Searching...
Sabtu, 05 Januari 2013
19.50 0

Bekas Polis Minta Penjelasan Status Diri



SEBERANG JAYA : Seorang bekas anggota polis berpangkat Lans Koperal meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjelaskan status dirinya selepas diberhentikan kerja akibat tindakan tatatertib tujuh tahun lalu.

Syed Zamari Shas Sayed Hassan, 37, mendakwa dia diberikan surat berhenti kerja pada tahun 2005 atas kesalahan tidak hadir bertugas ketika berkhidmat di Balai Polis Pasir Puteh, Kelantan.


“Selepas menerima surat berhenti kerja tersebut, saya telah menyerah diri di balai polis yang sama dan ditahan selama empat hari untuk siasatan lanjut.

“Saya kemudian diminta menunggu sehingga kertas siasatan mengenai kes saya selesai sebelum dijatuhkan tindakan tatatertib,” katanya di pejabat Kosmo! Ahad di sini baru-baru ini.-kosmo

0 komentar:

Posting Komentar