Setiap Hari Puaskan Tiga Lelaki?
Setiap Hari Puaskan Tiga Lelaki? | Kota Bharu: Seorang pelacur mendakwa dia memuaskan kira-kira tiga pelanggan sehari atau 20 pelanggan seminggu sejak dua tahun lalu di sebuah hotel bajet di sini, sebelum ditahan malam kelmarin.
Wanita berusia 20 tahun itu ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu dalam satu serbuan diketuai Pegawai D7 IPD Kota Bharu, Cif Inspektor Rostam Ayob di sebuah hotel bajet di Jalan Sri Cemerlang, di sini, jam 11.10 malam kelmarin.
Ketika dicekup, dia sedang bersama teman lelaki berusia 27 tahun yang bergantung rezeki daripada pekerjaan haram wanita berkenaan dan seorang lagi lelaki berusia 22 tahun.
Wanita berusia 20 tahun berasal dari Bachok itu mendakwa, dia dijual kepada bapa ayam oleh bekas teman lelakinya ketika berusia 18 tahun.
Katanya, dia mengenakan bayaran RM50 untuk sekali hubungan seks, manakala RM80 pula untuk tanpa kondom.
“Sejak dijual kepada bapa ayam, saya mula melacur di bandar ini dengan diawasi bapa ayam itu. Teman lelaki yang menjual saya hilang entah ke mana.
“Setahun kemudian, bapa ayam itu ditangkap dan saya bebas, tetapi saya tetap memilih jalan ini (menjadi pelacur). Keluarga saya orang susah dan saya hanya bersekolah setakat Tahun Enam,” katanya yang turut mendapat pelanggan daripada warga asing seperti Bangladesh dan Myanmar.
Dia juga mengakui aktiviti dilakukannya itu tidak diketahui keluarga yang hidup susah.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan penahanan wanita dan dua lelaki itu di hotel bajet berkenaan sempena Ops Cantas Khas (Ops Cantas) bermula malam kelmarin hingga pagi semalam.
“Serbuan dilakukan selepas menerima maklumat daripada orang awam. Kita masih lagi menjalankan siasatan kemungkinan ada lagi wanita muda terbabit dengan kegiatan tidak bermoral di daerah ini,” katanya yang turut menyertai Ops Cantas sekatan jalan raya di Bunut Payong di sini.-bharian
0 komentar:
Posting Komentar