketiga ini sudah jelas. Cinta adalah memberi. Ketika seseorang menjalin hubungan atas dasar cinta maka hal pertama yang dilakukannya adalah memberikan yang terbaik kepada pasangannya, bukan ingin diberi. Logiknya, kalau kita dan pasangan sama-sama ingin memberi (kita ingin memberi kepada pasangan dan pasangan ingin memberi kepada kita) secara automatik kedua – duanya akan menerima.

Tetapi kalau kita dan pasangan inginnya diberi (pasangan ingin diberi dan kita juga ingin diberi) maka siapa yang akan memberi..? Pada akhirnya yang terjadi adalah tiada yang akan diberi kerana tiada yang ingin memberi.

4. Cinta ingin menyayangi, Nafsu ingin Merosakkan
Bagaimana cara kita memperlakukan pasangan kita? Bagaimana kita melihat pasangan kita?

Ini adalah cara termudah untuk membezakan mana cinta, mana nafsu..
Cara seseorang dalam menjalin hubungan akan sangat menentukan bagaimana cara orang tersebut memperlakukan pasangannya.


Orang yang menjalin hubungan dengan landasan cinta akan sentiasa memperlakukan pasangannya dengan cara yang baik. Menjaga, menyayangi, memperhatikan dan selalu memberikan yang terbaik. Mereka mempunyai cita – cita untuk kearah berkhitbah (lamaran) dan seterusnya mempercepatkan proses rumahtangga.

Sebaliknya orang orang yang menjalin hubungan kerana nafsu cenderung memperlakukan pasangan ke arah bentuk fizikal. Setiap kali bertemu kedua inginnya dipeluk dan memeluk  dan yang lebih parah lagi kalau sampai kearah hubungan seks yang haram.

5. Cinta yang terbaik, Nafsu yang Terbalik
Cinta selalu berusaha untuk menjadi yang terbaik, berusaha memberikan yang terbaik untuk pasangan. Bagaimana dengan nafsu? Sebaliknya, nafsu selalu ingin diberi dan cenderung memperlakukan pasangan ke arah yang menyesatkan dan perbuatan dosa.
.
Jika nafsu lebih kuat berbanding cinta didalam jiwa kita, maka Islam telah menyediakan penyelesaian terbaik iaitu pernikahan. Supaya kita, pasangan kita dan keturunan kita terjaga..
01.00 0

Belajar Kawal Perasaan Dari Lelaki

Belajar Kawal Perasaan Dari Lelaki

1) Lelaki tidak pernah rasa simpati pada diri mereka sendiri. Kalau mereka putus cinta, tidak pernah terbawa-bawa dan bila bertemu kawan, bertanyakan teman wanitanya,dengan selamba mereka jawab ''Oh, aku dengan dia dah putus.'' Kemudian mereka berlalu minum teh tarik. Berlainan pula dengan gadis. Mereka lebih banyak yang menjawab, ''Tolong, jangan tanya pasal mamat tu lagi!''

2) Lelaki melihat masalah utama ialah kehidupan mereka. Bagaimana nak teruskan kehidupan, nak cari kerja dan sebagainya biarpun hubungan cinta sudah putus. Gadis lebih memikirkan 'hubungan percintaan' mereka yang terputus, kenapa mesti jadi begitu!

3) Pada lelaki ada teman wanita, satu bonus. Gadis pula merasakan mesti ada teman lelaki, kalau tidak hidup tak lengkap.

4) Tanpa teman wanita, lelaki memikirkan tentang kerjaya, sukan, keluar dengan teman dan mendengar muzik. 

5) Bila putus cinta, lelaki anggap gadis itu tidak sesuai untuknya dan dia tinggalkan gadis itu untuk cari gadis yang lain.

6) Lelaki tidak suka membincangkan isu peribada kerana tidak suka merosakkan emosi, hingga ada ungkapan , 'lelaki tidak suka mendengar dan wanita tidak tahu baca peta.'

7) Lelaki berani bersumpah yang mereka tidak kecewa ditinggalkan teman wanita, walhal mereka sebenarnya sedih dan terluka.

8) Lelaki tidak menangis macam budak kecil kerana mereka tidak pernah bersimpati pada perasaan.

9) Lelaki tidak menganggap putus cinta satu truma atau sejarah sebaliknya gadis merasakan ia truma dalam hidup mereka.
Senin, 18 Februari 2013
02.00 0

Kasih Seorang Ibu



Kasih Seorang Ibu

“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…
Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…
“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, ” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa
rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.
“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali. “Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu
masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si anak.
“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya
mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.
Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.
“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

p/s : Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.

Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah “SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU”, penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya..
Minggu, 17 Februari 2013
19.00 0

7C Menyebabkan suami Cari Lain


7C Menyebabkan suami Cari Lain

C1. CABAR
Isteri nie kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah [cabar suami cari perempuan lain]! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata …

C2. CABUL
Perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua …

C3. CELUPAR
Celupar nie suku-sakat cabul juga. Isteri selalu cakap yg kotor, mungkin kadang2 terlepas cakap …

C4. COMOT
Isteri bila nak keluar rumah aje baru nak comel tapi kat rumah comot. Suami pula di opis dok nampak yg comel2 aje … Ade isteri kata – mekap untuk suami, … tapi kat rumah tak mekap pun …

C5. CEMBURU
Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan … sikit2 dok telefon suami kat opis. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2 …

C6. CEREWET
Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat

C7. CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai … Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak … anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi …

7C ni lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya … Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita ni insan yg mudah lupa & lalai … ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 7C tu …
18.00 0

Burung Murai

Burung Murai

1979
====

Anak : Burung aper?
Bapak : Burung Murai
Anak : Burung aper?
Bapak : Burung Murai
Anak : Burung aper?
Bapak : Burung Murai
Anak : Burung aper?

PELEMPANGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!(Sibapak tampor)
Anak : HuaaaaaaHuaaaaaaaHuaaaaaaa!!(meleleh air mata)

Bapak : Besok kalu Tuhan kasi betul-betul telinga kau
tuli baru kau tahu!Udah!!!Jgn permainkan orang
tua-tua tak baik!!!!

......................................................

2007
====

Bapak : Burung aper?
Anak : Burung Murai
Bapak : Aa aa yer burung Murai.
Anak : Eh!!Kenaper abah tak ulang-ulang tanyer?Masih power telinga abah ni yer.
Bapak : Yer! Masa dulu kalu arwah datuk kamu panggil
abah suruh ke kedai ke aper, sekali panggil
jer abah dah menyahut.
Abah tak berani nak buat pura-pura pekak macam
ngko selalu buat masa kecik-kecik. Barangkali itulah
yang jadi barakahnyer, jadi telinga abah ni
Allah Taala kasi clear sampai sekarang.
Sabtu, 16 Februari 2013
23.32 0

Kerana Dia Seorang Ayah




KERANA DIA SEORANG AYAH [Kisah Benar sebagai pengajaran dan pedoman buat kalian] 

*selepas baca dipersilakan share

Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

"Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...

oleh: Hamba Allah
Senin, 11 Februari 2013
23.00 0

Budak Baik



Budak Baik | Suatu ketika dahulu Bob merupakan seorang remaja yang agak liar. Dia sering terpengaruh dengan ajakan rakan-rakannya supaya melakukan perkara yang menyalahi hukum agama. Namun sekarang Bob sudah pun insaf dari melakukan perkara-perkara tersebut setelah kematian ibunya akibat barah payudara.

Bob Sudah Insaf

Setelah insaf, Bob sering pergi ke masjid untuk mendengar ceramah agama yang sering diadakan selepas waktu isyak. Ketika sedang kusyuk mendengar ceramah agama tersebut, tabung derma masjid pun diedarkan dan ketika sampai dihadapan Bob, Bob segera membuka dompetnya dan memasukkan duti berjumlah RM5 ke daalam tabung derma tersebut.
Tiba-tiba seorang pakcik yang duduk di sebelahnya menepuk bahunya dan menyerahkan duit sebanyak RM 300 kepada Bob. Bob berasa sungguh kagum dan insaf dengan kemurahan hati pakcik tersebut dan terus memasukkan duit yang berjumlah RM 300 itu tadi ke dalam tabung derma masjid. Tiba-tiba pakcik tersebut bertanya ke pada Bob.
Pakcik: “Nak, kenapa anak masukkan duit Rm 300 tu tadi ke dalam tabung masjid??”
Bob: “La..kan duit tu pakcik bagi kat saya untuk saya masukkan ke dalam tabung derma masjid.”
Lalu pakcik itu pun menjawab..
Pakcik: “Eh…bukan..tu sebenarnya duit anak. Pakcik nampak duit anak terjatuh masa anak hendak mengeluarkan duit dari dompet tadi. Sebab tu pakcik bagi kat anak……”
22.00 0

Bersikap Jujur Dan Lembut Kepada Anak


Bersikap Jujur Dan Lembut Kepada Anak

Seringkali, orang tua merasakan bahawa bersikap jujur hanya

kewajipan anak. Ketika anak menumpahkan susu coklat di karpet,

kerana takut, ia mungkin akan berkata, "Bukan saya, Mama!"

Lalu, orangtua akan marah dan membentak, "Jangan bohong!"

Tapi, tanpa sedar, orangtua pun sering membohongi anak. Bila kita

lelah saat si Putri mengajak bermain ke taman, orangtua dengan

selamba berkata, "Besok, ya sayang!" Tapi, esok hari, apa yang

terjadi? Seringkali orangtua melupakan janji itu begitu saja.

BOHONG ADALAH SALAH SATU AKIBAT DARI SIKAP PEMARAH

ORANG TUA.
Namun, boleh jadi pula, ANAK SUKA BERBOHONG KERANA MENIRU

ORANG TUANYA YANG JUGA SERING TIDAK JUJUR

TERHADAPNYA.

Kerana itu, dalam artikel ini kami akan membahas mengenai dua sifat

yang harus dipegang teguh oleh orang tua, iaitu jujur dan lembut.



SIKAP JUJUR

Abdul Hamid Jasim Al-Bilali dalam bukunya "Seni Mendidik Anak"

menyatakan, "Penyebab kenakalan anak (termasuk di antaranya

berbohong) adalah kerana contoh yang buruk. Menurut Al-Bilali,

"SEORANG ANAK TENTU TIDAK MUDAH MENERIMA ANJURAN

KEBAIKAN DARI ORANGTUANYA. JIKA TERNYATA PERBUATAN

ORANG TUA MEREKA SENDIRI TIDAK SEPERTI DARI APA YANG

DIPERINTAHKAN.

Anak disuruh berkata jujur, tetapi mereka sendiri sering berdusta

dan jika berjanji tidak ditepati."


Allah berfirman dalam surat Ash-Shaf, "Sungguh besar dosanya di

sisi Allah bahawa kalian berbicara apa yang tidak kalian lakukan."

Ada kalanya, orang tua memang tidak marah menghadapi kenakalan

anaknya, tapi, malah menggunakan kebohongan. Hal ini sama-sama

menampakkan keburukkan. Sering kita dengar orangtua melarang

anaknya daripada membuat bising/nakal dengan berbohong, "Hishhh,

jangan bising-bising, nanti ditangkap hantu.. padan muka!"

Perkara seperti ini malah akan membuat anak menjadi penakut

dan sekaligus mengajarnya berbohong. Bila anak nakal, sebaiknya

anda mengalihkan perhatiannya dengan contohnya; membaca buku.


SIKAP LEMBUT

Sikap lembut terkadang amat sulit dipertahankan oleh orangtua. Anak

kecil umumnya melakukan perbuatan-perbuatan yang dalam

pandangan orang dewasa adalah "nakal". Namun, ADA POINT

PENTING YANG HARUS DIFAHAMI OLEH ORANG TUA, IAITU

SESUNGGUHNYA, ANAK KECIL TIDAK PERNAH BERMAKSUD

UNTUK BERBUAT NAKAL.

Dia bahkan tidak memahami konsep nakal itu sendiri. Apapun yang dia

lakukan adalah sesuai dengan kemampuan nalurinya pada saat itu. Bila

ia menumpahkan susu di karpet, itu bukanlah kesengajaan kerana

ingin membuat anda susah mencuci karpet, melainkan kerana

koordinasi tangannya yang belum stabil.


Bila ia merosakkan mainannya, itu lebih kerana keingin tahuannya.

Bila ia bermain-main dengan barang kaca/ceramickesayangan anda

dan akhirnya pecah, itu bukanlah kerana sengaja ingin membuat anda

marah. BAGI ANAK KECIL, BERMAIN ADALAH PROSES BELAJAR.

Ia akan belajar memahami bahawa barang kaca akan pecah bila

dibanting.

Rasulullah SAW bersabda, "Hobi, permainan dan kelincahan gerak

seorang anak pada waktu kecil, akan mempertajam pemikirannya

ketika dewasa."

HR At-Tirmidzi


Imam Al-Ghazali menjelaskan dalam Ihya 'Ulumuddin juz V Bab

Mengubati Penyakit Hati, "Hendaknya anak kecil diberi kesempatan

bermain. Melarangnya bermain dan menyibukkannyadengan belajar

terus akan mematikan hatinya, mengurangi kecerdasannya, dan

membuatnya jemu terhadap hidup, sehingga ia akan sering mencari

alasan untuk membebaskan diri dari keadaan sempit itu."

Menurut Ma'ruf Zurayk, guru besar pendidikan dan Psikologi Univ.

Darul Mu'minin Damaskus, PENDIDIKAN ANAK YANG DILAKUKAN

DENGAN BENTUK YANG KERAS DAN KAKU MENGAKIBATKAN

PERASAAN TERTEKAN, HANCURNYA KEPRIBADIAN, DAN TIDAK

ADANYA KESEMPATAN UNTUK MENGUNGKAPKAN

KEPERIBADIAN ANAK.

Inilah hal-hal yang menyebabkan anak menggunakan kebohongan

sebagai sarana, yang dengan jalan itu, ia memperoleh tempat yang

dianggap baik dan dikagumi bagi kedua orangtuanya. Menurut

Zurayk, TERKADANG ANAK JUGA BERBOHONG KERANA TAKUT

HUKUMAN YANG DIJATUHKAN KEPADANYA, ATAU HANYA

KERANA SEKADAR KESENANGAN YANG TIMBUL DARI SIKAP

MENENTANG TERHADAP KEKUASAAN YANG KERAS

ORANGTUANYA.

Matthew McKay PhD telah menghabiskan waktu dua tahun untuk

meneliti perilaku marah orang tua dan kesannya terhadap anak-anak.

Dia perhatikan bahawa 2/3 orangtua (dari 285 orang tua yang

diteliti) mengungkapkan rasa marah kepada anak dengan berteriak

dan membentak rata-rata 5 kali seminggu. Ertinya, hampir setiap hari

anak-anak menerima bentakan dari orangtuanya. Menurut McKay,

"Bila anda membentak anak hampir setiap hari, anak akan terluka

hatinya. Bila hanya sekali seminggu atau sekali sebulan, anak tidak

akan merasakan adanya serangan psikis terhadap dirinya."

Daripada anda menghabiskan tenaga untuk marah dan akan

menampakkan kesan negatif pada psikologis anak, lebih baik anda

melakukan perbuatan preventif, misalnya, jangan meletakkan barang

yang mudah pecah di tempat yang terjangkau oleh anak. Atau, selagi

anak masih kecil, anda tidak perlu memasang karpet atau permaidani

mahal di lantai yang memerlukan tenaga ekstra untuk

membersihkannya.

Sebaiknya pula, orangtua menghindari kata-kata yang bersifat

larangan.

PERTAMA, kerana akan membuat anak sulit menentukan alternatif

tindakan. Misalnya, ketika ia berteriak-teriak, kita akan membentak,

"Sst diam, jangan berteriak!" Lalu, dia akan melakukan kegiatan

lain, seperti memukul meja. Bila kembali kita larang, anak akan

bingung, "Apa yang harus aku lakukan? Ini jangan, itu jangan."


KEDUA, larangan (apalagi yang disertai bentakan dan marah) akan

membuat anak kehilangan kreativitinya. Adalah naive bila orang tua

melarang anak merosak mainannya yang hanya berharga sepuluh

ringgit tapi menebusnya dengan kematian kreativiti yang merupakan

bekal utama anak untuk hidup di masa depan.

Tulisan ini akan kami akhiri dengan hadith Rasulullah,

"Masing-masing kamu adalah pemimpin dan akan dimintai

pertanggungjawapkan atas apa yang dipimpinnya."
Ayah dan ibu adalah pemimpin anak-anak mereka dan kelak Allah

akan meminta pertanggungjawapkan atas apa yang telah mereka

lakukan terhadap anak-anak mereka. Kerana itu, bersikap jujur dan

lembutlah kepada anak!
19.00 0

7 Pesanan Seorang Bapa Kepada Anak Lelaki


7 Pesanan Seorang Bapa Kepada Anak Lelaki

Jangan sesekali bergaduh disebabkan berebutkan wanita- Seorang lelaki memang seharusnya bertanggungjawab untuk melindungi wanita. Lelaki yang melindungi wanita merupakan lelaki sejati. Tetapi, perlindungan yang diberikan haruslah kena pada tempatnya. Sekiranya seseorang wanita di dalam kesusahan tanpa mereka sendiri memintanya, mereka memang patut dilindungi. Tetapi sekiranya permasalahan muncul disebabkan kecurangan atau permasalahan yang sengaja dicari oleh wanita tersebut, tinggalkan mereka dan cari yang lain.
Jangan sesekali memukul wanita- Seorang lelaki yang matang tidak akan sesekali memukul wanita dan berjaya mengawal perasaan marah walaupun ia amat sukar. Ingat, sekali kita pukul wanita akan hilang kehormatan sebagai lelaki. Sekiranya berasa amat marah, dapatkan ketenangan diluar. Seorang lelaki sejati harus tahu untuk menjaga maruah dirinya dan jangan biarkan maruah tercalar hanya kerana memukul wanita. Tunjukkan kematangan dan ketenangan yang ada pada sifat seorang lelaki.
Jangan sesekali takut kepada isteri- Anda adalah ketua keluarga, dan adalah pemimpin terhadap keluarga. Jangan sesekali takutkan isteri kerana ia hanya menunjukkan kelemahan terhadap kepimpinan anda. Tidak seharusnya seorang lelaki takut kepada isteri, tetapi sebaliknya anda perlu hormat kepada mereka. Faham konsep hormat dan takut, kerana ia merupakan dua konsep yang berbeza. Seorang lelaki yang menghormati isteri adalah lelaki  sejati manakala seorang lelaki yang takutkan isteri adalah lelaki dayus.
Berani untuk membuat keputusan- Anda adalah lelaki dan anda berhak untuk membuat keputusan terutamanya soal keluarga. Jangan sesekali membiarkan orang luar mencampuri hal keluarga. Sekiranya hanya untuk mendapatkan pendapat, ianya bagus tetapi keputusan haruslah anda sendiri lakukan. Seorang lelaki sejati tidak akan sesekali membiarkan orang lain untuk membuat keputusan keluarga mereka.
Berdiam diri seketika adalah lebih baik- Sekiranya menemui jalan buntu untuk menyelesaikan sesuatu masalah terutamanya apabila perselisihan faham dengan isteri, lebih baik berdiam diri untuk seketika. Seorang lelaki sejati sukakan kepada ketenangan dan tidak akan suka untuk menambahkan huru-hara keadaan. Sekiranya isteri sedang membebel panjang mengenai masalah, biarkan mereka berada di dalam dunia mereka. Diamkan diri untuk mengelakkan kekusutan lebih teruk.
Seorang lelaki perlu rajin- Anda perlu rajin untuk bekerja, jangan sesekali biarkan kehidupan bergantung terhadap orang lain. Biarkan wang yang didapati hasil daripada titik peluh dan tenaga yang telah dicurahkan. Belanjakan wang yang diperolehi untuk memberi makan minum dan keperluan asas untuk keluarga. Itulah nikmat sebenar menjadi seseorang lelaki. Kehidupan berdikari yang amat tinggi.
Seorang lelaki perlu bertanggungjawab- Tanggungjawab seorang lelaki adalah amat besar. Ia bukan shaja untuk dirinya, malah terhadap keluarga dan sekiranya sudah berkahwin perlu bertanggunjawab juga kepada keluarga isteri. Ianya akan semakin bertambah apabila isteri melahirkan anak pula. Seorang lelaki sejati akan sentiasa memikul tanggungjawab dengan baik dan tidak sesekali mengabaikan tanggungjawab mereka.
18.00 0

Cara Menenangkan Hati Menerima Teguran


Cara Menenangkan Hati Menerima Teguran

Bagaimanakah cara menenangkan hati dan perasaan ketika menerima teguran? Supaya kita tidak terasa sakit dan boleh melapangkan dada dengan penerimaan yang tulus? Beberapa perkara berikut perlu diambil perhatian;

# Yakin dan percaya bahawa pandangan kita betul tetapi mengandungi kemungkinan salah, sedangkan pendapat orang lain salah tetapi mengandungi kemungkinan betul.

# Jangan pandang siapa yang mengatakan tetapi lihatlah apa yang dikatakan.

# Teguran itu mungkin ilham daripada Allah yang dititipkan melalui insan lain.

# Bersangka baik kepada penasihat, dia menasihati kita kerana cinta dan sayang.

# Syukur dan reda kepada Allah bukan kepada orang yang memberi nasihat.

Apabila hubungan insan ditegakkan atas asas nasihat, teguran, amar makruf nahi mungkar dan dakwah kepada kebaikan nescaya akan tertegaklah umat yang bersih, ikhlas dan maju ke hadapan. Kerana amalan mereka saling menjaga dan membimbing ke jalan yang diredai Allah.
02.00 0

Kisah Isteri dan Cinta


Kisah Isteri dan Cinta

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,
“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.
Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.
Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang.

Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu…..

01.00 0

Surat Cinta Dari Iblis


Surat Cinta Dari Iblis
Hai manusia yang tersayang,
Tadi malam waktu akan tidur, aku lihat kamu tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak membaca Ayat Kursi dan Kuhlu. Ini bagus sekali kerana waktu akan tidur adalah waktu untuk tidur, bukan untuk membaca Al-Qur’an. Sesungguhnya kamu tidak membuang-buang masa.

Pagi ini aku lihat kamu tidak bangun mengerjakan solat subuh. Bagus sekali ! Kamu telah membuktikan bahwa kamu adalah sahabatku yang budiman. Janganlah kamu susah-susah bangun dan memendekkan tidurnya. Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. Jangan hiraukan suara ayam berkokok yang mengejutkan kamu dari tidurmu. Bila subuh dating menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri kayangan.

Aku lihat kamu jarang-jarang mengambil wudu’. Ini bagus sekali kerana kamu tidak membazirkan air dan tidak meninggikan water bill rumahmu.

Aku lihat kamu tidak pernah membaca Bismilla sewaktu akan makan. Ini bagus, kerana kamu tidak memenatkan mulutmu. Dan bila sudah kenyang, kamu tak pernah menyebut Alhamdulillah. Ini bagus juga. Cukuplah kamu sedawa kuat-kuat seperti lembu.

Aku lihat apabila kamu bertemu dengan sahabat handaimu, kamu tidak mengucapkan Assalamualaikum. Kamu mengucapkan “Hi Everybody” Ini bagus juga kerana kamu menunjukkan bahwa egkau mengerti adab resam orang kafir dan kamu mengerti bahasa Inggeris. Tak perlu egkau belajar membaca bahasa Arab kerana ini bukan bahasa antara-bangsa.

Kamu telah membuktikan bahwa kamu dan aku adalah sahabat sejati. Sudah tentu kamu adalah seorang yang budiman kepada kaumku. Diakhirat nanti, kamu dan aku dapat berjalan bersama-sana …. Kita berpegang-tangan … menuju Neraka Jahanam.