7 Pesanan Seorang Bapa Kepada Anak Lelaki
Jangan sesekali memukul wanita- Seorang lelaki yang matang tidak akan sesekali memukul wanita dan berjaya mengawal perasaan marah walaupun ia amat sukar. Ingat, sekali kita pukul wanita akan hilang kehormatan sebagai lelaki. Sekiranya berasa amat marah, dapatkan ketenangan diluar. Seorang lelaki sejati harus tahu untuk menjaga maruah dirinya dan jangan biarkan maruah tercalar hanya kerana memukul wanita. Tunjukkan kematangan dan ketenangan yang ada pada sifat seorang lelaki.
Jangan sesekali takut kepada isteri- Anda adalah ketua keluarga, dan adalah pemimpin terhadap keluarga. Jangan sesekali takutkan isteri kerana ia hanya menunjukkan kelemahan terhadap kepimpinan anda. Tidak seharusnya seorang lelaki takut kepada isteri, tetapi sebaliknya anda perlu hormat kepada mereka. Faham konsep hormat dan takut, kerana ia merupakan dua konsep yang berbeza. Seorang lelaki yang menghormati isteri adalah lelaki sejati manakala seorang lelaki yang takutkan isteri adalah lelaki dayus.
Berani untuk membuat keputusan- Anda adalah lelaki dan anda berhak untuk membuat keputusan terutamanya soal keluarga. Jangan sesekali membiarkan orang luar mencampuri hal keluarga. Sekiranya hanya untuk mendapatkan pendapat, ianya bagus tetapi keputusan haruslah anda sendiri lakukan. Seorang lelaki sejati tidak akan sesekali membiarkan orang lain untuk membuat keputusan keluarga mereka.
Berdiam diri seketika adalah lebih baik- Sekiranya menemui jalan buntu untuk menyelesaikan sesuatu masalah terutamanya apabila perselisihan faham dengan isteri, lebih baik berdiam diri untuk seketika. Seorang lelaki sejati sukakan kepada ketenangan dan tidak akan suka untuk menambahkan huru-hara keadaan. Sekiranya isteri sedang membebel panjang mengenai masalah, biarkan mereka berada di dalam dunia mereka. Diamkan diri untuk mengelakkan kekusutan lebih teruk.
Seorang lelaki perlu rajin- Anda perlu rajin untuk bekerja, jangan sesekali biarkan kehidupan bergantung terhadap orang lain. Biarkan wang yang didapati hasil daripada titik peluh dan tenaga yang telah dicurahkan. Belanjakan wang yang diperolehi untuk memberi makan minum dan keperluan asas untuk keluarga. Itulah nikmat sebenar menjadi seseorang lelaki. Kehidupan berdikari yang amat tinggi.
Seorang lelaki perlu bertanggungjawab- Tanggungjawab seorang lelaki adalah amat besar. Ia bukan shaja untuk dirinya, malah terhadap keluarga dan sekiranya sudah berkahwin perlu bertanggunjawab juga kepada keluarga isteri. Ianya akan semakin bertambah apabila isteri melahirkan anak pula. Seorang lelaki sejati akan sentiasa memikul tanggungjawab dengan baik dan tidak sesekali mengabaikan tanggungjawab mereka.
0 komentar:
Posting Komentar