Searching...
Jumat, 11 Januari 2013
04.49 0

Lisdawati dan Rita Rudaini kembali digandingkan bersama



Pasti masih ramai yang ingat insiden pergaduhan dalam kolam renang antara aktres Lisdawati dan Rita Rudaini yang berlaku pada tahun 2006. Disangkakan mereka benar-benar menghayati watak untuk drama ‘Kau Yang Ku Sayang’ sedangkan mereka sedang bergaduh. Setelah insiden tersebut, Lisda dan Rita tidak lagi digandingkan dalam layar perak mahupun sesi bergambar.

Tetapi nampaknya, dua pelakon ini memulakan 2013 dengan cara yang lebih matang apabila mereka telah bersetuju untuk digandingkan dalam drama terbaru arahan Murali Abdullah, ‘Kerana Sarah’.

Drama 20 episod ini menampilkan Rita yang memegang watak Sarah, seorang gadis kampung yang lemah lembut dan sopan santun. Manakala Lisda pula membawa watak antagonis yang bersikap kejam terhadap Sarah.


Kata Lisdawati, dia tidak perlu risau perbezaan watak mereka akan mengingatkan kembali insiden yang berlaku dulu kerana mereka bersikap profesional dan yang lebih penting, kedua aktres ini telah buang perkara yang keruh dan ambil yang jernih.

“Lebih baik kita tutup cerita lama. Yang penting, silaturrahim antara saya dan Kak Rita telah pulih dan kembali terjalin. Saya bersyukur respond dari Kak Rita juga baik. Saya harap tiada pihak yang cuba mengeruhkan lagi keadaan”, kata Lisda ketika ditemui di majlis Malam Bersama Bintang anjuran TV3.

Selain sibuk dengan penggambaran ‘Kerana Sarah’, Lisda dan suami Fauzi Nawawi sedang melebarkan sayap mereka dalam bidang perniagaan yang akan diumumkan tak lama lagi.-gua.com.my

0 komentar:

Posting Komentar