Cara Zed Zaidi dikritik oleh Melissa Saila
Tidak sangka ada juga yang bersimpati dengan nasib pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie yang ditangkap kerana memiliki dadah.
Individu yang bersimpati itu adalah pelakon dan penyanyi, Melissa Saila, 40.
Beberapa hari lalu, menerusi Twitter dan Facebook Melissa, dia ada menulis tentang tidakan yang diambil oleh Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi.
Dia menyatakan ketidakpuashatiannya terhadap tindakan Zed Zaidi yang mahu menggantung pelakon juga model kontroversi itu daripada melibatkan diri dalam industri seni tanah air.
Malah, anak seniwati Mariani yang juga anak suadara kepada arwah seniwati Saloma itu menulis yang beliau tidak bersetuju dengan hukuman yang dikenakan ke atas aktres itu.
Melissa berpendapat, sebagai pemimpin Zed sepatutnya cuba membantu atau menyelesaikan masalah serta memberi sokongan kepada ahli.
Bukan dengan mudah menghukum hanya kerana Zed mempunyai kuasa.
Sementara itu, menerusi Sinar Harian bertarikh 4 Januari, Zed berkata, demi menjaga nama baik artis lain, buat sementara ini Zarina akan digantung keahliannya kerana mahkamah belum lagi membuat keputusan.
Namun, sekiranya mahkamah mendapati Zarina bersalah, Seniman akan terus memecatnya sebagai ahli.
Malah Zarina tidak boleh aktif berlakon atau melakukan sebarang kerjaya seni.
Zarina Anjoulie baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila berhadapan dengan dakwaan memiliki dua biji pil eramin 5 bersama teman lelakinya dan telah ditahan pihak polis.
Dia ditahan bersama Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi di No. C-3-10 Armanee Condo, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai pada pukul 5.30 petang, 30 Disember lalu.-mynewshub.my
0 komentar:
Posting Komentar