Dibunuh Disyaki Potong Barisan Semasa Sarapan Pagi
Dibunuh Disyaki Potong Barisan Semasa Sarapan Pagi | Kuantan : Pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Pinggiran Pelangi, Muadzam Shah yang ditemui meninggal dunia dalam bilik air tengah malam kelmarin dikatakan memotong barisan ketika mengambil makanan sarapan pagi di kantin pusat itu.
Ia sekali gus dikatakan menjadi punca tidak puas hati beberapa pelatih lain hingga menyebabkan pergaduhan.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Superintendan Mohd Haris Daud berkata, ia berikutan soal siasat daripada tiga pelatih berusia 17 hingga 21 tahun yang ditahan petang semalam.
Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa bergaduh dengan pelatih lain termasuk tiga suspek pada tengah hari diikuti sekali lagi kira-kira jam 11.30 malam.
Sementara itu, akhbar hari ini melaporkan mangsa, Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, yang berasal dari Kerdau, Temerloh, ditemui terbaring dalam bilik air kem itu oleh rakan lain pada jam 12 tengah malam.-bharian
0 komentar:
Posting Komentar