Searching...
Senin, 21 Januari 2013
08.00 0

Siapakah Suami Anda Di Syurga Nanti ?


Ada yang cakap, jika lelaki dapat bidadari, perempuan mesti dapat bidadara. Heheh.. Mungkin dia ingat istilah tu sama kes macam pramugari dan pramugara dengan mengubah huruf di belakang. Sebenarnya tiada istilah bidadara. Jadi, jika jodoh bagi kaum lelaki di syurga nanti adalah bidadari, siapa pula jodoh bagi kaum perempuan di syurga nanti?



1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin
Wanita dalam golongan ini akan dikahwinkan dengan seorang lelaki di kalangan Ahli Syurga. Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” (H.R. Muslim). Ini kerana ada juga kaum lelaki yang belum berkahwin sebelum meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah bercerai dan tidak berkahwin dengan lelaki lain selepas itu.
Wanita dalam golongan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah s.w.t dengan lelaki daripada Ahli Syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak memasuki syurga.
Wanita dalam golongan ini juga akan mengahwini lelaki daripada Ahli Syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya memasuki syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin selepas itu.
Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya yang meninggal tersebut memasuki syurga.

6. Wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain.
Apabila seorang wanita ketika di dunia memiliki dua atau lebih suami, maka kelak di syurga dia dipersilakan untuk memilih siapa di antara suami-suaminya yang dia inginkan untuk menjadi pendampingnya di syurga, asalkan suaminya itu tergolong dari Ahli Syurga. Satu lagi pendapat mengatakan bahawa dia akan bersama suaminya yang terakhir. Ini disebut oleh hadith Rasulullah: “Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir” (H.R. Al-Albani)

0 komentar:

Posting Komentar