Searching...
Selasa, 01 Januari 2013
03.39 0

Isu saman Johan sudah berakhir - Ogy



Pada beberapa bulan lalu, pelakon dan pengacara serba boleh, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau lebih dikenali Kak Ogy telah menyatakan hasratnya untuk menyaman Johan (Raja Lawak).

Ia berikutan, sewaktu mereka mengacarakan Festival Filem Malaysia Ke 24, Johan telah melakukan lawak yang agak tidak boleh diterimanya.

Menurut Fauziah yang dipetik dari Utusan Malaysia tak lama dulu;
“Dia memang kurang ajar. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersenda sesuka hati. Namun yang paling saya terkilan, dia boleh mempersendakan Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad junjungan kita. Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu”.
Oleh demikian, dia nekad untuk menyaman Johan.

Namun, hari ini, menerusi Malaysiadigest, Fauziah memberitahu kes saman berkenaan sudah lama selesai.
“Tentang kes saman tu, ianya sudah lama selesai. Saya tak jadi saman dia dan saya sudah pun lupakan hal itu. Memang pada ketika itu saya berkecil hati dengan dia.

“Sekejap saja, lepas tu dah tak ada apa dah. Sekarang kami okay,” katanya.
Tambahnya, sewaktu program Mentor baru-baru ini, mereka ada berjumpa di belakang pentas dan semuanya berlaku seperti biasa.

Baguslah jika begitu, sekarang dah tahun 2013, adalah lebih elok melupakan perkara lama dan membuka lembaran baru.

Sekarang ini pun Kak Ogy sedang sibuk menguruskan perniagaan restorannya, Ogy D’Greenwood yang terletak di Gombak.

Semoga semuanya berjalan dengan lancar..


Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN via siakapkeli

0 komentar:

Posting Komentar