Tolong Hormat Keluarga Saya Jika Tak Hormat Saya Sekalipun,Mohon Farawahida Kepada Julfekar
Tolong Hormat Keluarga Saya Jika Tak Hormat Saya Sekalipun,Mohon Farawahida Kepada Julfekar | Susulan status Facebook Julfekar yang seolah-olah ditujukan kepada Farawahida, hari ini Farawahida tampil menerusi Harian Metro memohon jasa baik bekas majikannya itu untuk menghormati keluarganya dan bakal keluarga mentuanya. Untuk anda yang tidak tahu, Farawahida bakal berkahwin hujung tahun ini selepas 8 tahun bercinta.
Abang Nara faham kegelisahan yang melanda hati Farawahida. Hari bersejarah sudah hampir tiba, tup-tup cerita yang kurang elok kedengaran. Sudah pasti sedikit sebanyak menganggu persiapan. Kata Farawahida kepada Harian Metro:-
Saya sudah dalam proses melangkah ke alam perkahwinan hujung tahun ini. Saya memang tidak mahu cerita-cerita sebegini menganggu hidup saya dan tidak suka dikaitkan dengan dia lagi. Bila keluar cerita-cerita sebegini, saya bimbang boleh mengugat perasaan bakal mentua. Walaupun mereka faham situasi sebenar, tidak mustahil ada saudara mara akan bertanya dan menyebabkan ia jadi serius.
Farawahida juga menyatakan yang dirinya OK sahaja walaupun dilemparkan dengan pelbagai kata kurang manis oleh bekas majikannya itu. Kata Farawahida lagi:-
Saya OK sahaja bila dia kata maca-maca terhadap saya. Bagaimanapun saya memang tidak mahu baca kenyataan dikeluarkannya kerana nanti akan sakit hati. Saya mengelak daripada berjumpa dia di mana-mana majlis supaya cerita-cerita ini tidak berlaku. Saya hanya minta satu perkara daripada dia, kalau tidak boleh hormat saya, tolong hormat ahli keluarga dan keluarga bakal mentua saya.
Abang Nara sarankan agar Farawahida terus buat tidak tahu macam yang sedang dilakukan sekarang. Jangan dilayan orang-orang yang sebegini. Mungkinkah Julfekar ada menyimpan hati terhadap Farawahida? Manalah kita tahu kan. Bagi Abang Nara, lebih baik Julfekar doakan kebahagiaan Farawahida daripada mengeluarkan kata yang bukan-bukan. Tak gitu? -beautifulnara
0 komentar:
Posting Komentar