Terkejut membaca tulisan Raja Nurfatimah Mawar di dalam BiPop semalam. Mana taknya, gosip yang dikeluarkan adalah mengenai Norish Karman yang didakwa menghancurkan sebuah perkahwinan. Seram gila kan?
Menurut Raja, selepas melahirkan Haq Lutfie Alexander, Norish telah pun berpantang di rumah teman baiknya. Sayangnya budi yang baik dibalas jahat apabila Norish dikatakan sudah merampas suami teman tersebut dan menjadi punca pergolakan rumah tangga mereka sehingga musnah.
Menurut Raja lagi, si isteri telah pun diceraikan oleh suaminya baru-baru ini. Dan si suami kini memilih Norish Karman untuk dijadikan teman hidupnya. Senang cerita, Norish Karman dikatakan telah menggoda suami teman baiknya sendiri. Entah benar entah tidak, tetapi itulah yang dikeluarkan di dalam BiPop semalam. Takut jugak Abang Nara membacanya. Apa kata anda?
0 komentar:
Posting Komentar