Benarkah Perkahwinan Black Cuba Disabotaj Pihak Lain?
Benarkah Perkahwinan Black Cuba Disabotaj Pihak Lain? | Penyanyi yang selamat bergelar suami kepada Cira Khairi pada 13 September lalu, Black atau Hanifah Mohd Hanafiah menyatakan ada pihak cuba mensabotaj majlis resepsi perkahwinannya yang diadakan di Padang PPR Kerinchi, Ahad minggu lalu.
Terkejut dengan perkhabaran itu namun Black melahirkan rasa kesyukurannya di atas kelancaran majlis resepsi kedua-dua belah pihak.
“Syukur Alhamdulillah, majlis pada hujung minggu lalu tamat dengan penuh meriah sekali. Lebih 8,000 tetamu yang hadir. Apapun, saya terkejut selepas dapat tahu ada pihak cuba sabotaj majlis tersebut.
“Perkara ini berpunca dari nasi yang dimasak. Pihak katering beritahu saya bahawa nasi tidak masak-masak walaupun sudah dua jam lebih menanak nasi tersebut. Selepas menyedari perkara ini, ada orang kampung perasan seorang lelaki berlegar-legar di bahagian dapur.
“Nasib baiklah ada orang kampung yang berilmu. Dia yang beritahu bahawa orang itu yang dengki dan membuatkan nasi tersebut tidak masak-masak,” katanya yang dipetik menerusi portai Murai.
Black sah bergelar suami kepada Naquia Yasirah Mohammad Khairi di Zebra Square, Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
Pasangan itu telah diijabkabulkan oleh bapa Cira sendiri dengan mas kahwin berjumlah RM80 dan wang hantaran berjumlah RM12,000 disaksikan oleh Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Bandaraya.-mynewshub
0 komentar:
Posting Komentar